DG-42

5.6K 294 23
                                    

"Sebenarnya saya jatuh tadi dan tangan saya luka. Lepas tu tercelit dekat baju." Sengih Ezra menunjukkan tangannya ada bekas luka.

Dahlia menjeling.

"Aku ingat serius sangat. Pakai blazzer kau." Arah Dahlia. Ezra akur lalu menyarungkan blazzer ditubuhnya.

Mereka berdua keluar dari bilik pengawas dan berlalu ke kelas. Semasa dalam perjalanan Dahlia terdengar sesuatu. Dia kenal suara tu.

"Ezra. Kau pergi masuk kelas. Aku ada hal."

"Tak. Saya ikut awak." Balas Ezra membuatkan Dahlia mula angin.

"Okay. Okay. Saya pergi." Akhirnya Ezra mengaku kalah sebaik sahaja melihat muka Dahlia yang mahu marah.

Dahlia berlalu ke stor. Dia terdengar dua orang tengah bercakap dengan hembusan tersekat-sekat.

Dahlia terus mencari Ezra. Dia patut ada teman untuk tugas ni. Nampak sahaja tubuh Ezra yang memakai blazzer terus Dahlia menghampiri. Beberapa meter dia terdengar Ezra batuk kuat tak berhenti-henti. Dahlia terus menyembunyikan dirinya disebalik dinding apabila Ezra berhenti.

Ezra melihat sekelilingnya lalu mengambil ubat dan ditelan beberapa biji. Dia menghembus nafas. Dia patut terima ni dengan redha.

Dahlia yang ingin memanggil Ezra terus terbantut apabila melihat Liyana dan Yazid keluar dari stor. Dahlia merakam mereka berdua yang keluar dari stor itu.

"Bye bye sayang."  Terasa geli Dahlia apabila Yazid mencium pipi Dahlia.

"Aku dengan suami tak macam ni. Melampau betul dia ni." Gunam Dahlia lalu menggempal pemubuknya.

"Kenapa cepat betul kau berubah?" Soal Dahlia perlahan lalu meninggalkan mereka.

********

"Psst... Ezra. Aku nak buat laporan." Suara Dahlia diperlahankan. Ezra yang baru sahaja batuk terus mengerutkan mukanya.

"Laporan apa?" Ezra menghilangkan tekak yang terasa gatal dilehernya dengan air.

"Kau sebenarnya kenapa ni?" Soal Dahlia kelihatan risau melihat wajah Ezra yang tak sihat.

"Saya okay. Laporan apa yang awak nak adu?" Ezra cuba untuk lari dari topik.

"Em.... Liyana dan Yazid. Diaorang bersetubuh dekat stor." Ezra yang sedang minum air terus tersedak dan menyebabkan tersembur tepat dimuka Dahlia.

Semua yang berada dikelas terus terkaku dan cepat-cepat mereka keluar kelas. Tahu ada pergaduhan besar-besaran nanti.

"M-maaf Isa. Saya tak sengaja." Ezra menggelabah mencari tisu dipoketnya.

Dahlia yang sedang menahan amarah cuba untuk berlagak tenang. Kalau bukan sebab suami memang kena satu penumbuk dimuka Ezra. Dia menghembuskan nafasnya.

"Er... Macam mana awak tahu, Isa?" Soal Ezra yang kelihatan menggelabah.

"Cctv kan banyak. Diaorang je tak nampak."

Kelas yang kosong itu dipandang sepi-sepi oleh Dahlia. Weyh! Aku berduan dengan Ezra dalam kelas?!

Cepat-cepat Dahlia keluar dari kelas. Kelihatan semua pelajar sudah pergi ke kantin. Dia meronda-ronda dikawasan kantin.

"Gaduh. Gaduh. Gaduh." Dahlia membuka beberapa butang blazzernya. Dia menendang dari belakang salah seorang dari dua orang lelaki itu menyebabkan mereka berdua jatuh.

"Well, well, well. Walaupun kau anak Dato' kau tak semestinya dihormati. Kenapa gaduh?" Bidas Dahlia menikam anak mata kedua orang yang membuat masalah.

"Dia. Mula dulu." Pelajar baru itu menunjukkan jarinya kearah Firash. Firash terus membulatkan matanya apabila dituduh.

"Kau mula dulu! Eh... Kau ni aku tumbuk kang!" Balas Firash yang ingin menumbuk.

"Diamlah! Masuk bilik pengawas sekarang."

"Tapi-"

"Sekarang!"

Mereka berdua akur. Pelajar lain menundukkan kepala mereka dan mendiamkam diri masing-masing.

Ezra batuk tak berhenti-henti. Dia menumbuk dadanya perlahan. Tiang yang ada diluar kelas dipegang. Ezra melihat tangannya yang ada kesan darah dari mulutnya. Beberapa saat ketika itu Ezra terus terbaring lemah dikaki jalan.

*******

"Mana Ezra ni?" Soal Dahlia. Dia dah arahkan seseorang untuk memanggil Ezra dikelas.

Telefonnya berdering meminta untuk diangkat.

"Dahlia. Ezra pergi madik." Terus terkedu Dahlia apabila mendengar kabar Ezra. Dia okay ke?

"Okay. Kali ni korang boleh terlepas tapi lepas ni mungkin tak. Dah pergi keluar." Terus terpusu-pusu Firash dan anak Dato' itu pergi dari bilik.

Dahlia keluar dari bilik pengawas dan segera ke bilik madik.

"Ezra okay ke?" Soal Dahlia sebaik sahaja nampak seorang doktor membuka langsir.

"Saya kena bawa dia pergi hospital. Masalah ni serius sangat." Terang doktor itu membuatkan jantung Dahlia berhenti berdegup. Dia melihat Ezra yang terlantang diatas katil dengan muka pucat dan bibirnya kering.

"Ezra. Maafkan aku." Luah Dahlia san berlalu keluar dari bilik madik.

"Doc. Masalah ni betul-betul serius ke?" Soal Dahlia berulang kali.

"Ye betul tengku. Ni melibatkan nyawa dia. Saya terpaksa telefon pihak hospital untuk membawa dia pergi untuk membuat rawatan memandangkan dekat sini peralatan tak lengkap."

"Boleh saya ikut?"

"Tak payahlah susah-susah tengku. Keluarga dia jaga dia. Tengku masuk kelas dan belajar. Insya Allah semuanya akan baik-baik sahaja." Balas Doktor itu dengan senyuman.

"Apa penyakit dia sebenarnya?"

Devil GirlWhere stories live. Discover now