Bab 8: Kebenaran.

261 11 2
                                    

Sohee POV

Aku tidak sanggup lagi. Tidak sanggup untuk tinggal bersama dengan mereka semua. Apabila aku kembali ke bilik, kelibat Xiumin tidak kelihatan. Aku mengeluh kecil lalu memasukkan pakaian ku ke dalam beg. "Awak nak saya tolong?" aku toleh ke arah pintu dan lihat Baekhyun sedang berdiri disitu. "Tidak mengapalah op-tuan. Saya boleh buat sendiri." Baekhyun menggeleng kepala lalu membantu aku melipat baju. "Eh tuan takpe takpe saya boleh buat sendiri." Baekhyun tidak mengendahkan aku dan terus melipat baju. Aku mendiamkan diri kerana tidak mahu membuatkan keadaan menjadi lebih janggal.

"Awak betul-betul nak tinggalkan saya ke?" aku menghentikan perbuatan aku lalu memandang Baekhyun. "Apa yang awak cakapkan ni tuan Baekhyun?" Baekhyun turut berhenti melipat kain lalu memegang tangan aku. "Mari kita lari sama-sama. Kita boleh bina kehidupan kita bersama." aku tidak mempercayai kata-kata Baekhyun. Dia mungkin penuh muslihat sama seperti yang lain. "Apa yang awak merepek ni? Takkan tuan nak tinggalkan-" "Saya sanggup. Saya sanggup tinggalkan kawan-kawan saya demi awak Sohee." aku tergamam. Adakah Baekhyun terlampau cintakan aku sampai sanggup tinggalkan kawan dia?

"Apa yang korang berdua tengah buat?" aku memandang ke arah pintu lalu terkejut. Xiumin yang hanya menyaksikan aksi romantik aku dan Baekhyun bersuara. "Sa-Saya boleh terangkan." Xiumin masuk ke dalam bilik aku lalu duduk bersama aku dan Baekhyun. Janggal dia teramat pedih bila secret crush kau duduk sebelah admirer kau. "Awak betul-betul dah fikir masak-masak nak tinggalkan kami semua?" "Kenapa awak tanya saya macamtu?" Xiumin mengeluh. "Sohee-ssi, sebenarnya yang lain tidak tahu tentang kejadian hari itu. Saya dan Baekhyun ingat hendak merahsiakan hal ini daripada pengetahuan mereka tapi mereka semakin ingin tahu tentang kelakuan awak yang tidak mahu bercakap dengan mereka. Aku mengeluh lalu menunduk. Jujur aku sayang dengan korang semua tapi maaf aku sudah tidak tahan. "Saya..."

.

.

.

.

.

.

Beberapa minit kemudian,

End of Sohee POV

____________________________________

3rd Person POV

"Hyung, mana driver nak bawa Sohee pergi tu?" soal Chanyeol apabila melihat Sohee masuk ke dalam van kepunyaan mereka. "Tah dengan beg besar bagai." tambah D.O. "HYUNG! SOHEE DAH TAK NAK KERJA KAT SINI LAGI KE?" soal Sehun dengan nada risau dan terkejut. Xiumin dan Baekhyun memandang satu sama lain lalu tersenyum. "Untuk pengetahuan kamu semua, Sohee nak pergi bercuti untuk beberapa hari sebab dia mahu menenangkan diri.

~Skip beberapa hari tanpa Sohee~

"Hyung, Kai rindu Sohee lah. Boleh tak Kai nak jumpa dia nanti?" Xiumin yang ketika itu sedang menonton televisyen mengalihkan pandangan kepada Kai. "Boleh. Kamu pergi lah cari sendiri. Dia kan dah tak duduk sini." "Ta-Tak duduk sini? apa maksud hyung?" Xiumin terdiam. Dia baru saja pecah temberang. "Takdelah. Sohee kan nak bercuti beberapa hari jadi dia tak duduk sini hahaha." Kai memandang Xiumin. Dia langsung tidak termakan dengan penipuan Xiumin. "Hyung jangan nak tipu Kai. Kai tak suka penipu." Xiumin mengeluh perlahan. "Sebenarnya.." "Sebenarnya Sohee nak minta cuti sebab dia penat kerja. Dia kan pertama kali jadi orang gaji jadi semalam dia jumpa dengan Xiumin hyung nak minta cuti sebab dia letih." terang Baekhyun yang muncul entah dari mana.

"Oh." Kai memandang ke bawah dan bemain jari. Xiumin memberi isyarat 'terima kasih' kepada Baekhyun sebab berjaya melindungi kebenaran. "Ok aku ada photoshoot pukul 3 ni. Jadi aku nak pergi bersiap dulu. Bye." kemudian Xiumin beredar dari situ. "Baekhyun hyung, duduklah sebelah Jongin." kata Kai dengan suara aegyo. Baekhyun ketawa lalu duduk di sebelah Kai.

Xiumin yang berada dalam biliknya berasa tidak keruan. Hatinya resah memikirkan Sohee yang tiada di sisinya. "Apa yang aku boleh buat untuk Sohee supaya dia kembali kepada aku?" monolog Xiumin sambil membutang kemeja ungunya sebelum pergi ke sesi photoshoot.

"KENAPA KAU BALIK SINI!" jerit eomma Sohee apabila melihat anaknya pulang dengan beg pakaiannya. Sohee berasa sedih kerana eommanya tidak suka dia pulang ke rumah. "Eomma, Sohee tak sanggup nak tinggal dekat asra- neraka tu." eomma menggeleng kepala lalu cuba menolak Sohee keluar dari rumah. "AKU DAH TAK NAK TENGOK MUKA KAU! BERAMBUS!" "Eomma! kalau eomma halau Sohee, Sohee nak duduk mana lepas ini? Janganlah halau Sohee eomma.." eomma langsung tidak mempedulikan kata-kata Sohee dan selepas Sohee keluar, dia terus menutup pintu. Sohee mengetuk pintu dengan kuat kerana dia mahu masuk.

Selepas beberapa ketukan, Sohee akhirnya berhenti. Hatinya remuk. Eommanya yang tersayang kini tidak mahu melihat anaknya. "Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa aku kena uji macam ni?" Sohee mengelap airmatanya lalu merayau di sekitar taman perumahan yang sunyi. Sedang dia merenung jalan, dia mendapat idea. Dia terus menaiki bas untuk ke rumah sahabatnya, Hoseok. Selepas 20 minit, dia akhirnya tiba di hadapan pintu rumah Hoseok. Sohee memandang plat rumah yang tertera "Jung Hoseok" lalu menekan loceng. Tidak lama kemudian, pintu dibuka. "Apa yang say-"

End of 3rd Person POV

__________________________________

Berjaya juga author.

Escape. (EXO Dorm)Where stories live. Discover now