2.

686 23 1
                                    

Hari minggu, pukul 11 pagi, Kristina masih tidur di atas katil. Asmira sudah pun menaip-naip di bilik kerjanya di sebelah. Dia seolah-olah tidak kuasa hendak mengejut pasangannya itu. Dia pun tidak punya rancangan di kepala untuk hari itu melainkan menulis, hanya kerana hari-hari minggu yang telah lepas, dia telah dibiarkan keseorangan di rumah sementara Kristina sibuk menguruskan hal-hal kerjanya di butik.

Bunyi telefon bimbit Kristina kedengaran di bilik sebelah. Pasti dia tidak dengar. Asmira terpaksa menghentikan kerjanya dan menjawab panggilan itu. Kristina masih tidak terjaga dari tidurnya.

"Hello, Sha."

"Hi, As! Kris mana?"

"Teka lah," kata Asmira dengan selamba. "Hari minggu waktu macam ni, kalau dia kat rumah, rasa-rasa you dia buat apa?"

"Aduh, belum bangun lagi ke dia?" tanya Farisha. "Habis you tengah buat apa sorang-sorang?"

"I kat bilik sebelah, menulis. You ada benda penting ke nak cakap dengan Kris? I boleh kejutkan dia."

"Eh, tak apa lah, As. I ingatkan nak ajak you berdua keluar hari ni. Dah lama tak jumpa you dengan Kris. Dia asyik sibuk je, dan Yan pun masih belum balik lagi."

"Bila dia balik?"

"Lagi 2 hari. Dia kat Sydney sekarang."

"Oh. You tak ada kes baru buat masa ni?"

"Sekarang tak ada. Lagi 2 minggu ada bicara pasal kes pembahagian harta. Macam biasa, kalau kita perlukan transkripsi, jumpalah kita berdua pejabat you nanti."

Asmira tersenyum entah mengapa. "Baiklah, Puan Peguam. Nanti kalau Tuan Puteri dah bangun, I beritahu dia, okey? I suruh dia telefon you balik."

"Okey. Thanks, As."

Sebaik sahaja Asmira hendak meletakkan telefon di atas meja kecil, ia berbunyi lagi.

"Hello?"

"Hello? Kris ke tu?"

"As ni. Siapa tu?"

"Oh, As. Vee ni. Kris ada kat rumah tak?"

"Ada ni, depan mata I tapi belum bangun. Kenapa?"

"I need her at the boutique now lah, As. Something came up at the last minute with the orders. Can you get her to wake up and on the phone?"

"Kacau betul si nyah ni," bisik Asmira di hati. "You tunggu, I kejutkan dia," katanya kepada penolong Kristina itu. Dia mengetepikan telefon itu dan memegang lengan Kristina.

"Kris, Kris. Vee is on the phone, nak cakap dengan you."

Kristina membuka mata dengan perlahan. Nyenyak sungguh tidurnya. Pasti letih.

"He's on the phone?"

"Ya," kata Asmira, lalu memberikan telefon itu kepadanya. Dia langsung keluar dari bilik itu dan ke dapur. Tidak lama kemudian, Kristina keluar dan menghampirinya.

"Tadi Sha telefon," kata Asmira. "Dia ajak kita keluar."

"I kena turun butik sekejap, As," kata Kristina pula. "Ada masalah sikit dengan tempahan baju."

"I knew your answer is going to be no."

"I'm sorry," kata Kristina kepadanya. "Okey, macam ni, apa kata you hantar I ke butik? I selesaikan problem kerja I dulu, lepas tu kita jumpa Sha."

Asmira memandang wajah pasangannya yang baru bangun tidur itu.

"Kalau you lama kat butik tu, takkan I nak menanguk dalam kereta kan. I boleh hantar you, lepas tu I balik dulu atau I jumpa Sha dulu. Kalau you dah habis, you call I."

Transkripsi CintaWhere stories live. Discover now