DG-17

7.1K 397 13
                                    

Dahlia menyerahkan kaca mata yang berharga itu kepada abangnya. Danish yang sedang bermain mac booknya terganggu.

"Apa Risa nak?"

Dahlia hanya membalas dengan cara menyerahkan kaca mata itu. Danish hanya memandang kaca mata itu dengan perasaan kosong.

"Ish... tak faham-faham lah abang ni. Teman lah Risa nak cari bukti tu." Danish sudah membuat mulutnya berbentuk bulat sambil menganggukkan kepala.

Dahlia dan Danish menjejakkan kaki didalam bilik yang penuh dengan alat-alatan canggih. Mereka berhenti ditempat computer apple. Dahlia meletakkan cermin kaca mata itu diatas screen yang kaca.

Tangan Danish ligat menekan itu ini.

"Adik..." Danish memanggil adiknya perlahan.

"Abang! Berhenti kejap." Danish menekan butang space untuk berhenti.

"Risa tahu siapa dia!" Dahlia terus keluar dari bilik itu dan tidak lupa juga cermin mata itu.

Danish yang menghalang adiknya terus mencebik belum sempat tanya dah blah.

Dahlia terus turun ke tingkat bawah tanah tanpa mengendahkan orang yang menegurnya.

Sebelum dia bertolak dia memutarkan video ketika dia menghantar Isyraf ke rumah pensendiriannya untuk mengambik alamat.

"Siaplah kau!" Dahlia terus memulakan perjalanannya.

Sesampainya di rumah Isyraf, Dahlia terus menhonkan kereta bmwnya.

Isyraf yang sedang makan meggie terus tersedak cepat-cepat dia mencapai air dan diteguk rakus. Kepalanya dijengukkan ke jendela. Shit!

"Isyraf! Cepat buka pintu ni sebelum aku roboh!" Ugut Dahlia dari luar dengan lantang.

Terketar-ketar tangan Isyraf ketika itu pisau yang ada didapur dicapai. Perlahan-lahan dia menghampiri pintu utama sambil memegang sebilah pisau. Buka sahaja pintu Dahlia terus merampas pisau yang ada ditangan Isyraf dan dicampak jauh dari mereka. Pistol kecil yang selalu dia bawa disimpan rapi dipocket belakangnya.

"Kau kan yang serang aku semalam?!" Dahlia memegang kuat pergelangan Isyraf.

"T-tak bukan ak-ku. Kau sa-lah orang k-ot." Dahlia melepaskan pegangan.

"Ha'ah lah bukan kau, aku salah orang rupanya." Terus Isyraf melepaskan keluhan lega. Dahlia tersenyum sinis.

"Tapi aku ada bukti yang kukuh lah Isyraf Haikal. Disebabkan kau aku terpaksa buat majlis tu cepat-cepat!" Dahlia terus mengusutkan rambutnya.

"Ma-majlis apa?" Soal Isyraf terketar-ketar.

"Majlis nikah lah bodo!" Dahlia menendang Isyraf dan berlalu ke keretanya. Mak cik-mak cik yang ada disitu hanya memerhati dari jauh.

Nasib Dahlia sempat menutup plat lesen keretanya tak lah nanti mak cik-mak cik tu gatal sangat nak report lepas tu bagi plat lesen. Naya aku.

Baru sahaja Dahlia mahu menjalankan keretanya Isyraf terus mengetuk pintu perisis macam orang gila.

"Kalau macam tu kahwin dengan I. Senang." Isyraf tersenyum riang. Dahlia hanya menjeling. Tak kuasa dengan orang kaki perempuan.

"Eh... malas ah aku dengan kau buang masa je bila kahwin nanti. Kot-kot bila dah kahwin kau boleh berfoya-foya balik dengan perempuan kan kita tak tahu lepas tu abaikan tanggung jawab malas lah aku cari bakal suami macam kau ni kaki perempuan. Aku lebih prefer Ezra dari kau." Dahlia terus menjalankan keretanya dengan laju.

"Syaezra Aiman you will die."

************

"Yazid Farhain." Terus terkesima Dahlia apabila nama itu disebut oleh Papanya.

"No and never. He is my enemy and my target, don't you ever bring him here." Berapi terus muka Dahlia menahan marah.

"Nama yang Papa sebut tadi tu lah bakal suami Risa kalau Risa tak bawa mana-mana lelaki dalam mada 4 bulan. Lepas 4 bulan tak ada pinangan dari pihak lelaki Papa tak teragak-agak kahwinkan Risa dengan Yazid Yusra."

"No and never. Baiklah Risa akan bawa bakal suami Risa dalam masa 4 bulan asalkan bukan dengan Yazid Yusra."

Tersenyum terus Tuan Sri Fahmi apabila anaknya akan membawa bakal menantu dalam masa 4 bulan. Dahlia mendengus kasar. 4 bulan mana nak cari? Mesti bawa dalam masa 4 bulan kalau tak kahwin dengan lelaki pengkianat.

"Risa nak keluar kejap." Mereka semua mengangguk. Dahlia keluar dari rumahnya dan berlalu ke gazebo dihalaman rumah berdepanan dengan kolam renang.

"Hidup aku memang macam ni ke?" Dahlia memandang bunga yang ditanam oleh Mamanya.

"Banyak musuh, banyak masalah, banyak buat dosa." Terus mengalir air mata Dahlia. Ya, dia akui lama sudah dia meninggalkan suruhan dari Tuhan. Solat 5 waktu tak dikerjakan dengan sempurna.

"Mampukah aku untuk berubah? Allah, tolonglah aku ya Allah. Aku akui aku memang hamba yang tak bertanggungjawab keatas mu. Berikan aku peluang untuk bertaubat kepada Mu." Mengalir lagi air mata Dahlia. Lama sudah dia tak menangis hanya disebabkan ego melangit. Hari ini dia menangis kerana kekesalan yang dibuatnya.

"Aku nak berubah demi Allah bukan demi sesiapa didunia."

Dahlia melihat langit sambil air matanya jatuh ke pipi.

"Pintu taubat setiap masa terbuka. Jangan lepaskan peluang. Kita tak tahu sama ada esuk atau lusa kita kena cabut nyawa."

"Cik Dahlia. Kalau cik betul-betul nak berubah, berubah lah kerana Allah. Itu sahaja yang saya nak pesan." Kata pembantunya yang sudah lama bekerja dirumahnya.

Dahlia mengusap air matanya dan senyum tawar.

"Saya cuba." Balas Dahlia.

Devil GirlWhere stories live. Discover now