11: Fitnah.

9 3 0
                                    

kau petah berbicara,
mendongak ke langit,
umpama yang agung,
menongkat petala ke tujuh,
mendagu di tonggak
sebelah sana,
menjenguk sang pencipta,
kau simpul sinis senyuman,
yang tak mampu mengungkap,
jijiknya hatimu.

kau megah berpijak,
pada asal ciptaanmu,
dan kau menunjal,
darjat hina,
mengatur langkah,
menyungkur,
hingga sesak dirobek jiwa.

lidahmu menikam,
umpama bertarung,
saf ulama' dunia.

namun,
kau tak sedar,
hati digelumang
penuh orang kejahilan,
kau bodoh,
sedangkan imam
yang menghafaz,
berpuluh ribu hadis
masih sangsi dengan imannya.

apatah lagi kau,
yang hanya mengucap,
dua kalimah syahadah,
bersahaja melempar, penipuan.
kau menyeret kekejian,
merentasi genap samudera,
menumpahkan minyak kebencian,
membunuh ketaqwaan.

mohon,
bersiap sedia,
cambahkan baja pahala,
kerna dia,
sudah mula merongkah alam,
hanya dengan menaburi,
sisa-sisa dedak dusta,
namun mampu menyelubung,
segenap inci tubuhmu.
kerana sedalam lautan fitnah,
hanya dalam genggamannya sahaja.
ك ف ر

setangi dinyalakan,
angkatan dikumpulkan,
bara peperangan,
hampir mula berserakan.

Rentetan Hamba BerdosaWhere stories live. Discover now