Part 010

26 4 0
                                    

Jam loceng atas kabinet berdering membingitkan telinga aku. Perlahan tangan aku gapai dan matikan bunyi bising jam merah jambu milik Jun.

*4:00 a.m.*

Mata aku gosok berkali-kali. Jun disebelah aku pandang. Lena la pulak. Kesian pula nak kejut. Kertas kosong yg tersusun dalam satu kotak diambil. Marker pen hitam aku capai dalam bekas pen.

*_'''Sayang. Baby balik dulu. Nak siapkan kerja. Jumpa nanti ❤'''_*

Kertas kosong yg diconteng tadi aku baca. Naik loya baca bait perkataan yg aku tulis. Dah macam lesbian. Lantaklah.

Barang2 aku ambil. Tombol pintu bilik Jun aku pulas dengan berhati-hati. Selamat aku tutup. Aku menapak turun ke pintu utama rumah agam milik Keluarga Kim ni.

Satu-persatu tangga aku jejak untuk turun. Sampai di tangga terakhir nafas aku seolah berhenti melihat hantu tepung depan aku. Dengan dramatik kaki aku longlai.

"Eh Y/n kenapa ni?! Tiba2 terduduk dekat tangga" Kenapa?! Apa yg hantu ni dekat aku. Kepala aku sembankan di antara kedua kaki aku.

"Y/n!" Bahu aku digoncang! Macam mana dia tahu nama aku! Aku memberanikan diri melihat hantu tepung tadi...

"Ahjumma Kim?! Buat apa pagi2 buta dekat sini?! " Air mata aku lap pakai belakang tangan. Mati2 aku ingatkan hantu tadi. Ingatkan dah mati. Ahjumma Kim menggeleng.

"Y/n ingat ahjumma apa? Ni kenapa yg dengan beg segala bagai? " Ahjumma Kim bercekak pinggang depan aku. Soalan dibalas soalan.

"Nak balik rumah. Kek2 dan roti2 ada yang tak siap lagi" Kata aku naif. Ahjumma Kim tersenyum. Err... Boleh tak Ahjumma basuh muka tu. Seram sejuk aku dibuatnya.

"Y/n... Kenapa perlu susahkan diri. Perbelanjaan pelajar Y/n tu ahjumma boleh uruskan. Ahjumma dah anggap Y/n macam anak ahjumma sendiri" Pipi aku diusap lembut. Sungguh waktu ni aku rindukan belaian omma aku. Tangan Ahjumma Kim di pipi mulus aku pegang.

"Saya taknak susahkan sesiapa. Baiklah ahjumma. Y/n pergi dulu" Ahjumma Kim seakan pasrah saja dengan bait perkataan dari mulut aku.

"Ya baiklah. Hati2. Awak tu perempuan" Sebelum melangkah lebih lanjut pipi Ahjumma Kim aku cium begitu juga dia membalas apa yg aku lakukan.

*_Skip_*

Roti2 dan kek2 dalam bakul yg agak besar dari aku diperhati. Puas! Selesai semuanya aku mengemas apa yg patut dan membersihkan diri. Takkan aku nak berjualan dengan keadaan diri aku yg sebegini.

Selesai bersih apa yg patut. Telefon di atas peti ais bergetar. Mesej dari Jun aku buka.

*// Okay Baby. Leklok berjualan~~ Semoga murah rezeki. Jangan lupa sayang dekat sini tau//*

Ketawa aku meletus sedikit. Macam2.

Bakul aku ambil dan tombol pintu aku pulas. Macam nak luruh jantung aku tengok susuk tubuh Taehyung depan aku dengan sengihan petaknya. Melting aku dekat sini. Nasib baik aku bukannya ais.

"Taehyung? Apa awak buat dekat sini? " Dia mendekati aku. Bakul tadi bertukar tangan belum sempat aku melarang. Dia nampak ceria berbanding sebelum ni.

"Nak jumpa awak la" Katanya.

"Jumpa saya? Tapi saya nak ke habiskan jualan dulu" Kata aku. Tak kisah pun kalau dia nak jumpa aku tapi roti dgn kek yg berlambak ni kenalah dijual dulu. Rugi pula nanti.

"Jom saya tolong" Tangan aku dia capai dan genggam erat.

