*Part 29

1.5K 113 5
                                    

Mrs Kim mengetuk pintu bilik Jisoo. Dia memulas tombol pintu dan ianya tidak berkunci.

"Jisoo.. Eomma ganggu ke?" Jisoo yang tadi membaca buku terus sahaja menutup buku dan sedaya upaya melelapkan mata.

Mrs Kim duduk di birai katil.

"Jisoo aa.. Marah ke?" Jisoo hanya diam.

"Jisoo, tak baik buat eomma macam ni. Eomma tak ajar Jisoo jadi begini" kedengaran sedikit sebak suara itu.

Jisoo dengan malas bangun dari baringannya.

"Jisoo cuma malu dengan eomma dan appa." Jisoo berkata sambil tertunduk.

"Kenapa cakap macam tu?" .

"Yelah.. Siapalah sangat Jisoo ni kan, hanya anak angkat. Aku terlantar kat hospital, takde seorang pun dari eomma atau appa lawat Jisoo. Jisoo buka mata je, Taehyung." Jisoo masih tunduk.

Dia sangat malu untuk berhadapan dengan eommanya.

"Sayang.. Bukan macam tu! Jangan fikir begitu please? Walau apa pun Jisoo anak eomma, dan sejak Jisoo lahir lagi eomma lah yang pelihara Jisoo, tatang Jisoo macam minyak yang penuh. Eomma bukan taknak, tapi appa kau tu nak sangat Taehyung lebih mengenali kau. Jadi dia nak bagi korang dua peluang bersama."

Jisoo memandang wajah Mrs Kim.

"Yah eomma.." Jisoo terus memeluk Mrs Kim. Dia sebak sebenarnya, dia sudah salah sangka dengan Mrs Kim, wanita yang sangat baik padanya dan sanggup pelihara dirinya.

Telephonenya berdering.

Kim Taehyung

Nama itu terpampang di skrin telephone.

"Siapa tu?"

"Takde pape." Jisoo terus mematikan call.

_________________

Taehyung melihat skrin telephonenya, kenapa dia tak angkat? Itu yang bermain di fikirannya.

"Takkan lah disebabkan aku paksa sedikit je dia dah nak marah macam ni sekali? Pelik betullah dia ni" sekali lagi Taehyung menghubunginya. Namun tiada balasan pun darinya.

"Ok sekali lagi.. Kalau dia tak angkat, terpaksa lah aku pujuk dia" sekali lagi Taehyung menghubungi Jisoo, masih tidak diangkat mala di cancle kan pulak.

Taehyung membuang telephonenya di katil dan buang badan atas tilam.

**********

Jungkook memandang Namjoon yang asyik dengan bukunya.

"Namjoon.. Aku ada nak bincang sikit sama kau ni"

"Ermm.. Apa dia?" matanya masih tidak lari dari membaca buku.

"Kenapa Queen Tzuyu tak buat apa-apa? Tak rasa pelik ke? Masa kitorang culik rantai emas tu pun, senang nak mampos!"

"Ok lah tu Queen Tzuyu tak buat apa-apa.." Namjoon masih fokus membaca.

Jungkook dengan cepat merampas buku dari tangan Namjoon.

"Yah!"

"Please lah jangan baca buku masa ni! Ini tentang Jisoo, Vampire World dan Kita tau."

"Arghh yelah-yelah!"

"Kau tak rasa pelik?" Namjoon cuba mentafsir kata-kata Jungkook sebentar tadi.

"Herm.. Ye tak iya juga. Dulu masa Taehyung kuat, dia kacau pulak. Sekarang... Macam dah tak kacau dah. Aku rasa Queen Tzuyu nak buat sesuatu?" Namjoon dengan yakin memberi jawapannya.

•Your βlood•Where stories live. Discover now