SEMAKIN PAYAH

1.6K 64 3
                                    

Satu bulan telah berlalu. Kelas Pelukis Pelan Senibina telah mendapat result bagi exam mereka sebulan lepas.

" Kau ni selalu takda masa dengan aku kan? Dulu boleh je teman aku sampai LRT ", tegur Alaina Nasir. Dia berterus terang sikap Ihsan menjadi agak berbeza selepas sebulan.

" Takda masa? Kita satu group kan untuk presentation nanti. Takda masa apa lagi?", jawab Ihsan. Baru tadi Miss Suraya mengumumkan result exam dan menentukan group masing-masing. Alaina Nasir dan Ihsan kebetulan dapat satu group. Gembira bukan kepalang Alaina tadi. Mereka dan lagi tiga orang student akan bekerjasama untuk presentation pelan rumah yang dibina nanti.

" Emm, kau ni dah berubah lah. Dulu bukan main sweet dengan aku haha", Alaina cuba bergurau walaupun memang itu hakikatnya. Ihsan semakin kurang sifat peramah apabila mereka lepak bersama. Dia banyak bermain telefon.

" Janganlah cakap macam tu. Aku tak boleh selalu dengan kau. Aku pun kena jaga hati orang lain jugak"

Air muka Alaina berubah. Kegembiraan dengan keputusan ahli group mula tak dirasa. Hanya kekosongan menyelubungi.

" Hati siapa? ", soal Alaina. Dia bertanya kepada Ihsan tapi tak berpandangan muka.

" Zaim.. Zaim. Member dorm aku. Dia.. dia marah aku semalam tak lepak mamak dengan dia", tergagap juga Ihsan nak menjawab. Namun, ianya tidak dapat menghalang hati Alaina untuk berasa was-was, gelisah tak bermaya manipulasi antara kita. Ahh! Lirik lagu tu.

" Ouh okay ", balas Alaina. Itu sahaja respon yang mampu ditunjukkan. Nanti apa pula kata Ihsan kalau ter-over.

Disebelahnya Nelydia yang dari tadi on-call pakwe dia, Mayamin. Selalunya habis dari kelas mereka akan lepak minum petang di mana-mana kedai. Dan hari ni mereka pilih kedai rojak lori.

" Korang lepak la. Aku ada hal ni. Emergency ", kata Ihsan sambil melihat jam tangan berkali-kali.

" Asal? Kau nak pergi mana?", tanya Nelydia.

" Ada hal ni. Entah la member aku"

" Haa yela "

Kemudian, Ihsan terus melangkah pergi meninggalkan Alaina Nasir dan Nelydia. Alaina diam saja walaupun banyak perkara nak disoalkan. Langsung tak memberi sebarang dua kata malah melihat saja Ihsan meninggalkannya. Semakin lama semakin jauh.

" Nampak sangat taknak lepak. Pundek betul jantan ni", kata Nelydia. Kemudian dia memesan rojak ayam dan segelas teh o ais.

***

Yumi dan Zaim Marziq sedang lepak bersila di katil hostel. Berbual pasal politik sampailah berdebat pasal ayam ataupun telur ayam yang wujud dulu.

" Sudahlah. Sampai bila nak habis sial", Yumi mematikan debat.

" Okay, aku nak tanya kau. Kau pernah tengok sabun mandi?"

" Pernah la sial. Apa lancau soalan kau ni", Zaim Marziq belum habis bercakap lagi terus disialkan Yumi.

" Okay, macam mana dia mandi?"

" Fuck! Hahaha ", Yumi ketawa berdekah-dekah. Jarang dia menerima lawak yang bagus ni. Zaim Marziq ketawa sekali sambil memerhati kawannya ketawa dengan penuh rasa bangga. Tak sia-sia dia bermain Twitter selama ni.

Keadaan hostel sedikit suram sebab semua budak tenga berdengkur baru habis kelas. Hanya kedengaran Jiji menggoreng lagu I don't belong here dari kumpulan gitar rancak Cromok dalam versi akustik.

" Kau tengok dia goreng gitar, Yumi", Yumi melihat Jiji di katil hujung.

" Laju gila goreng mesti dah rentung tu", sambung Zaim. Kemudian, Yumi gelak berdekah-dekah lagi. Tak tahu nak cakap macam mana, memang Yumi ni mudah terhibur ataupun Zaim Marziq memang kelakar. Sambil tersengih-sengih, Yumi kembali menghisap bong buatan tangannya. Dia mengajak Zaim. Zaim tolak. Dia bukan stoner.

" Woi, badan tak kering lagi dah sarung baju? Biar tembikai? Kau nak pergi mana?", Tegur Zaim Marziq terlihat Ihsan yang menggelabah bersiap sebaik saja habis mandi.

Al Kisah Di Sebuah KolejWhere stories live. Discover now