Bab 6

3K 121 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Meja makan yang terletak berhampiran dengan dapur telah terhidang dengan bermacam jenis makanan. Semuanya hanya masakan kampung. Dua kekuarga ini memang sukakan masakan kampung dari dahulu lagi.

Dua keluarga telah berkumpul di meja makan. Hidangan yang disediakan telah membuka selera semua yang berada disitu.

"Wahh..banyaknya makanan! Kalau macam ni kembung lah perut Hanni" kata Hanni sambil menggosok perutnya.

Puan Zalmah dan Puan Munirah hanya tersenyum dan yang lain ketawa melihat telatah Hanni.

"Haa..kalau macam tu kau makan lah banyak² biar gemuk pastu jadi macam jaiko adik giant yang dalam kartun doreamon tu" semua yang berada disitu makin giat ketawa dengan kata² Arash.

Hanni yang mendengar hanya memandang Arash dengan pandangan tidak puas hati. " kalau aku gemuk pon bukan nya ade kene-mengena dengan kau pon" Hanni menjeling pada Arash.

"Sudah²..jangan nak bertekak dekat depan rezeki ni..tak elok" marah Tuan Razak. Arash hanya tersengih, Hanni pulak mencebik.

"Arash baca doa makan." Arah Tuan Razak. Doa makan dibaca oleh Arash. Selesai baca doa, semua yang berada disitu mula menikmati makanan yang ada.

🌼🌼🌼🌼

Selesai makan dua keluarga itu berkumpul di ruang tamu. "Arash boleh tolong bawa Hanni berbual kat luar. Papa nak bincangkan hal orang² tua sekejap" Arahan Tuan Zabir itu membuatkan Hanni dan Arash digelumangi pelbagai tanda tanya.

"Baik papa" Arash akur lalu menarik tangan Hanni keluar dari rumah mereka.

Diluar rumah terdapat pondok yang tertanam berhampiran kolam berenang. Mereka berdua membuat keputusan untuk duduk disitu.

"Rash, aku rasa tak sedap hati lah. Kau agak²kan ape yang mak ayah kita bincang kan kat dalam tu erk?"  Soal Hanni dalam nada risau.

"Entah lah, aku pon rasa bende yang sama. Kau perasan kan tadi muka papa kau macam mana masa suruh aku bawak kau keluar?" Soalan Hanni dijawab dengan soalan oleh Arash.

"Entah² diorang nak kahwin kan kita tak" duga Arash. Hanni terlopong mendengar dugaan Arash. Lengan Arash dicubit melepaskan geram.

"Kau ni agak² arr kalau nak meneka pon. Kita ni SPM pon tak lepas nak kena Kahwin pulak. Pikir logik sikit boleh takk" marah Hanni.

Arash menggosok lengannya yang dicubit Hanni tadi. Terasa perit lengannya bila terkena sepit ibu ketam. "Aduhh..sakit tau takk. Yang kau main cubit² ni apasal? Tak leh cakap elok² ke? Aku teka jer tadi tu" balas Arash

"Kalau ye pon agak² arr." Marah hanni masih berbisa. Arash tersengih melihat wajah Hanni yang cemberut.

"Alah kau sabar jelahh..nanti kita tau lah sebab nya" balas Arash selamba.

🌼🌼🌼🌼

Diruang tamu itu kelihatan suasana yang penuh dengan tanda tanya. Tuan Zabir memandang isterinya memberi isyarat untuk memulakan perbicaraan. "Apa pulak saya. Abang lah yang cakap dulu." Balas Puan Zalmah

"Zabir, Zalmah cakap lah ape yang korang nak bincangkan." Kata Tuan Razak.

"Ermm..sebenarnya macam ni. Aku berhajat nak satu kan anak² kita sebelum cuti akhir tahun mereka habis." Kata Tuan Zabir dengan teragak-agak.

