42

4.9K 205 10
                                    

"Assalamualaikum mummy!Daddy!"laung Irish dari luar rumah.

"ehh tak payahlah sampai nak terjerit-jerit macam tu..orang tua kau tak pekak lagilah,bagilah salam sopan sikit"keras Siti berkata.

"sorry2 dah terbiasa"Irish menggosok tengkuknya sambil tersengih.

"sebab tu lah kena ubah.."Balas Siti kembali.

"waalaikumussalam...ehh,Rish dah balik rupanya"Mummy Irish menghulurkan tangan dan disambut oleh Irish dan Siti.

"masuklah..jemput masuk sekali Siti kan?"

"ahh ye makcik..saya"Siti memberikan senyuman yang langsung tidak pernah dilihat oleh Irish.

Irish terpaku dan terpana melihat senyuman tersebut.Tak ubah seperti bidadari.Aipp!Kau pernah tengok bidadari tu macam mana ke?

"Irish...apa pandang2 Siti macam tu?"Tegur mummy Irish apabila melihat Siti tidak selesa dengan pandangan Irish sebentar tadi.

"dah jom..makcik dah masak,kita makan sama2 ye"Hjh.Aina memegang lembut tangan Siti lalu membawa Siti masuk ke rumahnya.

Siti kagum akan kecantikan rumah Irish.Simple but nice..nampak sangat bahawa keluarga Irish tidak suka perhiasan yang berlebihan.

"duduklah Siti..makcik nak panggil yang lain sekejap"Hjh.Aina menarik kerusi dan mempersilakan Siti untuk duduk.

"baik makcik"

Irish segera mengambil tempat di sisi Siti.

"kau selesa ke kat rumah aku?"soal Irish membuka bicara.

"mummy kau baik gila..aku suka,selesa sangat"Siti tersenyum puas.

"dengan parents aku takpe kau nak selesa..jangan dengan dua ekor lagi tu sudah"Irish menjawab perlahan.

"hah?Siapa dua ekor tu?Ada binatang ke kat rumah kau ni?"

Ketawa terbahak-bahak Irish mendengar apa yang dikatakan oleh Siti.

"kau ni..memang polos betul ahh,lurus bendul sangat..mana ada aku bela binatang"

"kau nak cakap yang dua ekor tu adik-beradik kau ke apa?"Siti menduga.Irish hanya mengangguk.

"diorang tu adik-beradik kau...kalau diorang binatang,kau pun binatang juga tau..termasuklah orang tua kau"Siti mengingatkan.

"haihh..aku minta maaf"

"kau memang ada masalah dengan adik-beradik kau ke?"

"tak adalah..cuma diorang tu suka sangat kacau apa yang aku ada..aku takut diorang kacau kau"giliran Irish pula membuatkan Siti ketawa.

"tah papelah yang kau risaukan tu"

Irish hanya membuat muka loyar buruk mendengar tawa Siti.

Seketika kemudian,semua ahli keluarga Irish turun ke ruangan makan.

Siti bangun lalu memberi salam buat semua ahli keluarga Irish.

ENEMY BECOMES LOVE ✔Where stories live. Discover now