Bab 2: Terpikat

585 19 0
                                    

"Hai Sohee, awak ialah hamba kami."

Kata seorang lelaki yang lengkap bersut hitam. Dia berdiri disamping 8 orang lain.

Kemudian, lelaki itu mula memperkenalkan diri mereka.

"Kim Junmyeon atau Suho."

"Oh Sehun."

"Kim Jongdae ataupun Chen."

"Park Chanyeol."

"Zhang Yixing atau Lay."

"Kim Minseok atau Xiumin."

"Byun Baekhyun."

"Kim Jongin atau Kai."

"Do Kyungsoo."

Aku terpegun melihat kesemua lelaki yang segak-segak belaka berdiri dihadapan pintu.

"Sohee?"

Aku tersedar dari lamunan ku. Aku menjadi malu apabila semua orang perasan yang aku sedang merenung mereka.

"Kuatkan semangat Sohee. Kuatkan semangat!!" kataku didalam hati.

"Mari kita ke rumah baru awak, Sohee." kata Baekhyun sambil tersenyum. Senyumannya cukup membuatkan diri ini mencair.

Aku berjalan dihadapan omma ku dengan terpaksanya. Rasa berat nak tinggalkan tempat aku dibesarkan. Tapi, aku terpaksa kuatkan semangat.

Aku menaiki van bersama lelaki-lelaki itu. Dalam perjalanan, aku menikmati kesegaran hutan-hutan yang hijau. Aku perasan yang Kai asyik memandangku. Tetapi, aku hanya membiarkan sahaja.

Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami sampai dirumah ku.

"Sohee-ah.." Kata Baekhyun, mengejutkan aku yang tertidur.

Aku membuka mataku dan melihat Baekhyun tersenyum melihatku. Pipi ku menjadi merah.

"Mari ikut saya. " kata Baekhyun sebelum keluar dari van. Aku menggosok mataku dan membetulkan rambutku yang kusut sedikit.

Aku keluar dari van dan mengambil bagasi ku didalam bonnet van.

Aku memandang sekeliling dan berasa pelik kerana tiada rumah lain disitu. Hanya hutan yang tebal mengelilingi rumah besar yang bewarna putih itu.

Aku mengikut Baekhyun daripada belakang. Apabila Kyungsoo membuka pintu, mataku membulat melihat ruang dalam rumah itu.

"Cantiknya." kataku sambil melihat chandelier yang sangat cantik di siling.

"Memanglah cantik." kata Chanyeol.

Aku mengangguk perlahan.

Tiba-tiba, mereka semua mendekatiku dengan perlahan.

"A-apa yang korang buat ni?!" aku mengambil langkah ke belakang.

Smirk jelas terpapar di wajah mereka.

"Masa untuk dedahkan diri kami yang sebenar."

_________________________________________

Oh, Diorang ni biar betul?


Baru chapter 2.

Bacalah apa yang terjadi nanti.

Escape. (EXO Dorm)Where stories live. Discover now