9: Bonus.

16 2 0
                                    

berkejar-kejar,
manusia sekarang,
meragut pitih,
untuk disuap,
sanggup bersengkang mata,
demi menggarap,
tambahan hasil,
walau selautan peluh,
walau lelah kau hadapi,
kau memikul.

tapi,
sedih bila ditatap,
hanya satu dua,
yang sanggup,
melawan nafsu tidur,
demi berjumpa,
Sang Pencipta,
yang tak pernah,
bosan menunggu,
tangisan keemasan,
seorang hamba yang alpa.

kau sibuk,
kais yang tak kekal,
kau sibuk,
kambus pula,
yang bakal kau tempuhi,
selama-lamanya.

kau nampak,
yang terbit di hadapan mata,
tapi kau buta,
bila yang nun sana,
menunggu untuk memberi,
pahala yang menjadi,
tiket kau ke Jannah.

Kau tak sayang?
tak menyesal?
sia-siakan yang mudah,
abaikan yang petik jari,
dapat lebih.

cuba kau fikir,
usaha kau,
penat lelah kau,
apa kau dapat,
cuma sementara.
tapi,
kalau kau,
guna lidah sahaja,
kau dapat,
untuk selamanya.
renungkan.

Rentetan Hamba BerdosaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα