* Part 22

1.6K 142 20
                                    

Selepas beberapa minggu Taehyung 24 jam berjaga di hospital, akhirnya saat yang di nantikan pun tiba.

Tangan Jisoo perlahan-lahan bergerak. Taehyung seperti tidak percaya itu berlaku. Dia terus menekan punat merah untuk memanggil doktor.

"Jisoo?! Jisoo nampak aku tak?!" Jisoo membuka matanya perlahan-lahan sambil melihat sekeliling. Terasa tekaknya sangat kering dan dia terbatuk.

"Ba..gi.. A..a..air.." Taehyung dengan segera mencapai air di atas meja dan menolong Jisoo minum.

Doktor Yoona masuk sambil membawa fail. Dia tersenyum dengan Taehyung.

"Mr Heandsome! Dah bangun ke Jisoo?" Taehyung hanya mengangguk dan memfokuskan kepada Jisoo.

Yoona mengechek Jisoo.

"Ermm Jisoo. Kau nampak kami kan?" Jisoo mengangguk.

"Ok  .. Erm kau kenal namja ni?" Jisoo memandang Taehyung perlahan, otaknya tidak dapat berfungsi lagi. Ingatannya masih tidak kuat.

Jisoo menggeleng. Taehyung bagai direntap apabila Jisoo mengatakan dia tidak mengenali dirinya.

"Doktor.. Kenapa.. Dia tak kenal aku?" Yoona meramas-ramas tangan Taehyung.

"Don't worry mr heandsome, ini adalah effect biasa bagi pesakit yang koma. Nanti akan ok lah. Tapi kalau masih tak ok maknanye dia dah hilang ingatan sepenuhnye" Taehyung terdiam.

"Doktor.. Please jangan ramas tangan aku. Depan doktor Yoona ni bakal wife aku." Yoona terdiam sejenak. Mukanya berubah merah, wajahnya bertukar malu + kecewa.

"Kenapa kau tak bagitau!"

"Habistu kau tak tanya?" Yoona berdehem dengan muka sakit hati dan terus keluar dari wad itu.

Jisoo masih memandang sekeliling seperti tidak tahu apa-apa.

"Jisoo, take a rest. Jangan banyak fikir untuk masa ni"

"Kau sape ha? Suka hati je suruh aku take a rest bagai." Jisoo masih melihat sekeliling.

"Tidur lah. Aku nak keluar jap"

"Keluar lah. Takya datang balik pun takpe. Aku tak kenal kau"

"Nanti kau kenal lah tu. Okeylah take a rest tau." Taehyung terus keluar dari bilik wad. Dia menuju ke tandas untuk menghantar telepati kepada Jungkook dan Namjoon.

Tiba-tiba doktor Yoona merempuh masuk.

"Mr Heandsome! Dengar!" Yoona menolak tubuh Taehyung ke dinding dan mendekatkan tubuhnya dengan Taehyung.

"Ap..apa.. Kau buat.. Ni?!"

"Aku nak mengaku! Aku suka kau! Kau tipu aku kan yang Jisoo tu bakal wife kau kan?!" Taehyung terdiam sejenak. Dia memandang segenap wajah Yoona.

"Miane.. Tapi aku suka Jisoo. Aku cakap dia bakal wife aku sebab aku tak nak kau sakit hati kalau aku terus terang."

"Habistu kau ingat aku tak sakit hati kau cakap dia bakal wife kau?!!" pekik Yoona. Bergema suara Yoona di tandas namja di hospital yang mewah tu.

"Dahlah, kita boleh bincang kat luar. Doktor tak boleh masuk kat sini!"

"What ever mr heandsome!! Aku tak kesah! Aku dengan kau je kat sini, kau nak ambik kesucian aku pun takpe mr heandsome" Yoona tergelak sendiri. Taehyung makin takut dengan Yoona.

"Wehh dah lah. Aku.." Taehyung menolak tubuh Yoona dan keluar dari tandas lelaki.

Yoona juga turut mengekori langkah Taehyung.

