5

5K 64 6
                                    

Sejak malam itu, Farid tak berani lagi memasang musik dengan lantang. Paling paling pun dia akan memakai earphones. Seram sejuk selepas Amin tinggalkan dia tanpa sebarang penjelasan. Pantas dia memuat turun bacaan Yassin dan memasangnya sepanjang malam.

Hujung minggu ni Amin balik kampung. Selesai solat isyak, Farid menghempas badannya ke atas katil. Malam ni dia perlu siapkan barang untuk model projeknya. Besok boleh rileks.

Tanpa berlengah lagi, dia bingkas bangun dan mencapai telefon dan earphone. Sebelum mula kerja, musik itu perlu untuk mematikan rasa masa yang berlalu dengan pantas. Farid kemudian melipat kakinya untuk duduk bersila di lantai. Dicapainya perkakas dan barang barang yang perlu dipotong, digunting, dan diketuk. Dia mencapai kayu buluh kecil dan pisau. Kayu tersebut perlu dipotong saiz kecil. Farid cuba untuk mempotong namun tak lut sedangkan pisau itu baru dibeli dan belum pernah dipakai. Kayu itu terlalu keras. Jadi dia cuba untuk mengetuk menggunakan penukul bersaiz kecil dan mematahkan kayu.

Tuk tuk tuk.
Berjaya!

Kerjanya hampir selesai. Lagunya yang berentak rock pada mulanya telah bertukar balada. Terlalu perlahan musiknya sehinggakan dia boleh mendengar bunyi ketukan ketukan kayu. Saat dia berhenti mengetuk. Terdengar sayup sayup bunyi ketukan yang sama. Dia memperlahankan musik. Dia cuba untuk mengetuk kayu itu lagi. Ya. Kemudian bunyi ketukan kayu yang serupa kedengaran saat dia berhenti mengetuk. Seolah olah ada yang mengajuk. Farid mencapai kotak dan plastik untuk mengemas barang. Sambil matanya meliar melihat setiap genap bucu biliknya. Farid kemudian memanjat katil perlahan-lahan dengan mata yang segar. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci Al-Quran yang dihafalnya. Mana mungkin dia dapat tidur malam ini.

***

Farid terjaga dari lena dek terang lampu bilik yang sengaja tidak ditutup. Dia melihat jam sekitar pukul 4 pagi. Matanya segar sekali seperti sudah tidur lama dan sukar melelapkan kembali. "Dah takde kot", ujarnya dalam hati. Jadi dia bangun dari pembaringan. Farid mahu menutup lampu. Dia perlu cukup tidur. Farid duduk ditepi katil. Saat kakinya mencecah lantai, dia terasa seperti ada sesuatu yang tidak begitu selesa, bukan karpet. Farid menjenguk lantai. "Ahhh!", jerit Farid lalu mengangkat semula kakinya dan bersandar pada dinding bilik.

Rambut panjang mengurai dari bawah katil keluar ke ruang legar bilik. "Astaghfirullahal'azim",jerit Farid lagi sambil mengurut dadanya, matanya membuntang segar. "Astaghfirullahal'azim", suara garau dari luar tingkap bilik. Jantung Farid berdegup kencang. Apa yang patut aku buat ni?? Farid menekup bantal kedua dua telinganya sambil berzikir. Tak mampu lagi untuk membaca ayat suci al-Quran kerana satu pun tak terlintas di fikirannya. "Hmm. Orang taknak kawan dengan kite", suara garau tadi bertukar sayu seperti suara perempuan. Sayup sayup kedengaran tangisan perempuan itu. Tanpa disedari, air mata berguguran ketakutan. Farid tak pasti pukul berapa dia terlelap selepas berhempas pulas menutup mata hingga lena.

JIRANKde žijí příběhy. Začni objevovat