7: Pulang.

23 4 2
                                    

Sewaktu kau,
masih jahil,
yang hak dan batil,
imbaslah kembali,
siapa yang kau cari,
bila kau buntu,
bila kau bingung,
akan dunia
yang jauh sekali,
dari fatamorgana,
yang seakan asing bagi matamu,
sepasang lelaki dan perempuan
yang membesarkan,
disimbahi pancuran kasih,
yang mengajar kau,
erti sebuah kehidupan,
yang menarik kau,
daripada menjunam,
dalam curam keperitan.
Tapi apakan daya,
bila kau melepasi
akil balighmu,
mak tak adil,
bapa jahat,
ibu tak sayang sama rata,
ayah pembohong.
frasa bodoh itu,
yang kau ungkapkan,
pada sepasang tubuh,
yang berkorban,
mendidikmu
menjadi insan,
yang tidak mudah,
tunduk,
melutut kesakitkan,
mengalirkan arus hangat,
saat ujian dari-Nya,
singgah bertemu.
Kau tahu?
Apa yang kau rasa,
amat benar bagi dirimu,
dipendam,
dalam lubuk yang dalam.
dihalang,
empangan yang bocor,
pecah lagi.
mereka masih mampu,
mencoret,
satu senyuman,
yang mampu merendahkan,
api ego syaitanmu,
tapi makin kau panjat,
makin kau teroka,
kau rasa kau besar.
kau cari masa,
kau gali peluang,
untuk kambus,
masa kau dengan mereka.
saat kau meningkat lagi,
kau tinggalkan mereka.
kau rasa rindu,
terseksa jiwa kau.
tapi malang,
kau tak gali pula,
mencari waktu,
untuk kau kambus,
kesibukan duniamu.
ingatlah,
walau sesaat,
wajah kau hilang,
di mata insan-insan ini,
resah menanggung kerisauan,
akan dirimu.
Jika kau masih ada mereka,
selamlah ke dalam lautan kerinduan,
berenang lah kau dengan kepuasan,
moga bila kau terkapai-kapai,
kau masih ada memori.
walau sedetik,
masa kau terbazir,
jangan lah lupa,
mereka menunggu,
kepulangan seorang anak,
yang sudah lama tidak didakap.
Jika kedua mereka,
sudah tidak terpacak,
di hadapan mata yang buta,
buta kerana ego,
jangan lah kau,
tanggung sebak di dada.
bekalkan mereka,
dengan doamu,
sedekah jariahmu,
solatmu,
supaya kelak,
anak-anakmu
tidak melakukan kesilapan,
kerana kisah hitam,
mampu diputar kembali.

Rentetan Hamba BerdosaWhere stories live. Discover now