*_Skip_*

Aku masih lagi dalam keadaan tak percaya. Bakul yg tadinya penuh kosong dalam masa sejam. Sejam! Tak sangka dekat kawasan perumahan ni banyak juga yeoja2 yg miang termasuk aku *senyum petak*.. Semuanya sebab rupa paras Taehyung... Fuhh! Kalau jadi model memang laku habis ni.

"Taehyung gomawo sebab bantu saya" Bakul yg kosong aku letakkan dia salah satu bangku yang kosong.

"Cheonma. Lagipun saya suka" Aku jadi malu sendiri bila dia pandangan aku macamtu. Mana pernah seumur hidup aku dekat dengan mana2 lelaki kecuali namchin unnie aku... Lelaki durjana tu talam dua muka...

"Awak tak balik Seoul lagi? " Bila Taehyung mendiamkan diri aku menyoal. Mata dia ralit memerhatikan budak2 dia taman permainan. Terpapar riak teruja ketika itu. Dia sukakan budak2 ke?

"Kenapa? Awak tak suka saya dekat sini? " Soalnya dengan suara yg sayu. Rasa bersalah mula menyelinap dalam hati aku bila melihat muka dia yg ceria tadi bertukar muram.

"Eh taklah. Mana ada saya tak suka. Cuma awak tak belajar dekat sana? " Rasanya waktu tu Jun cakap dekat aku yg Taehyung dengan Jimin ni hanya beza empat tahun dgn kitorang.

"Ouhh. Saya dah berhenti belajar. Saya bekerja sendiri sekarang" Kekaguman aku rasa sekarang. Dia ada bisnes sendiri. Tapi perasaan sebal tetap muncul. Rugi sebab dia ada peluang untuk belajar dengan lebih lanjut. Saya cemburu ╥﹏╥ ^^

"Kerja? Awak buat bisnes sendiri ke apa? "

"Boleh dikatakan camtu. Saya photographer " Anggukan aku beri padanya. Pandangan aku kalihkan ke depan pandang budak2 yg berlari sana sini tanpa perlu memikirkan masalah yg melanda.

"Awak tak menyesal berhenti belajar?" Sebab aku tak dapat peluang tu jadi aku rasa agak terkilan bila ada org yg menyiakan peluang yg diberi.

"Saya? Tak... Sebab saya minat dalam seni fotografi ni. Tapi suatu hari nanti..." Dia pandang aku.

"Semestinya saya akan sambung belajar dengan lebih jauh lagi. Rugi la saya belajar course engineering tu lama2 tapi siakan" Tambahnya. Bila dengar dia kata camtu aku tersenyum... Entahlah..

"Awak? Tak terfikir sambung belajar? " Soalan dia ulang.

"Suatu hari nanti" Balas aku dengan senyuman...

"Awak dengan Jun sebaya kan" Aku angguk dengan soalan dia. Aku memandangnya.

"Jadi awak kena panggil saya oppa macam mana Jun gelar" Membulat mata aku. Dia melihat aku dengan sengihan lebar petak dia.

"Seganlah. Taknaklah" Uishh. Rasa berbahang dah muka aku ni.

"Apa yg segannya. Cuba la" Katanya memujuk. Aku menggeleng. Tapi dia mencebik. Suasana hening lagi antara kami.

Deringan telefon aku menceriakan suasana. Ringtone I lagu Twinkle Little Star you knowhh.

Taehyung aku sempat kerling. Dia gelakkan aku. Kenapa tak salah di sisi undang2 pun kan?

Eh? Ni bukan nombor ahjussi polis tu ke..

"Yoboseiyo. Ya.. Arr.. Ouhh okay" Talian diletakkan. Aku pandang Taehyung.

"Wae? " Jelas juga di mata aku riak risau dia.

"Ahjussi polis ada benda nak bagi saya. Barang2 unnie" Suara aku suram tiba2.

"Jom. Saya temankan awak" Dia sudah bangun berdiri di hadapan aku. Kepala aku dongak pandang dia yg tinggi lampai ni.

"Jomlah. Saya ikhlas" Tangan dia yg besar dihulurkan kepada aku.

Aku tersenyum nipis dan menyambut tangan yang menggengam erat tangan aku sekarang...

Kenapa dia baik sangat dengan aku? Kim Tae-hyung... Sejujurnya aku sudah mula mencintai kau.. Dia yg beriringan dengan aku.. Aku pandang sedikit... Keluhan kecil keluar dari bibir merah aku.

*To Be Continue*

[✔]||GUILTY||K.T.H Where stories live. Discover now