Part 06

22 5 0
                                    

Lie Cafe

Jimin mengetuk meja di depannya berkali-kali. Fresh orange yang dipesannya berkocak mengikut irama ketukannya.

Sekali sekala dia mengerling jam di tangannya dan dinding cafe tersebut. Bunyi loceng pintu masuk cafe selalu menggamit perhatiannya.

Kelibat Jun dan kawannya belum lagi kelihatan. Ini agak merisaukan dia. Takut perkara buruk yang berlaku kepada mereka berdua.

Tapi bunyi loceng di muka pintu kali ni melegakan hati dia apabila nampak Jun dan kawannya menghampiri dia. Lambaian Jun dia balas.

"Oppa maaf lambat. Jalan sesak pula tadi" Mereka berdua duduk berhadapan dengannya.

Pelayang yang berada di cashier tadi mendekati mereka. Kedua-duanya memesan fresh orange sepertinya.

Jun perasan pandangan mata Jimin pada Y/n. Y/n pula sekali sekala melarikan pandangan matanya daripada Jimin.

"Anyong. Y/n imnida" Y/n bangun dan menunduk sebagai tanda hormat pada Jimin. Memandangkan Jun mengelarnya oppa semestinya Jimin tua lagi daripada dia sebab dia dan Jun sebaya.

"Park Jimin iminida" Jimin turut melakukan perkara yang sama dengan Y/n. Dia tersentak mendengar suara Y/n tadi.

"Jadi... Kenapa Jimin-ssi nak jumpa saya? " Soal Y/n terus tanpa bermukadimah. Ingat masa itu emas. Jun mencubit paha Y/n perlahan. Dia menyeringai kesakitan. Nasib baik tidak perasan oleh Jimin.

" Awak ada unnie? " Y/n berkerut mendengar soalan Jimin. Memelikkan. Dia memandang Jun. Tetapi dia hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu

Y/n mengangguk.

"Err.. Mana unnie awak? Dia tak datang ke masa majlis Baekhyun hyung? " Soalan Jimin agak memganggu emosi Y/n. Tapi dia taknak menuduh dan meroyan tanpa bukti dan sebab.

"Dia... Dah lama menghilang. Pihak polis tak jumpa dia dan kemungkinan dia dah mati." Y/n cuba mententeramkan hati dia. Bila dia dapat rasa tangan Jun menggengam tangannya erat bibirnya berjaya mengukir senyuman tanpa gelisah.

Jimin mengeluh. Dalam hati dia seratus peratus mengatakan yang Y/n adik kepada yeoja yang V katakan. Tapi bukti sebegini belum mencukupi lagi.

"Err.. Boleh saya tengok pic unnie awak? " Jimin menggaru kepala.

Rasa yang dirinya stalker...

"Boleh. Nah" Selepas digeledah beg sandangnya. Sekeping polaroid di hulur pada Jimin. Dia merenung lama polaroid itu. Cantik. Guman hati dia. Tapi malangnya hanya V saja yang tahu rupa yeoja tu.

"B-boleh saya ambil? Jangan salah faham! Saya bukannya pervert ke apa just saya nak pastikan sesuatu. Lepastu nanti polaroid ni saya bagi pada Jun supaya serah pada balik. Boleh? " Dada dia berdegup. Gementar punya pasal. Anggukan daripada Y/n agak mengejutkan Jimin. Tapi dia berasa lega kerana urusannya dimudahkan.

"Gomawo" Senyuman Jimin dibalas oleh Y/n. Jun yang dari tadi memerhati merenung lantai. Takkan dengan kawan sendiri dia nak jeles kan?... Betul tu. Lelaki yang disayangi boleh cari lagi tapi kawan yang betul2 menghargai dirinya susah dapat pada zaman yang berkembang pesat sekarang ni.

"Maaflah menyampuk. Tapi oppa nak buat apa dengan pic tu? " Jun mendongak mukanya dan merenung Jimin. Bila renungannya dibalas wajah dia merah tanpa disuruh. Dia dapat rasa senggolan di pinggangnya. Siapa lagi kalau bukan Y/n.

"Lepas oppa dah pastikan... I told you guys the whole story okay. Tapi oppa juga harap Y/n tiada rasa sekelumit dendam pun pada dia walaupun perkara ni agak teruk" Bait kata yang keluar daripada Jimin memeningkan Y/n.

"Oppa terpaksa pergi dulu. Dah janji dengan BTS nak tengok suasan dekat Daegu. " Jimin pamit dan berlalu pergi. Jun memandang Y/n.

"Apa maksud dia? " Soalan Jun hanya dibalas gelengan oleh Y/n. Dia pun masih lagi keliru..

Dendam?

           *TBC*

[✔]||GUILTY||K.T.H Where stories live. Discover now