Bab 45

2.2K 109 6
                                    

Layrah kini telah memulakan segala rawatan yang dijadualkan oleh doktor untuknya. Ubat juga dimakan mengikut masa yang ditetapkan. Sudah dekat dua bulan dia menjalani kehidupan sebagai pesakit leukimia semula seperti dahulu.

Dia duduk bersendirian di gazebo mini garden mummynya. Pemandangan di situ cukup cantik dengan hiasan pelbagai jenis bunga- bungaan yang berwarna warni.

pandangannya menerawang jauh pada bunga- bunga yang ada disitu. Fikirannya terbang melayang memikirkan kisah hidupnya.

Rindu...sungguh dia rindukan keluarga yang sudah lama ditinggalkan. Mama,papa,ibu,ayah dan kehidupannya dahulu bersama arash. Dahulu tiada apa yang menghalangnya untuk bertemu dan bersama dengan arash tetapi kini, mereka terpaksa bertemu secara sembunyi- sembunyi. Mujur juga ada laurah yang sentiasa membantunya.

Dia tidak nafikan tentang kebaikan laurah terhadapnya. Dia sudah terlalu sayangkan laurah. Sungguh dia tidak sangka selama ini dia mempunyai saudara kembar. Saudara yang telah hilang ketika mereka masih bayi dan saudara yang disembunyikan kewujudannya oleh kedua orang tuanya.

Iya...dia sudah tahu segalanya dari arash. Arash telah menceritakan tentang Hanna Sofea padanya. walaupun sedikit terkilan kerana perkara sebesar ini disembunyikan darinya tapi dia bersyukur kerana selama ini dia mempunyai adik- beradik yang lain.

Sofea Hanni adalah kakak dan Hanna Sofea adalah adik. Terasa kelakar pula bila difikirkan semula. Kini mereka tertukar posisi yang sebenar.

Dia teringin sekali mengenalkan laurah pada mamanya. berdasarkan cerita arash, dia tahu penderitaan yang sedang di lalui mamanya selama ini. Dia ingin mengubat duka pada hati mamanya. Tapi apakan daya.

Secara tak sengaja air matanya jatuh tanpa dia sedar. Bila teringatkan tentang mama, hatinya jadi luruh. Dia amat merindui wanita itu. Dia rindukan belaian mamanya.

Flasback

Malam sebelum hari pernikahan hanni...

Hanni dan mamanya puan zalmah menghabiskan masa berdua didalam bilik hanni yang telah dihias cantik sebagai bilik pengantin.

Hanni berbaring diatas riba mamanya sambil rambutnya diusap lembut oleh mama. "Dah besar anak mama, esok dah nak jadi isteri orang. Tanggungjawab mama dan papa dah terlaksana. Hanni kena ingat ya sayang, bila dah jadi isteri ni kita kena selalu patuh pada suami kita. Jangan sesekali melawan dan meninggikan suara pada suami, itu nusyuz namanya." Nasihat puan zalmah.

Hanni mengangkat pandang pada mamanya. "Mama, layak ke hanni pegang title isteri tu? Dapat ke hanni jadi isteri yang baik untuk arash? Hanni baru 16 tahun, mama." Soal hanni perlahan.

Puan Zalmah tersenyum kecil. "Hanni, perkahwinan yang bahagia lahirnya dari hati yang ikhlas menerima pasangan kita tu. rumah tangga yang harmoni lahirnya dari pegangan agama yang tinggi. Selagi kita ada kedua- dua elimen ni, insya'allah perkahwinan kita akan kekal hingga ke jannah." Terang puan zalmah lembut.

Hanni bangkit dari perbaringan. Wajah lembut mamanya direnung "Thanks mama." Hanni terus memeluk erat tubuh puan zalmah.

Kenangan bersama mamanya masih kuat di ingatan. Setiap pesan yang keluar dari wanita itu tetap di ingati. Kerinduan pada mamanya kian menggebu dihati.

Air matanya mengalir tanpa segan. Mama, hanni rindukan mama. Hanni janji kita akan bersatu kembali macam dulu. Hanni akan bawa adik hanni sekali jumpa mama. Mesti mama happykan waktu tu. Hanni janji, mama. Hanni janji. Tekad layrah dalam hati.

"Layrah!!"

Layrah tersentak apabila terdengar suara yang menjerit namanya. Muka yang basah dek air mata diseka dengan hujung lengan bajunya.

Bukan Couple Tapi MarriedNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