Ery And The Boss Part 13

48 4 0
                                    

Pincangkah hidupnya kini ? Kusut juga memikirkannya. Tetapi dia tidak dapat menafikan hatinya tidak pernah tenang. Walaupun dia kelihatan ceria berdepan dengan orang lain tetapi apabila bersendirian perasaan rasa bersalah itu masih ada.

" Abang, sampai bila Ery kena simpan rahsia ini ?" Dia teringat perbualan dengan abangnya Shen semasa pertemuan di rumah Dick. Ketika itu abangnya baru balik bercuti dan mereka sedang bersantai di tepi taman berduaan jauh dari penghuni lain.

Shen memandang wajah adiknya tidak berkelip. Di sudut hatinya risau juga dengan keadaan adik kesayangangnya itu. Dia juga rasa terbeban kerana mengheret adiknya sehingga terlibat jauh dalam kancah kehidupannya. Rahsia yang mereka pegang amat besar dan terbeban juga di pemikirannya.

" Sabarlah adik. Suatu masa nanti masalah ini akan selesai dan ia tidak akan jadi duri dalam daging yang membebankan lagi."

" Ery rasa bersalah sangat sebab terpaksa menipu mami. Berbohong kepadanya setiap hari. Dia menganggap Ery anak yang degil tidak mendengar cakap. ." keluh Ery lagi.

" Abang nak adik simpan dulu rahsia ini buat sementara waktu. Abang janji abang akan pertahankan adik sampai bila-bila walaupun dari jauh." Pujuk Shen lagi.

" Abang tau tak, Kak Luni sentiasa mencari peluang untuk mencaci Ery. Dia benci sangat dekat Ery semenjak hari pertama Ery tinggal dengan mami.."

" Pedulikan dia tu adik. Abang pun tak berapa berkenan sangat dengan dia tapi apa boleh buat, semasa ketiadaan kita, dialah yang selalu menemani mami..."

" Betul bang. Dia pun rapat sangat dengan mami walaupun dia tahu dia hanya anak tiri mami."

" Adik bersabarlah dulu. Abang perlukan masa untuk memberitahu hal adik pada mami. Adik jangan risaulah. Pernikahan adik dengan Dicky sah di sisi agama kerana abang adalah wali adik yang sah ," pujuk Shen berhemah.

" Abang, Ery takut nak berdepan dengan semua ni.."

Perbualannya dengan abangnya Shen tidak dapat mengurangkan kegelisahan di hatinya. Dia teringatkan Dick suaminya yang jarang-jarang dapat bertemunya. Semenjak Dick sakit dan menjadi lumpuh kerana terjatuh semasa berburu di Phnom Penh dia tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Walaupun jarak rumah kediaman Dick dan tempat tinggal mami hanya berjarak 30 minit sahaja berkereta tetapi semenjak Dick di bawa berubat dengan Tok Batin Orang Asli di Rompin, mereka suami isteri jarang dapat bersama. Dick juga memberi keizinan untuk dia tinggal dengan mami selagi dia masih menyambung pelajarannya ini. Dia tidak risaukan Dick tetapi sikap Jet adik kembar Dick yang ditugaskan untuk menjaganya amat menjengkelkannya. Walaupun lelaki itu bersikap baik dengannya tetapi dia tidak dapat menjangka pada masa depan. Kadang-kadang perhatian yang diberikan oleh Jet melebihi hadnya dirasakan. Dick memberikan keizinan untuk dia berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan dia tidak lupa pada Dick, sebaliknya Jet amat cemburu apabila ada lelaki lain yang cuba rapat dengannya. Sekiranya dia keluar dengan teman-temannya, Jet juga akan mengawasinya dari jauh. Bahkan semasa dia keluar shopping dengan mami pun Jet akan tetap mengawasinya juga.

Mami pula seakan mengawasi juga pergerakannya walaupun mami tidak tahu aktiviti hariannya secara terperinci tetapi semasa dia keluar pasti mami akan memandangnya keluar. Walaupun mami tidak menyoalnya secara terperinci tetapi dia tahu hati mami penuh persoalan dengan sikap dan kelakuannya selama ini. ' Mami, maafkan Erliza mami..' rintihnya di dalam hati.

Ery And The BosWhere stories live. Discover now