27

4.4K 320 3
                                    


Young Ladies dan X-tream Boys menyerbu hospital yang menempatkan Lidiya dan keluarga Shazwin.

"Asal kau tak bagitau benda ni kat kitorang?!"Hanis menolak Shazwin kuat sehingga membuatkan Shazwin jatuh terduduk.

"weyhh dahlah"Zack dan Irish menahan Hanis dari bertindak kasar ke atas Shazwin.

"Aku tak sangka kau sanggup tak bagitau kitorang pasal hal ni.Kitorang ni orang asing ke dalam hidup kau?!"Zaiyanti ingin menampar Shazwin tetapi tangannya ditahan kuat oleh Arielle.

"kau jangan nak sesuka hati sakitkan orang boleh tak?"kata Arielle sambil memandang tajam ke arah Zaiyanti.

"kau tak fikir pula sakit hati kitorang?Hah?"Zaiyanti sudah mula menangis teresak-esak.

Syaufi menolak tubuh Arielle ke dinding.

"perlu ke kau rahsiakan semua benda ni?Kata kawan sehidup semati konon,asal kau tak bagitau kitorang?!Apa guna kitorang sebagai kawan kau?Apa kitorang ni tak wujud ke bagi kau?Huh?!"Merah padam muka Syaufi menahan amarahnya.

"bukan macam tu.."

"bukan macam tu apa bro?Kau takut keadaan akan tambah teruk kalau kitorang tau?Like that?"Rayyan menyilangkan tangannya sambil merenung tajam ke arah Arielle.

"weyhh apa korang ni?"Afran memunculkan dirinya.

"hohoho ni dia sorang lagi hero kita dah sampai"Farel menepuk-nepuk tangannya.

"hahahaha..konon tak nak bagitau kita,tapi last2 minta bantuan orang lain juga ann"Hariz ialah orang yang tidak mudah berkecil hati.Tapi kali ini,jelas terpancar riak kekecewaan pada wajahnya.

"sudahlah guys..korang gaduh pun tak ada gunanya,ni hospital lah weyhh"kata Afran separuh merayu.

"memang!!!Sebab korang bertiga lah,kitorang ni nampak macam kawan yang tak berguna kau tau tak?!!"Puteri menendang bangku  tempat untuk menunggu.Rayyan segera menenangkan Puteri.

"seriously,aku kecewa sangat dengan sikap korang..korang tau tak yang korang ni EGO!!Korang pentingkan diri sendiri!!Sampai sanggup sakitkan hati kawan sendiri..ehh wait,kawan ke?"Shahidatul memandang sinis Shazwin yang duduk dibangku tempat menunggu.

"kalau ikutkan hati aku..dah lama aku..."

"kau apa?Hah?"kata2 Amira dipotong oleh seorang lelaki.Ya,dia abang Shazwin..Shazwan Aralee.

Shazwan tiba bersama dengan keluarga Lidiya.

"adik ok?"Shazwan memeluk bahu adiknya dan meminta agar adiknya bertenang.

"mana adab korang?Tak malu ke bergaduh kat tempat macam ni?"Shazwan menghalakan pandangan kepada Young Ladies dan X-tream Boys.

"huh..malu"Zack hanya tersenyum sinis.

"tanya lah adik kau kenapa kitorang jadi macam ni..jangan nak bela sangat dia tu,kira baik jugalah kitorang tak minta putus kawan dengan dia"kata2 Hanis membuatkan Shazwin tersentak.

Siti hanya mendiamkan diri di satu sudut kerana amat terasa dengan sikap Shazwin,Afran dan Arielle.

"apa yang adik aku buat?"

ENEMY BECOMES LOVE ✔Where stories live. Discover now