*Part 16

1.7K 141 2
                                    

Mereka bersiap sedia untuk masuk ke alam Guardian Black. Masing-masing sudah bersiap sedia.

"Ingat ehh kita ikut plan kita. Jangan bertindak melulu." semua mengangguk faham dengan kata-kata Taehyung.

Mereka menggunakan kuasa teleportation untuk masuk ke alam Guardian Black.

Jimin menarik lengan baju Taehyung.

"Psitt.. Kau tau ke mana Queen Tzuyu letak benda tu?" Taehyung berfikir seketika.

"Aku tak tau tapi aku rasa benda tu ada kat dalam istana" Jungkook memandang Taehyung.

"Istana kau cakap? Boleh jadi ke plan kita ni? Kat istana tu ramai gurd tau."  Taehyung tersenyum.

"Kacang je tu. Dah lupa ke yang aku ada kuasa halimunan?" Taehyung mengangkat keningnya.

"Ok semua pegang tangan, kita buat bulatan. Aku nak salur kuasa halimunan kat korang." mereka semua memegang tangan Taehyung.

Sehabis sahaja Taehyung menyalurkan kuasa halimunan, guard Guardian Black tidak dapat melihat mereka kecuali Queen Tzuyu.

"Jom.." mereka terbang dan mencuri masuk ke dalam istana melalui pintu dapur istana.

Tiba-tiba Taehyung terhenti.

"Taehyung aaa, wae?"

"Jap lah. Queen Tzuyu ada tu! Kuasa halimunan ni dapat dilihat oleh dia je. Dia kan Queen!" mereka nenyorokkan diri seketika.

Setelah Queen Tzuyu beredar, mereka dengan segera terbang masuk ke dalam ruang istana.

Terdapat balang besar dan cahaya terang di dalamnya.

"Aku rasa kat sana" Hoseok memandang tajam ke arah balang berdekatan dengan tempat duduk diraja.

"Kau yakin ke?" tanya Jimin. Hoseok cuba menggunakan kuasanya untuk melihat benda dari jauh.

"Ya! Aku yakin! Rantai emas tu kat dalam balang tu!" mereka dengan segera mendekati balang itu.

Jin membuka balang itu dan automatik rantai emas yang tadi terapung, jatuh ke bawah.

Dia mengambil rantai itu dan mereka keluar dari istana. Selepas sahaja mereka teleport masuk ke dunia Vampire kembali, Yoongi memberhentikan langkah.

"Wehh korang.." semua memandang Yoongi.

"Korang tak rasa pelik ke?" semua membuat wajah kebingungan.

"Pelik? Pelik apa?"

"Yelah takkan senang sangat rantai emas ni kena culik? Kenapa kita senang sangat keluar dan masuk kat alam Guardian Black?" Hoseok mengiyakan kata-kata Yoongi.

"Ha'ah.. Betul juga tu. Mustahil lah Guardian Black senang sangat nak diceroboh. Aku rasa ada yang tak kena lah.." semua mengangguk kecuali Taehyung.

"Ok aku taknak fikir tu semua. Yang aku tau aku nak masuk alam manusia secepat yang mungkin!" Taehyung menarik tangan Jungkook.

Mereka sudah tiba di depan pintu ke alam manusia.

"Kau yakin ke Taehyung? Kau takkan menyesal? Ingat ehh kalau kita buka pintu ni, kita akan jadi lemah dan kita kena tunggu setahun untuk pemulihan kuasa." Jungkook bercakap dengan serius.

"Ya aku yakin! Jomlah Jungkook, aku taknak Queen Tzuyu jejaki kita." Jungkook mengangguk.

Jungkook dan Taehyung menggenggam rantai emas itu dan berpegangan tangan sambil memejam mata.

Kuasa mereka bergabung dan urat-urat di leher mereka mula kelihatan. Mereka menahan tubuh daripada jatuh.

Pintu alam manusia itu terbuka. Serta merta kuasa mereka terhenti. Mereka terduduk lemah.

•Your βlood•Where stories live. Discover now