4.

547 18 0
                                    

"I minta maaf, okey."

Farisha Tarmizi mengeluh panjang. Setelah mengatakan "Okey" kepada pasangannya, dia meletakkan telefon dan terus berdiri memandang telefon itu. Baru sahaja dia bersemangat untuk keluar bandar dan bercuti bersama Izyan dan juga Asmira dan Kristina. Izyan pula terpaksa ke Jepun untuk kerja tambahan pada hujung minggu itu. Dia kemudian ke bilik untuk mengaturkan semula pakaian-pakaiannya ke dalam almari. Dia bercadang untuk memberitahu Asmira dan Kristina setelah selesai melakukannya.

Namun, bukan Farisha sahaja yang sedang mengalami dilemma. Asmira, seperti biasa, sedang menunggu kepulangan Kristina dari seberang tambak pada malam itu. Dia telah ke sana selama 2 hari atas urusan kerja dan berjanji akan pulang tepat pada masanya untuk ke Langkawi di keesokan hari bersama Asmira dan rakan-rakan mereka. Telefon bimbitnya pula tidak diangkat setiap kali Asmira menelefonnya. Jam pula sudah menunjukkan hampir 11 malam. Pakaiannya sudah pun disusun di dalam bagasi.

Tidak lama kemudian, telefon berbunyi. Dengan pantas, Asmira menjawabnya. "Sha."

"Yan tak dapat ikut, As," Farisha memberitahunya. "Jadi I rasa I pun tak pergi. You teruskan dengan Kris, okey?"

"Yan tak dapat ikut sama? Kris pun sampai sekarang belum telefon I."

"Dia belum balik lagi?"

"Itu lah," kata Asmira. "Besok nak bertolak pukul 7 pagi, sekarang masih belum balik."

"So macam mana sekarang?"

"Entahlah. You rasa?"

"You nak batalkan saja?"

"I patut tanya you, Sha, sebab Yan yang belanja kita semua untuk percutian ni."

Runsing lagi Farisha dibuatnya. "Apa kata kita teruskan saja?"

"Maksud you, you dengan I pergi Langkawi sama-sama?"

"Ya," kata Farisha, "Kita berdua pun dah ambil cuti kerja dan tiket pun dah dibeli, jadi I tak mahu sia-siakan peluang ni. You setuju tak dengan cadangan I?"

Giliran Asmira pula yang runsing. Apa kata Kristina pula bila dia mendapat tahu tentang pemergian mereka ke Langkawi berdua-duaan? Tetapi secara rasional, Asmira tidak fikir ia suatu kesalahan. Mereka hanya mahu pergi bercuti. Memang asalnya berempat, tetapi kini hanya berdua sahaja.

"As?"

"Hmm, okeylah."

~

Dua hati yang hampa itu bertemu keesokan harinya di rumah Asmira Adnan. Kristina masih tidak menelefon. Izyan pula sudah berada di Jepun. Kini, Farisha menjemput Asmira dengan menaiki teksi lalu beransur pergi ke lapangan terbang. Mereka tidak berkata banyak semasa dalam perjalanan ke sana. Terdapat banyak persoalan di hati masing-masing mengenai sikap pasangan-pasangan mereka. Begitu mudahnya mereka diketepikan semata-mata kerana kerja. Mungkin Farisha dan Asmira boleh memahami antara satu sama lain dengan lebih mendalam apabila bercuti bersama di Langkawi nanti. Bekerja di bangunan yang sama tidak mencukupi untuk mengenali diri masing-masing. Mungkin mereka berdua memerlukan masa peribadi dan perlu berjauhan dari pasangan-pasangan mereka untuk menenangkan fikiran yang telah lama berkecamuk.

~

"Like this place?" tanya Farisha setibanya mereka di villa privet di Langkawi yang telah ditempah oleh Izyan.

Asmira menjadi terpegun. "Impressive. And now there are only the two of us to enjoy this entire house. Kenapa tak tempah je bilik hotel atau resort?"

"You kenal Izyan tu kan, manalah dia suka tinggal di tempat-tempat yang penuh dengan pelancong-pelancong lain. I dah nasihatkan dia tapi dia tetap nak keluarkan duit lebih hanya untuk dapatkan villa ni sebagai tempat percutian kita."

Transkripsi CintaWhere stories live. Discover now