YANG PEDULI DAN YANG TAK PEDULI

1.7K 61 4
                                    

" Lancau kuning!! "

Sebuah kata-kata kesat terkeluar daripada mulut Ainur Zulaika. Batu-bata yang dibawanya dari luar tadi dah hilang. Dalam keadaan berang, Ainur Zulaika masih lagi mencari batu-bata itu walaupun sudah mengeluarkan kata-kata kesat berulang kali.

" Hang cari apa Ainur?", tegur Idora dari atas katil sambil bermain telefon.

" Batu-bata yang aku bawak tadi mana??", melilau mata Ainur Zulaika mencari.

" Mana ceq tau. Hang buat pa dengan batu bata? Nak katuk kepala orang ka?", Soal Idora sambil memerhati Ainur Zulaika yang belum berputus asa mencari batu-bata.

" Aku nak buat iron baju aku "

" Iron baju pakai batu-bata? "

" Aah, macam cerita P. Ramlee tu"

" Await la hang jadi lagu ni Ainur oi! Tu pi amik iron ceq ataih laci "

" Laa. Apasal tak cakap kau ada iron"

" Hang tak tanya! "

Tanpa membuang masa lagi, Ainur Zulaika mengambil iron Idora di atas laci. Kemeja hitamnya harus disiapkan malam ni. Esok Ainur Zulaika start kerja part-time di panggung wayang GSC, bahagian kaunter tiket. Memandangkan kelas cancel, jadi Ainur memilih untuk masuk shift pagi sebagai first day dia bekerja.

" Amboih excited hang nohh nak kerja esok", tegur Idora melihat Ainur Zulaika yang kini ralit iron baju.

" Mestilah. Cari duit sikit untuk sara diri"

" Wah, bagus "

" Whatsapp siapa tu?", Ainur Zulaika bertanya kepada Idora yang dari tadi asyik bermain telefon.

" Qushairi "

" Aduh, siapa pulak tu? "

" My skandal leww ", jawab Idora dengan gaya sedikit gedik.

" Ishh kau ni. Ihsan tu nak campak mana?"

" Nak campak apa? Dia pun skandal ceq "

" Amboi kau ni. Aku tengok dia baik kot. Tak baik beb main perasaan orang"

" Hang tak payah sibuk okay. Pi iron baju sana", Idora dengan wajah sedikit annoying. Dia kembali meletakkan kepala di bantal.

Ihsan: Mengapakah kau melangkah pergi ketika ku masih perlu, menatap wajahmu kali akhir dan lantas menyelam rindu...

" Uishh suara siapa tu, Idora", Ainur tersentak mendengar rakaman suara dari telefon Idora.

" Ihsan "

" Pandai main gitar la dia. Wah ", Ainur mengagumi Ihsan. Tapi lain pula untuk Idora. Dia berasa biasa saja.

Bagi dia lelaki yang bermain gitar sambil menyanyi ini dah biasa tengok. Buktinya, bekas skandal Idora tahun lepas iaitu Razif gitaris Projektor Band. Dia sungguh cekap bermain gitar. Segala jenis scale dia sudah khatam. Suatu ketika dulu Razif pernah menyiapkan sebuah lagu cinta yang diciptakan khas untuk Idora. Namun, lagu itu diubah menjadi lara setelah Idora berkata Razif itu hanyalah skandal dan tidak lebih dari itu. Jiiwa Razif terasa disiat. Dia mula berangan lagunya ini dikenali orang dan memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu nanti.

" Aduh, record lagi !", keluh Idora melihat di screen tertulis recording audio...

***

Miss Suraya mengedarkan paper exam ke semua meja pelajar. Seperti yang dimaklumkan semalam pelajar pelukis pelan senibina bakal menduduki exam sementara bagi menentukan group masing-masing berdasarkan result. Ihsan sedikit kalut semalam dia langsung tak study. Habis saja main gitar, dia terus masuk tidur.

" Aku tak ingat langsung doh ada paper hari ni. Aku langsung tak study", bisik Ihsan kepada Alaina Nasir disebelah.

" Kau buat apa je semalam? Wish goodnight bukan main awal. Ingatkan nak study "

" Aku tidur. Mengantuk sangat "

" Takpa, aku kan ada. Aku tolong kau kejap lagi oke?"

" Wah, lain macam. Baik ada makna ni ", Ihsan menyakat Alaina. Dalam hatinya berasa lega dapat bantuan. Kalau tidak dari semalam Ihsan berasa resah. Main gitar dan menyanyi bagai nak rak tapi Idora hanya membalas "ok". Malu rasanya Jiji nampak chat reply tu masa dia pegang record. Tapi Jiji rilek. Dia langsung tak ketawakan Ihsan malah dia memahami perasaan itu lalu memberi salam brotherhood. Ihsan terasa mahu comolot Jiji.

Alaina Nasir hanya tersenyum bila Ihsan cakap macam tu. Dia mahu Ihsan berkias lagi. Dia mahu Ihsan berkata manis lagi. Dia mahu Ihsan bergurau lagi. Baru bersemangat menghadapi exam.

Ihsan sedar Alaina Nasir menahan senyum. Malas nak bertanya. Dia berpaling belah kanan meminjam sebatang pen kat Ahmad Sayuti.

Setelah semua pelajar bersiap sedia, Miss Suraya membuat gaya seperti gadis litar memulakan perlumbaan. Dan peperiksaan pun bermula.

Al Kisah Di Sebuah KolejOù les histoires vivent. Découvrez maintenant