Bab 7: Berubah?

286 8 0
                                    

Sohee POV

Aku merenung ke luar tingkap, memikirkan rancangan aku untuk melarikan diri dari banglo ini. "Boleh ke aku keluar? Macam mana kalau diorang tak bagi aku keluar? Kalau diorang dapat tangkap aku cuba nak larikan diri, masak aku dibuatnya." Sedang aku mengelamun, bahuku ditepuk membuatkan aku terkejut. Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki kacak sedang tersenyum kepada aku.

Aku berdiri dan menjauhi diri aku daripada dia. "Tuan Kai. Terkejut saya." Senyuman di bibirnya semakin lebar membuatkan aku rasa terpegun? "Sohee-ah?" aku kembali ke realiti setelah disergah Kai. Aku menutup muka kerana menahan malu. Mesti dia perasan yang aku tersengih-sengih kat dia. "Ma-Maafkan saya. Apa yang sa-saya boleh bantu?" kenapa kau gagap ni Sohee. Dia menggeleng kepala dan menghulurkan tangannya secara tiba-tiba. "Tuan nak buat apa ni?"

Dia ketawa sebelum menggapai tanganku dan membawa aku ke ruang tamu. Semasa berada di ruang tamu, semua orang berada di situ. Aku pula seperti kucing, berasa malu-malu. Mana taknya kalau 9 orang kacak memerhatikan aku. "Sohee-ah." Xiumin memanggil aku dan memberikan surat sepucuk surat kepada aku. Aku memandang Xiumin dengan aneh sekali. "Surat apa ni, Tuan?" Xiumin menerbitkan senyuman lalu berlalu pergi ke biliknya. Aku memandang lelaki yang lain. "Kenapa dengan Tuan Xiumin?" mereka memandang satu sama lain sebelum menggeleng kepala. "Tak tahulah Sohee. Dia berperangai pelik sejak kehadiran awak di sini." aku berasa cuak. Kenapa aku pula yang buat Xiumin berperangai pelik?

Kemudian, mereka yang lain beredar ke bilik masing-masing, meninggalkan aku yang seperti tunggul. Aku pun masuk ke dalam bilik aku. Aku mengunci pintu untuk memastikan tiada siapa yang dapat masuk (Sohee, hebatnya kamu). Setelah melabuhkan punggungku di atas katil, surat ditangan dibuka dengan perlahan.

Sohee-ah,

Ni Xiumin. Macam mana eh nak cakap benda ni? Nervous teruk Xiumin dibuatnya. Xiumin sebenarnya nak minta maaf atas perbuatan Xiumin terhadap Sohee selama Sohee berada di sini. Xiumin minta maaf juga sebab 'beli' Sohee. Xiumin sebenarnya tak nak buat jahat-jahat dekat Sohee sebab Xiumin rasa... Xiumin rasa yang Xiumin mula jatuj hati dekat Sohee. Sejak hari pertama Xiumin lihat Sohee, hati Xiumin berbunga. Xiumin jadi tak terkawal sebab keegoan Xiumin menyebabkan Sohee berasa takut dengan Xiumin. Xiumin minta maaf sekali lagi. Xiumin harap yang Sohee terima cinta Xiumin ni. Saranghaeyo, Kim So Hee.

Your secret crush,

Kim Minseok.

Mataku mula berkaca. Xiumin minat kat aku? Sebabtu dia jadi macam ni? Apabila aku menutup mata, air mata kekeliruan mula mengalir. Keliru? Adakah ini air mata cinta atau air mata kesedihan? Adakah dia yang tahu aku mahu melarikan diri dari sini? Macam manalah kalau dia tahu yang aku nak blah dari sini. Mesti dia heartbroken lepastu dia dera kau cukup-cukup.

