Ery And The Boss Part 16

52 3 0
                                    

"Cik Ery, bos online..!" laung Ben dari dalam rumah. Ery berpaling apabila namanya dijerit. Dia berenang ke tepi kolam. Seorang gadis sebayanya menghulurkan tuala mandi kepadanya.

"Hold On..!" Ery mengelap tangannya yang basah dengan tuala dan mengambil cordless telefon yang dihulurkan oleh Ben. Dia juga menyarung jubah mandi yang dihulurkan oleh gadis itu.

Wajahnya berseri-seri mendengar pemanggil di hujung sana menyapanya.

Ben meninggalkan kolam mandi itu dan meneruskan kerjanya. Ery duduk di bangku rehat yang terletak di tepi kolam mandi. Berbual di telefon sehingga melupakan sekelilingnya. Wajahnya kelihatan tersenyum bahagia menerima panggilan telefon itu.

" Bye Darling! I love you," ujarnya manja dan mengucup ganggang sebelum meletakkannya ke sisi. Dia tersenyum sambil memandang sekelilingnya. Bunga-bunga bahagia terpancar jelas di wajahnya.

Jet muncul dari sisi taman tepi rumah. Wajahnya kelat. Dia tidak menegur Ery ketika melintasinya. Ery tergaman seketika . Senyumannya terputus. Dia melihat Jet mendaki anak tangga ke tingkat atas. Ery bangun berdiri dan melihat bilik mandi di tepi kolam terbuka dan dia masuk ke bilik mandi yang sempit itu membersihkan badannya selepas berendam di kolam tadi.

Ery kembali ke biliknya. Dia menukar pakaiannya dan mengambil beg pakaiannya di dalam stor bilik tepi kamarnya. Dia memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg itu. Ketukan di pintu mengejutkannya.

"Masuk..!" suaranya separuh menjerit.

" Cik Ery, minuman petang..." Bidin tukang masak yang setia menolak troli yang mengandungi hidangan petang untuk Ery. Ery mengangguk dan membiarkan Bidin melakukan tugas rutinnya. Dia terus mengemas alat keperluannya ke dalam beg miliknya.

"Cik Ery nak ke mana berkemas?" Tanya Bidin sedikit ralat melihat Puan Mudanya menyumbat barang keperluan ke dalam beg di atas katilnya.

" Saya nak ke Rompin. Abang Bidin boleh mintak Mohan hantar saya?" ujar Ery separuh mengarah.

"Cik Ery tak ke kuliah ke esok?" Tanya Bidin lagi.

Ery menggeleng kepalanya. Dia meletakkan beg miliknya ke tepi katil. Bidin meminta diri setelah kerjanya selesai. Ery menikmati minuman petang sendirian. Sepiring puding jagung kegemarannya serta secawan jus cranberry kegemarannya.

Ery kemudian menolak troli minumannya keluar dari biliknya. Kebetulan Bidin sudah muncul untuk mengambil bekas minuman petang itu. Ery mengucapkan terima kasih dan berlalu ke tingkat bawah.

Dia menuruni tangga ke arah kolam renang di belakang rumahnya. Kolam yang lebar itu merupakan tempat anak buah suaminya merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Suasana kawasan penempatan yang seolah perkampungan kecil itu dikelilingi oleh pagar yang tinggi dan taman-taman yang indah. Rumah pekerja di bina mengelilingi rumah utama yang di diami oleh Ery dan petugas utama. Setiap rumah yang di bina menempatkan samada pekerja yang berkelamin atau pekerja bujang yang berkongsi rumah. Penempatan itu terdapat sekitar 200 orang pada masa itu. Tetapi menurut Shean abang Ery, penempatan itu boleh menempatkan sehingga 3000 orang pada satu masa. Tetapi pekerja yang bekerja dengan Dick bertebaran seluruh dunia dan apabila ada perjumpaan tahunan dewan besar boleh menempatkan sehingga 10,000 orang. Di dalam dewan itu juga di bina gelanggang badminton, gelanggang futsal, gelanggang boxing dan tomoi. Dick amat menjaga kebajikan pekerjanya. Walaupun setiap arahannya di patuhi tapi dia masih memberikan peluang untuk pekerjanya merehatkan diri dan beriadah.

Ery menghampiri kolam renang itu. Matanya meliar melihat beberapa orang lelaki dan perempuan sedang berenang. Tiga orang gadis muda sedang berbual sambil berendam di tepi kolam.

"Mana Ben?" Dia bertanya kepada seorang lelaki yang duduk di atas kerusi rehat sambil membaca buku.

"Ben ikut Heng hantar barang," jawab lelaki itu dan tersenyum hormat kepadanya. Dia melabuhkan duduknya di kerusi kosong di sebelah lelaki itu yang dikenali sebagai John.

Ery And The BosWhere stories live. Discover now