Part 012

21 5 2
                                    


Oven aku panaskan kemudian roti yang siap dibakar aku susun dalam bakul yang selalu aku bawa. Kek2 yg sudah berplastik aku masukkan juga.

Sejurus balik dari jumpa dengan Jimin tadi terus aku masuk dapur siapkan apa yang patut. Penat ke belakang yang penting aku memang suka buat benda ni.

Aku suka memasak sebab ia memberikan kepuasan pada aku.

Sementara nak tunggu roti yang aku siapkan masak aku duduk dia kerusi dan menongkat dagu atas meja.

Buku akaun dan juga surat kusam yang aku dapat pagi tadi direnung. Buku akaun aku capai dan buka. Ikutkan jumlah wang yang unnie tinggalkan lebih dari cukup sebab bila campur dengan aku punya hasil jualan memang banyak.

Sebak aku rasa sekarang. Rindukan unnie aku yang bersusah payah bekerja sebab nak hantar aku belajar. Jadi aku takkan siakan peluang ni dan harapan unnie untuk tengok aku berjaya dan ubah nasib keluarga kami.

*Ting!*

Bunyi oven menyentakkan lamunan aku. Terus air mata yang jatuh setitik aku seka dengan tangan. Langkah kaki diatur ke arah oven. Sarung tangan dipakai dan dulang yang berisi dengan roti2 yang sudahpun masak aku keluarkan. Hari ni aku rajin jadi aku bentuk roti ni pelbagai aneka.

Selesai aku susun dalam bakul seperti biasa. Aku lihat dua bakul yang terletak di atas meja. Tersengih bila melihat hasil air tangan aku. Bangga .

Arh! Baru aku ingat. Esok Taehyung kata nak datang... Tapi aku pula rajin? Hmmm...  Takpala dia boleh tolong aku macam harini.. Hohoho.. Bukan selalu nak ambil kesempatan camni.

*'''Drip! Drip! '''*

Telefon atas meja aku ambil dan mesej tertera di situ... Dari.. Nombor tak dikenali.. Lagi sekali?

*// Y/n maaf esok saya tak dapat jumpa awak sebab ada hal yg nak diuruskan. I'm sorry ^^ ~ Taehyungie//*

Mesti dari Jimin dia ambil.. Dia tak datang esok jumpa aku.. Kenapa aku rasa sedih ni... Sebab aku dah sayangkan dia... Kim Tae-hyung...

*_Skip_*

*'''[ Seminggu kemudian ]'''*

Badan aku rebah atas sofa. Penat betul aku harini. Berjalan sana sini dengan Jun tanpa arah. Mengada betul dia tu! Membazir je kerja...

Punat on telefon aku bukak dan skrin yang tadinya gelap bertukar putih.

*12:43 p.m.*

Tengahari dah. Patutlah la perut aku berkeroncong bagai nak gila. Aku pandang dapur. Entah kenapa rasa jauh pulak... Malas laaa...

Aku dongak pandang atas... Siling putih jadi paparan..  Kim Tae-hyung.. Aku gila sejak beberapa hari ni. Hampir setiap hari aku ingatkan dia.. Tapi dia..  Dah hampir seminggu tapi langsung dia tak jumpa atau mesej aku.. Aku sememangnya dah gila sebab berharap dia akan buat aku camtu. Aku just orang baru yang dalam hidup dia.. Just nobody..

Aku benci rasa ni. Dia rapat dan baik dengan aku mungkin sebab rasa bersalah je. Mungkin? Entahlah. Penat nak berbalas dengan perasaan sendiri. Buat penat saja.

*Knock! Knock!*

Pintu depan aku pandang. Tiada tanda2 nak buka. Aku masih lagi dalam mood penat. Siapa ja yang ganggu aku sekarang ni.

Dengan langkah longlai aku menapak. Pintu dibuka.

"Hai! " Tubuh badan aku bergerak ke belakang sedikit. Taehyung tersengih melihat reaksi aku. Apa yang dia buat dekat sini? Baru je fikir dah muncul. Dia tahu apa yg aku rasa ke? Jap! Mana dia tahu rumah aku??

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[✔]||GUILTY||K.T.H Where stories live. Discover now