4

7.5K 82 4
                                    

Amin dari dapur membancuh air singgah di bilik sebelah. Dia tahu andai dia ketuk berulang kali sekali pun belum tentu Farid membukanya. Dia sedar, sejak kebelakangan ini Farid kerap membuka alunan musik dengan kuat sekali. Tangannya mencapai tombol lalu memulasnya perlahan lahan. Amin menjengah kepalanya ke dalam bilik Farid. 

Pereka grafik itu kusyuk sekali mengadap kerja seninya. Amin menepuk perlahan bahu rakan serumahnya itu. Terkejut bukan kepalang lagi. Hampir terlompat Farid dibuatnya. Dengan mata membuntang, Farid memandang kaget Amin di belakangnya.

"Fuhh! Terkejut aku." Diurut dadanya perlahan-lahan memujuk jantung yang masih berdegup kencang bagaikan nak luruh.

"Sorry sorry." Ujar Amin dengan senyum kambing. Farid kembalikan posture badannya menghadap komputer, sambil tangannya mengusung tetikus memperlahankan kelantangan musik.
"Hmm?" Farid mengangkat keningnya tanda bertanya apa tujuan Amin ke biliknya malam itu.

"Sibuk ke?" Soal Amin ringkas.


"Biasa la. Dua tiga harini sibuk sikit. Aku kena siapkan projek ni dalam minggu ni jugak. Last minute bos aku bagitau ada projek ni. Dia lupa. Ade ke patut?" Ujar Farid panjang lebar. Tidak mahu terus berselindung, Amin mulakan apa yang terbuku di hati.

"Aku datang ni cuma nak ingatkan, bukan ke aku dah pesan tentang peraturan rumah ni, jangan pasang lagu kuat-kuat. Lagu nasyid takpe." Nada suara Amin nyata serius tapi berakhir dengan lawak hambar.

"Sorry, aku bukan apa." Belum sempat Farid menjelaskan pada Amin--.

Sreeeett!
*kedengaran bunyi kerusi diseret di tingkat atas*

"Ha tu tu!"Farid mendongak dengan menunjuk-nunjuk siling dengan memuncungkan mulut. Amin turut mendengar bunyi yang sama namun tiada reaksi.
"Orang atas ni haa. Bising. Aku nak buat kerja pun tak senang. Bukan kata kerja, waktu aku nak masuk tidur, waktu tu jugaklah nak bertukang. Bertukang apa malam malam." Ujar Farid dengan nada yang tidak puas hati.
"Hmm. Macam ni lah. Kau pasang surah yassin tiga malam berturut-turut. Kalau kau baca sendiri pun lagi afdal. Okay? Assalamualaikum." Amin berlalu meninggalkan Farid terpinga-pinga dan dia berharap Farid faham apa yang cuba disampaikan.


***

please please let me know if there's something wrong. sebelum ni dah ada orang tegur penceritaan sangat cepat. kali ni kita bagi slow. and maybe next chapter lebih byk penulisan. so what say you? Dan boleh request your imagination cast for this story. Pastu nanti kite tempek gambar pelakon untuk fefeling seram. hiks!

JIRANWhere stories live. Discover now