DG-43

5.6K 318 31
                                    

"Penyakit ni boleh bawa kepada kematian kalau tak berusaha untuk menyembuhkannya. Saya harap tengku dan kawan-kawan tengku untuk sedekahkan yasin atau pun mana-mana ayat Al-quraan. Penyakit ni dia sekejap-sekejap je datang tapi bila datang dia akan pening, batuk-batuk tak berhenti sampai berdarah dan demam yang agak panas. Kami tengah cari siapa yang senang hati nak bagi paru-paru dekat Ezra."

Dahlia dari tadi termenung ditingkap kereta. Hari ni dia terpaksa balik jam sekolah selalunya dia akan lewat balik tapi kali ni dia betul-betul risau akan Ezra yang tengah sakit.

"Awak. Kita lawat Ezra boleh?" Pinta Dahlia memandang wajah Irfan yang memandu.

"Ezra? Kenapa dengan dia?"

"Hm... Dia ada penyakit sebenarnya." Perlahan sahaja suara Dahlia.

"Pe- penyakit apa?" Gagap Irfan bertanya.

"Tak tahu. Boleh tak awak?" Irfan menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.

"Nampak tak gelang saya tadi?"

"Tak. Saya cuba cari tadi tapi masa saya masuk bilik Yana saya nampak satu barang ni. Gelang sama yang saya bagi kat awak masa tu." Cerita Irfan.

"Kejap. Awak buat apa masuk dalam bilik Yana?" Soal Dahlia membuatkan Irfan tersengih.

"Saya masuk sebab nak cari gelang tulah. Saya cerita kat Mama tadi pasal gelang tu jadi Mama suruhlah cari semua bilik."

"Elele... Jangan suka suki masuk bilik orang! Siap awak kalau sekali lagi!" Ugut Dahlia menunjukkan penumbuknya.

"Okay. Sorry, sorry."

**********

Mereka berdua tergesa-gesa ke kaunter dan bertanya kepada penjaga disitu.

"Sayang. Perlahan lah sikit." Irfan menarik tangan Dahlia untuk pergi beriringan dengannya. Bukan apa semua macam serik pandang mereka mungkin sebab Dahlia kot.

Sampai sahaja disatu bilik. Ada dua orang perempuan sedang menunggu diluar bilik itu dengan wajah risau.

"Assalamualaikum. Ni bilik Ezra ke?" Soal Dahlia kepada salah seorang daripada dua orang itu.

"Waalaikumusalam. Ye, nilah bilik dia." Jawab seoarang perempuan yang muda dari Dahlia.

"Maaf. Akak ni siapa?" Soal Ezrina ramah.

"Akak kawan Ezra. Partner dekat sekolah." Jawab Dahlia dengan senyuman.

"Dahlia?" Dahlia menganggukkan kepalanya apabila seorang perempuan tua bertanya kepadanya.

Perempuan tua itu terus memuluk Dahlia. Dahlia melihat Irfan, Irfan hanya senyum.

"Ezra banyak cerita tentang kamu. Terima kasih sebab teman Ezra selalu." Ujar perempuan tua itu dengan senyuman.

"Ezra macam mana sekarang?" Dahlia cuba untuk mengubah topik sebab dia dengan suami dia sekarang nanti terguris hati Irfan.

"Dia belum sedar. Doktor kata insya Allah minggu depan dia sedar." Balas Ezrina.

"Boleh tak kalau saya nak tengok Ezra?" Ezrina dan ibunya menganggukkan kepala.

Dahlia memanggil suaminya untuk menemaninya. Pintu wad itu ditolak perlahan. Ezra sedang terlantang diatas katil dengan wayar-wayar yang banyak disambung dibadannya. Alat pernafasan itu membuatkan hati Dahlia luluh.

"Kenapa dia tak terus terang yang dia ada penyakit awak?" Kata Dahlia meletakkan kepalanya dibahu Irfan.

"Semua yang terjadi ada hikmahnya. Dia tak nak bagitahu awak sebab mungkin dia tak bersedia atau dia takut nanti awak risau dekat dia." Balas Irfan cuba untuk berfikiran positive. Tangan mereka bertaut.

"Walauapapun yang terjadi awak jangan salah kan dia." Sambung Irfan lagi.

Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari luar. Liyana terus terjah masuk dengan kasut tumit tingginya lalu mendekati katil Ezra.

"Sayang bangun please." Ujar Liyana sambil itu tangannya memegang tangan Ezra.

Irfan dan Dahlia terkedu melihat perbuatan Liyana yang menangis sambil memegang tangan Ezra. Dahlia menolak sedikit kuat badan Liyana untuk melepaskan pegangan Ezra.

"Jangan nak sentuh dia." Dahlia memberi amarah kepada Liyana.

"So what." Balas Liyana. Dia memeluk badan Ezra yang terbaring diatas katil.

"Hey Yana. Kau ni melampaulah!" Dahlia terus menampar muka Liyana sehingga bedak yang dipakai oleh Liyana hilang dari pipi.

"Kenapa kau berubah ni? Takkan sebab kau kaya kau terus berubah?" Herdik Dahlia membuatkan Liyana terkedu. Pipinya terasa pedih apabila ditampar oleh Dahlia.

"Aku bagi kau kesenangan sebab aku nak tolong kau tapi ni kau balas? Mana Allah yang selalu dihati kau? Mana tudung kau? Mana maruah kau?" Kata Dahlia sambil itu air matanya mengalir perlahan-lahan dari tubir mata. Liyana diam membisu.

"Aku benci nak tengok kau." Ujar Dahlia membuatkan Liyana terus memandang Dahlia.

"Keluar!" Jerit Dahlia. Irfan terus memeluk Dahlia. Nanti Dahlia apa-apakan Liyana memang meletop nanti hospital ni.

"Keluar!" Jerit Dahlia kali ini lebih kuat. Liyana terus mengangkat langkah pergi untuk keluar dari bilik itu.

Liyana keluar dari bilik itu dengan tangisan. Malu. Malu sebab diherdik dan dicaci depan lelaki.

"Tak apa Ezra tetap aku punya." Omel Liyana dengan senyuman sinis. Dia berlalu masuk ke tandas untuk bermake up mana-mana yang cacat oleh Dahlia.

*********

"Sayang. Okay tak ni?" Soal Irfan apabila melihat makana Dahlia tidak dijamah olehnya.

"Kenapa Liyana cepat betul berubah?" Soalan Irfan dibiarkan.

"Apa buktinya dia berubah?"

"Dulu dia bertudung, dia selalu tegur saya mana-mana yang salah dan tak suka dengan mana-mana lelaki tapi sekarang semua terus berubah. Tadi pagi saya nampak dia dengan Yazid dalam stor." Ayat diakhir sekali membuatkan Irfan tercengang.

"Di- diaorang buat apa?"

"Bersetubuh."

"Jangan nak tuduh orang sayang. Mana tahu ada barang nak kena ambil ke dalam stor tu."

"Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pertama dari cctv sekolah, kedua terdengar diaorang berborak dari luar, ketiga diaorang keluar sama-sama masa tu sambil tu diaorang buat aksi yang menggelikan dan menjijikkan." Panjang lebar Dahlia menerangkan kepada suaminya. Dia tak nak buka aib orang tapi ni dia terpaksa.

"Saya harap Yana berubah macam dulu." Kata Irfan membuatkan Dahlia mengangguk sama.

Devil GirlWhere stories live. Discover now