*Knock-knock*

(Nae mami yeollige dudeuryeojwo sege kung kung dasi hanbeon kung kung)

Aku tersedar dari lamunan apabila pintu bilikku diketuk. "Siapa tu?" tiada respons. Aku bangun dari katil dan mendekati pintu bilik dengan perlahan. Aku meletakkan telinga di pintu supaya dapat mendengar sesuatu. "Siapa tu?" kemudian aku mendengar bunyi orang bercakap.

"Hyung, betulkah Sohee nak larikan diri?"

"Tak tahu tapi hyung ada rasa tidak sedap hati."

"Kenapa Sohee nak larikan diri?"

"Mungkin dia dah tahu rahsia kita?"

Aku menekup mulut. Rahsia? rahsia apa pula ni? Macam mana diorang tahu yang aku nak larikan diri? Matilah aku kalau diorang tahu. Kemudian, bunyi kunci didengari. Aku dengan cepat menjauhi pintu agar mereka tidak mengesyaki apa-apa. Beberapa saat kemudian, pintu bilik dibuka, memaparkan dua orang lelaki, Xiumin dan Baekhyun

"Tuan nak sesuatu ke? Apa yang saya bol-"

"Diam." aku mengetap bibir. Perasaan takutku mula merasuki diriku. (Entah apa yang merasukimu~) "Ken-" Xiumin mengepal dan menumbuk pintu. "AKU SURUH DIAM KAN?!" aku terdiam sekali lagi. Tadi senyum-senyum dekat aku lepastu nak marah pula? Gila ke apa? Xiumin berlari dan menolak aku ke atas katil. Aku meronta-ronta untuk melepaskan namun apakan daya, kudrat ku lebih lemah. Tangannya dengan cepat mengunci kedua-dua lenganku. "Tu-Tuan.. Lepaskan saya.."

"HYUNG! HYUNG KATA YANG-"

"DIAMLAH BAEKHYUN! BERAMBUS KAU DARI SINI!" Baekhyun memandang aku dengan perasaan kasihan sebelum mengundur dan beredar dari bilik aku. "BAEKHYUN OPPA! TOLONG SAYA!" jeritan aku membuatkan Xiumin berasa lebih marah. "YA! DIA BUKAN OPPA KAU! DIA HANYALAH TUAN KAU!" ini kali pertama aku melihat Xiumin menjadi agresif sebegini. Aku berasa amat takut sehingga aku tidak sedar yang air mata aku mengalir. Xiumin memandang aku dan ketawa seorang diri. "Aku takkan mudah tertipu dengan helah kau Sohee." aku cuba untuk melepaskan diri sekali lagi tapi masih gagal. "Ke-Kenapa Tuan buat saya macam ni?" soalku dengan suara yang serak. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga aku dan membisikkan sesuatu yang aku tak pernah jangka.

"Aku tak gila Sohee."

Aku terdiam. Mataku membulat. Macam mana dia tahu apa yang aku fikirkan. Jangan kata yang..

"Aku boleh baca fikiran kau."

"Ja-Jadi awak tahu yang saya nak-"

"Saya tahu." suaranya yang kasar berubah menjadi lembut. "Dan saya minta maaf." Xiumin meleraikan pegangannya dan menjauhi aku. Aku juga menjauhi dia dan memeluk lutut. "Jadi lepaskan saya. Biarlah saya mulakan hidup saya sendiri." dia merenung aku, membuatkan diri aku berasa kecil. Walaupun Xiumin seorang yang kecil, namun dia masih lebih besar berbanding aku. Dia mendekati aku dan cuba untuk menyeka air mata aku tapi aku tepis tangannya dan berlari meninggalkan dia.

End of Sohee POV

________________________________________

Xiumin POV

Apabila Sohee meninggalkan aku, aku melihat tapak tanganku. Apa yang aku buat ni? Kau dah banyak kali buat Sohee terluka. Kenapa kau tak nak lepaskan dia? Aku tak nak sebab..

Aku sayangkan dia.

Aku menutup wajahku dengan tangan dan menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Maafkan aku, Sohee."

End of Xiumin POV

Escape. (EXO Dorm)Where stories live. Discover now