#PHMC - Bab 29 - Tunang

6.2K 286 28
                                    

Datin Zarina menyarungkan cincin di jari manis Ziha. Ya, harini Alysha Naziha telah sah menjadi tunang Aliff Nazarul. Tarikh perkahwinan telah ditetapkan. 4 bulan dari sekarang, mereka bakal bergelar suami isteri yang sah.

Selepas selesai majlis, Zarul mencuri peluang untuk berjumpa dengan Ziha di kolam ikan.

"Hai Cik Tunang saya. Termenung apa tu?" Panggil Zarul.

"Termenung pasal awak laa." Balas Ziha.

Zarul mengambil tempat disebelah Ziha.

"Termenung pasal saya? Pasal apa?"

"Tak sangka kan? Saya dah jadi tunang awak? Lagi 4 bulan nak jadi isreri awak. Macam tak percaya." Kata Alysha Naziha sambil merenung cincin dijarinya.

"Kena laa percaya. Lagi 4 bulan, kita akan hidup bersama sampai bila-bila."

"Aamin."

"Awak nampak cantik harini, Ziha. Pakai baju pengantin ni. Tak sabar pulak nak kahwin." Usik Zarul.

"Gatal kan!?" Kata Alysha Naziha sambil mencubit paha Zarul.

"Aduhduhduh Aduh. Sakit laa." Kata Zarul sambil mencebikkan mulutnya.

"Gatal sangat..tapi kan, takkan laa saya nampak cantik harini je. Sebelum ni tak cantik ke?"

"Cantiklaa. Tengok la tunang siapa kan?"

"Ahahahahahahahh." Ketawa mereka meletus.

Datuk Nashril hanya tersenyum disebalik tirai di ruang tamu. Jauh disudut hatinya, dia sedih.

"Nak kahwin dah anak dara aku sorang ni. Lepas ni takde laa yang nak merepek pagi-pagi."

Tanpa dia sedar, airmatanya mengalir.

"Zarul..Bahagiakan anak Papa." Ujarnya perlahan.

Datuk Nashril mengelap airmatanya dan berlalu pergi.

************************
2 minggu kemudian di Pejabat.

"Waw. Bakal pengantin datang kerja laa harini. Tak cuti ke?" Kata Adam Luqman kepada Aliff Nazarul.

Sejak Adam semakin dekat dengan adik Zarul, Ziqa, mereka sudah berbaik. Malah, dah macam best friend.

"Bakal pengantin je. Bukan pengantin lagi." Balas Zarul.

"Untung laa nak kahwin dah. Tak sangka aku, kau nak kahwin. Dengan kawan baik aku pulak tu. Tahniah tahniah." Kata Adam lagi.

"Ahahahah. Aku lagi laa tak sangka. Dulu aku ingat dia dengan kau, tapi sekarang, dah jadi tunang aku."

"Takpe. Aku nak adik kau." Kata Adam sambil tersengih.

"Kau pikat laa dia. Aku taknak masuk campur, kau nak dia, kau usaha."

"Ok Bakal Abang Iparku!" Kata Adam.

"Confident kau ni. Aku suka."

*****************

Jam menunjukkan pukul 6.34 petang. Zarul mengemas barangnya dan meletakkan fail yang hendak dibawa pulang diatas mejanya, lantas dia mengetuk pintu bilik CEO.

Pintu bilik itu dibuka.

"Awak, jomlaa balik. Dah pukul berapa dah ni. Awak taknak balik ke?" Kata Zarul.

"Ha? Ok ok jap. Saya kemas jap ehh?" Balas Ziha sambil tersenyum.

Aliff Nazarul menggalas beg galasnya dan bersiap untuk pulang.

Pencuri Hati Miss CEO ✔ Where stories live. Discover now