Ery And The Boss Part 32

21 0 0
                                    


Ery resah menunggu. Alif sudah tidur tetapi panas badannya juga sudah menurun. Ery menjelum badan anaknya itu dengan tekun. Sejam yang lepas dia telah memberi Alif makan ubat demam yang dibekalkan oleh doktor dari klinik berdekatan. Asraf masih menemaninya sambil bermain permainan video. Selepas memesan makan malam, dia sekadar menunggu dan berehat sambil menjaga Alif yang demam.

Ting ! Tong ! Bunyi loceng pintu mengejutkannya. Siapa? Suaminyakah ? Ery bangun membuka pintu. Belum sempat dia melebarkan daun pintu, satu badan menolaknya masuk dan pantas menutup pintu.

"Syyy... tolong diam.." Bisik suara lelaki garau. Ery terpampan kekagetan. Apa hal pulak ni? Lelaki yang berkaca gelap dan bertopi lebar itu melepaskan pegangnya. Ery ketakutan. Dia berundur teragak-agak kebelakang. Asraf berdiri di belakangnya memeluk kaki Ery.

" Siapa kau?" Tanya Ery ketakutan. Lelaki itu membuka kaca mata dan topinya lalu tunduk hormat.

"Maaf, taikong arah saya jemput madam. Dia tak dapat datang ke sini. Kemas barang dan kita segera tinggalkan tempat ini," arah lelaki itu lagi. Ery menjadi was-was tetapi dia mengangguk. Akur dengan arahan lelaki itu.

"Asraf, tolong mama kemas baju."

Lelaki itu kemudian menolong mendokong Alif. Ery memimpin Asraf dan mengikut lelaki itu. Langkah lelaki itu panjang dan laju. Mereka segera meninggalkan hotel tersebut dan membelah bandar Sibu menuju ke barat.

"Maafkan saya terpaksa bertindak begini. Ada orang mengikuti kita dari belakang," ujar lelaki itu sambil menekan pedal minyak. Kereta di pandu bersimpang siur meninggalkan bandar Geylang menuju ke Tambak Johor.Kenderaan memasuki Lebuh Raya Karak setelah hampir enam jam berkereta di atas di atas Lebuh Raya PLUS. Ery memaut Alif erat sementara Asraf di sebelah kirinya memegang lengan Ery.

"Mama, kita nak ke mana ni?" Asraf bertanya hairan setelah beberapa kali terlena di atas kereta. Cahaya mentari mula menampakkan diri. Jam di tangan Ery menunjukkan ke pukul 7.30 pagi.

"Kita nak jumpa papa. Asraf tidur dulu ya, nanti bila sampai mama kejutkan," ujar Ery memujuk. Dia sekadar menyedapkan hatinya sahaja. Namun debaran di sanubarinya hanya tuhan yang tahu.

Mentari pagi mula menyinari alam. Suasana di sekeliling mula bercahaya dan berwarna-warni. Ery tersandar lesu di tempat duduk belakang. Alif masih lena di tempat duduk depan sebelah pemandu yang direndahkan penyandarnya. Asraf masih lena di atas riba Ery.

Perjalanan di teruskan menghala ke Kuala Lipis setelah keluar dari Tol Bentong dan memasuki bandar Bentong dan seterusnya Raub. Namun kereta itu tiada tanda-tanda akan berhenti .

"Kita nak ke mana ni? Kenapa jauh sangat perjalanan kita? Jauh lagi ke ni? Saya perlu ke tandas dan anak-anak saya perlu sarapan," Cetus Ery kegusaran. Lelaki yang memandu kenderaan itu hanya mendiamkan diri. Dia masih tenang memandu. Seorang lagi lelaki di bahagian belakang masih terlena.

" Fard, kita singgah kat bandar Lipis dulu. Betul juga kata-kata Madam. Perut aku pun dah berkeroncong ni.." suara lelaki di belakang pula.

"Tapi kita kena sampai sebelum pukul 11.00 pagi. Kalau terlewat Bos marah sebab dia kena masuk Siam pukul 3 .00 petang nanti," jawab lelaki yang memandu kereta itu dan di sapa Fard.

"Anak-anak saya perlu sarapan. Kesian mereka. Saya pun nak ke tandas," rayu Ery meminta simpati. Dia tidak peduli perihal urusan boss. Dia hanya kegusaran dengan keadaan anak-anaknya yang biasa sarapan tepat pukul 8.00 pagi. Jam di tangan sekarang menunjukkan hampir pukul 8.30 pagi.

"Okey, kita singgah kejap. Sarapan dan lepas tu segera berangkat," Akhirnya lelaki yang memandu kereta itu mengalah.

Mereka singgah di bandar Lipis mengisi perut dan mengisi minyak. Alif tidak berselera makan. Ery membungkus roti canai dan sedikit kuih lain untuk bekalan anak-anaknya. Dia tidak pasti berapa jauh lagi perjalanan mereka. Kedua-dua lelaki itu juga enggan memberitahunya apabila di tanya. Ery menurut sahaja arahan lelaki itu yang kelihatan bengis dan garang.

Ery And The BosWhere stories live. Discover now