"Apa?? Satu kan mereka? Maksud kau kahwin kan mereka?"  Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Puan Munirah. Mereka berdua hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Kau dah pikir masak² ke soal ni Zabir, Zal? Ni soal nikah Kahwin tau. Bukan soal main²?" Soal Tuan Razak pula.

"Aku dah pikir masak² Razak dan aku yakin dengan keputusan aku ni" jawab Tuan Zabir. "Apa yang membuatkan kau terfikir nak satukan budak² tu."soal Tuan Razak lagi.

"Semenjak Hanni sakit ni aku teramat risau kan dia. Aku takut yang aku dan Zal akan terabaikan Hanni nanti. Hanni memerlukan perhatian penuh dari orang sekelilingnya dan aku dan Zal pilih Arash untuk jaga Hanni." Terang Tuan Zabir.

"Tapi nak ke budak² tu kahwin dalam usia macam ni?" Soal Puan Munirah pula. "Tadi siang masa Arash bertandang kesini, suami aku terdengar luahan hati Arash pada Hanni. Dari situlah kami yakin yang Arash boleh jaga Hanni kemana pon bila Hanni bergerak." Terang Puan Zalmah.

"Aku takde halangan nak satu kan mereka." Kata Tuan Razak. "Aku pon sama" sokong Puan Munirah.

Mereka berdua lebih suka bila dapat berbesan dengan rakan karib mereka sendiri. Kerana mereka telah mengenali keluarga Tuan Zabir dengan cukup baik.

"Terima kasih lah Razak, Munirah sebab sokong kami." Ucap Tuan Zabir sambil tersenyum. "So..bila kita nak satu kan mereka?" soal Puan Munirah.

"Apa kata kalau seminggu sebelum sekolah bermula." Cadang Tuan Razak. "Setuju" jawab mereka serentak.

Puan Zalmah terasa terasa lega apabila anak tunggalnya kini sudah ada yang menjaga.

🌼🌼🌼🌼

Sedang asyik berbual, Puan Zalmah memanggil Hanni dan Arash masuk ke dalam rumah. Mereka berdua hanya menurut dan mengekori langkah Puan Zalmah menuju ke  ruang tamu.

Arash dan Hanni duduk bersebelahan diatas sofa. Wajah mereka berdua penuh dengan tanda tanya. Mereka memandang orang tua mereka dengan perasan yang berdebar.

"Arash , Hanni..mama ada perkara nak cakap dengan kamu berdua." Puan Munirah berhenti seketika.

"Mama,papa,ibu dan ayah dah setuju nak kahwin kamu berdua." Terang Puan Zalmah bagi menjawab persoalan anak² mereka.

"Kahwin!!!" Serentak Hanni dan Arash terjerit.

"Yee..kami nak kahwin kan kamu berdua seminggu sebelum sekolah bermula." Hanni dan Arash terlopong. Tak sangka rupanya dugaan Arash yang main² tadi betul.

Arash memandang Hanni 

"Arash setuju!!!" 

Ujar nya pada semua yang ada disitu. Hanni bertambah kaget mendengar jawapan Arash.

" weyhh..kau dah gi..." Kata² hanni terhenti apabila arash menangkap tangannya.

"Tapi dengan satu syarat" sambung Arash lagi.

"mama papa ibu dan ayah kena buat majlis yang tertutup dan semua kena rahsiakan perkara ni sehingga kami bersedia untuk dedahkannya." Kata arash membuatkan semua memandang satu sama lain.

"Baiklah kalau itu yang kamu pinta." Jawab tuan razak. Hanni tidak mampu untuk bersuara. Lidahnya jadi kelu secara tiba². Pandangannya jatuh pada raut wajah arash untuk mencari keikhlasan.

Arash yang perasan hanni sedang memandangnya mengelipkan mata pada hanni. Hanni mencebik. Suka lah kau haishh!!

Masin juga mulut Arash ni. Tak pasal-pasal aku kena kahwin muda.

Ibu bapa mereka sedang giat berbincang tentang perancangan majlis nikah anak² mereka. Hanni dan arash hanya mendengar perbualan ibu bapa mereka.



Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now