"Doktor.. Please listen to me.. Aku tak boleh terima cinta doktor tu sebab aku dah ada Jisoo dalam hati. "

"Habistu selama ni kau layan aku macam aku girlfriend kau kenapa?!! Aku yeoja yang tak suka di beri harapan palsu!! Aku boleh jadi psycho kat sini!!"

"Apesal kau marah sangat ha? Kau nak aku layan kau macam apa? Sampah? Nak macam tu?"

"Masalahnye kau layan aku macam aku ni someone specioul in your life!! Kau bagi aku harapan palsu!!" Yoona mula bengang dengan Taehyung.

"Masalahnye aku pernah ke cakap yang aku nak jadikan kau ni girlfriend aku? Aku layan kau baik-baik, layan kau macam princess sebab aku hormat kau! Sebab kau dah rawat Jisoo dengan baik sekali. Selama ni aku tak pernah pun bagi kau harapan palsu, ayat aku semua tak sweet."

"Arggh!!!" Yoona menggenggam sebuku penumbuk.

"Dahlah. Daripada kau sebok kejar cinta yang tak kesampaian baik kau kejar lelaki yang juga kejar cinta kau. At least kau tak bertepuk sebelah tangan"

"Tapi kau tu crush aku!!'

"Crush? Please lah.. Jangan terlalu letakkan harapan tinggi dengan crush kau. Belum tentu crush kau tu nak kat kau. Entah-entah dia tak kenal kau pun. Tak penat ke berharap dengan namja yang takkan pernah pun kau dapat? Apa guna CRUSH tu? Baik kau terus luah je. Sebab bila crush kau dah couple disana lah kau nak meraung nangis melolong memekik sakit hati. Tapi kau yang bodoh sangat letak harapan tinggi kat Crush. Cuba lah belajar meluah, kalau tak kena terima pun at least dia tau perasaan kau kat dia kan? Daripada nak crush crush bagai, buang masa je. Akhir nye kau jadi penonton kebahagiaan dia dengan yeoja lain"

"Apa kau cakap ni? Kau gile ke? Aku cakap aku crush dengan kau! Siapa si dia tu ?"

"Si dia tu aku lah. Aku takkan terima kau walau apa pun. Kau hanya doktor bagi aku. Hubungan kita ada lah sebagai customer dan doktor. Ok?" Taehyung terus tinggalkan Yoona.

Kata-kata itu masih terkesan di hatinya. Siapa Yoona ni? Psycho ke? Ke sakit jiwa?

_________________

Dia memicit kepalanya. Selepas pertengkaran kecil dia dengan Yoona, Yoona selalu sahaja datang ganggu dia. Kalau tak pun Jisoo.

Taehyung berjalan ke arah Jisoo.

"Nak makan apa-apa tak?" Jisoo menggeleng.

"Cakap lah.. Lama dah aku tak dengar suara Jisoo aku ni" Jisoo hanya mampu diam.

"Jisoo."

"Keluar Taehyung. Tinggalkan aku sendirian." Taehyung terpaksa akur walaupun tidak sanggup sebenarnye.

Air mata Jisoo mengalir.

Apa salah aku Mina? Kenapa kau sanggup sakitkan aku? Kau suka Taehyung, kau suka lah. Kau hampir bunuh aku tau tak!

Aku benci kau Mina! Sumpah aku benci! Aku boleh sabar dengan apa kau buat pada aku dulu, tapi kalau dah sampai tahap aku koma, memang aku takkan maafkan kau!

Semua ni sebab Taehyung. Kalau lah dia tak wujud, mungkin aku takkan koma macam ni! Mungkin aku takkan ketinggalan pelajaran.

Aku nak Taehyung pulang kat Vampire World! Aku taknak dia ada di sini!

Jisoo memeluk lututnya sambil menggoyang-goyangkan tubuh sambil menangis.

Baginya sudah banyak benda Mina lakukan terhadap dirinya yang sangat menyakitkan.

Tapi lain pula kali ini, dia buat Jisoo sampai koma. Di tahan kat hospital untuk tiga hari.

Aku nak lupakan Taehyung. Lupakan Mina. Lupakan segalanya! Aku nak lari dari kehidupan aku yang sekarang!

Aku bencikan darah aku!! Benci!!

•Your βlood•Where stories live. Discover now