Bab 23

2.1K 110 3
                                    

Tiga tahun kemudian

Arash masib berkurung dalam bilik. Dia berbaring diatas katil milik hanni. Badan diselimutkan dengan selimut toto yang sering dipakai hanni.

Puan Munirah menolak pintu bilik dari luar. Tubuh yang masih berselimut itu di dekati. Selimut yang membalut tubuh itu ditarik perlahan.

"Arash bangun." tubuh arash digoncang perlahan. Wajah arash yang serabut dipandang. Jambang dibiarkan tumbuh meliar di muka.
Rambut juga dibiarkan panjang tak dipotong.

Senang kata arash sekarang serabut giler² dah tak sama macam dulu.

"Arash bangun lah. Arash tak boleh biar diri arash macam ni. Arash kene bangkit, masa depan arash panjang lagi sayang. Dah tiga tahun hanni hilang, arash pon seolah olah hilang dari ibu. Arash tahu tak, hati ibu sakit bila arash jadi macam ni, hati ibu  risau tengok arash macam ni. Ibu tak sanggup tengok anak ibu macam ni lagi. Ibu nak arash bangkit. Ibu nak arash bangun. Arash mandi arash bersihkan diri arash ni." puan munirah menarik tangan anaknya. Dia tahu arash dengar kata² nya tadi. Walaupon arash masih lagi memejamkan mata.

Iya memang benar kata Puan Munirah semenjak kemalangan tiga tahun dulu hanni masih lagi tidak ditemui. Puan Zalmah pula mangalami kecederaan ringan pada kepala sahaja.

Tuan Zabir pula mengalami kelumpuh separuh badan seumur hidup. Hanya bahagian atas badan sahaja yang berfungsi. Kerana tulang belakangnya patah.

Kini mereka dua keluarga tinggal dalam satu rumah.

Sudah puas Puan Munirah menasihati arash. Tapi arash tetap begitu. Dia banyak terperap dalam bilik berbanding keluar seperti remaja² yang lain.

Puan Munirah mengeluh berat. Dia bangkit dan terus keluar dari bilik itu.

Bila yakin ibunya sudah beredar. Arash mencelikkan matanya. Dia mengeluh juga. Dia nengakkan badan dan duduk bersandar dikepala katil.

'Hanni kau kat mana hanni. Aku rindu kau sangat². Balik lah hanni, kau tak sayang aku lagi ke' arash mengongoi dalam hati.

Pipi yang dah dibasahi air mata di sapu. Gambar nikahnya bersama hanni yang terletak dimeja sebelah katil terus dicapai. Segala kenangan bersama hanni dahulu terlayar di kepala termasuklah saat bersama hanni sebelum mereka berangkat ke Pulau Pangkor.

Arash dan hanni sudah siap berkemas untuk berangkat ke Pulau Pangkor. Dua buah beg telah siap dipenuhi dengan segala pakaian dan lengkapan yang perlu dibawa kesana.

Arash yang membuka pintu bilik untuk keluar tiba² ada satu tangan menghalangnya keluar bilik.

Arash memandang pemilik tangan itu lalu dia tersenyum. "Hanni, kita kan dah nak gerak. Kenapa kau tak bagi aku keluar pulak?" Arash pelik bila tengok muka sedih hanni.

Bukan Couple Tapi MarriedDonde viven las historias. Descúbrelo ahora