8

2.4K 93 2
                                    

Maka bermula lah episod luka tanpa darah Amin. Malam ketiga dia menetap di rumah itu, dia mula diusik manja. Bunyi seolah olah ada orang mandi di tandas, bunyi loceng kaki di ruang tamu dan macam macam lagi. Amin tergerak hati memberitahu Tok Wan nya di kampung. Pada hujung minggu itu jugak Tok Wan nya ke mari.

"Rumah kamu ni...ada banyak yang tertinggal. Lepas kamu masuk, tindakan kamu membersihkan rumah ini, buat mereka marah. Tapi mereka masih lagi berlegar di dalam rumah ni kerana tidak berpagar. Kita pun tak boleh pagar suka suka hati. Orang yang tinggal di sini sebelum ni memang banyak buat onar." Kesal Tok Wan.
"Dahtu, macam mana caranya? Saya bukan apa. Saya cuma risau dia munculkan diri saja. Tapi ini semua ni pun buat saya tak lena tidur. Pergi kerja lesu." Ujar Amin, kerisauan.
"Malam ni, biar Tok Wan bincang dengan mereka. Kamu beribadat macam biasa. Yang penting kamu kena kuat. Jangan biar dia menakut nakutkan kamu." Nasihat Tok Wan.

Malam itu Tok Wan bersendirian di dalam bilik cuba untuk berbincang dengan mereka. Ada beberapa syarat yang perlu dibuat supaya mereka tidak mengganggu lagi. Antaranya adalah kebersihan. Sesungguhnya mereka amat suka dengan najis, kotor dan asap. Apalagi ditambah dengan kita yang suka leka dengan musik dan maksiat. Perkara itu disampaikan kepada Amin. Amin akur dengan syarat yang diberi. Namun sebelum mereka pergi, mereka ada meninggalkan kenangan....

Mata Amin berkedip kedip menghadap skrin telefon yang menyala. Masih bermesej dengan Alia tatkala jam telah menunjukkan pukul 1 pagi. Saat dia sudah mahu lelap. Tiba tiba dia terdengar derapan tapak kaki di luar bilik. Pintu bilik sengaja dibuka andai Tok Wan memerlukannya. Bunyi itu terhenti di ruang tamu di hadapan biliknya. Dan kedengaran televisyen dibuka namun tiada siaran. Amin mula curiga. Tok Wan sebagai orang lama tidak tahu cara nak hidupkan televisyen dan cara jalan yang agak laju seperti orang muda. Televisyen dipadamkan. Amin tersentak.

Bunyi derapan tapak kaki kedengaran kembali. Cepat cepat Amin pejamkan mata kerana dia tahu, "makhluk" itu menuju ke kamarnya. Terasa aura seram memenuhi segenap ruang biliknya. Makin lama makin dekat. Tiada lagi derapan tapak kaki, hanya dengungan yang pastinya boleh diakhiri dengan bunyi atau suara yang tidak enak. Amin mula membaca ayat Kursi di dalam hati. Tunggang langgang. Berulang kali diulang baca namun salah jua.

Amin beristighfar dan mula berzikir tanpa henti. Sehingga satu tahap Amin dapat rasakan ada hembusan nafas yang hanyir betul betul di hadapan mukanya. Perlahan lahan aura seram itu berlalu pergi. Amin langsung tidak membuka mata hingga terlelap.

Entah pukul berapa Amin terjaga. Badannya basah dengan peluh. Panas betul rasanya. Dikuatkan kipas siling. Dia lihat jam di telefon bimbitnya, "ahh, baru pukul 4". Masih ada lebih kurang dua jam sebelum subuh. Itulah orang kita. Dah terjaga tu alang alang bangun tahajud tapi sambung tidur pulak. Matanya tertancap di pintu bilik. Ada figura yang berdiri disitu memerhatikannya. Hitam seperti bayang, seperti tidak jelas. Cepat cepat dipejamkan matanya berharap itu bukan lembaga yang disangka. Kemudian Amin membuka matanya kembali. Alangkah terkejutnya apabila lembaga tersebut betul betul di hadapan muka Amin. Terasa benar dengusan nafas yang berat di kulit mukanya. Amin pejamkan matanya rapat rapat. Terkumat kamit dia membaca ayat kursi lalu dilaungkan kalimah Allahuakbar sekuat hati sehinggalah pintu biliknya berdentum tertutup sendiri.

***

Thanks for keep on reading this. Please please please, give me some ⭐⭐⭐ so that bersemangat sikit nak sambung cepat cepat bagi habis.

Will update the next chapter soon.

JIRANWhere stories live. Discover now