Bab 9: Gangguan

3.9K 247 15
                                    

"Tak pe, Along okay. Abah tak payah datang. Along tahu Abah busy. Lagipun Amir ada ni jaga Along. Abah jangan risau." Kata Syafiq yang sedang berbual bersama dengan Ayah nya di telefon.

"InsyaAllah. Nanti Along dah settle semua kerja Along balik ye. Abah kirim salam dekat Adik sekali, cakap dekat dia Along merajuk sebab dia tak datang jenguk Along dekat sini hihi. Abah pun jaga kesihatan dekat sana ye. Assalamualaikum." Kata Syafiq lagi sebelum mengakhiri perbualannya itu.

"Ayah aku kirim salam. Dia cakap terima kasih sebab jaga kan aku dekat wad ni. Dia tak dapat nak datang sebab bos dia nak dia handle meeting yang lain pulak." Tiba-tiba Syafiq berkata kepada Amir yang sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya di sisi katilnya itu.

"Ooo ye ke? Haaa waalaikumsalam. Lupa nak suruh kau kirim salam balik dekat dia." Balas Amir yang masih bermain dengan telefon bimbitnya itu.

"Amirr.." Nada suara Syafiq sedikit berubah.

"Yup." Balas Amir ringkas.

"Terima kasih sebab jaga aku dekat sini, tolong teman aku masa aku tak sedarkan diri. Sebelum ni aku layan tak layan je kau, tapi kau baik dengan aku. Terima kasih wei." Kata Syafiq sayu.

Mendengar kata-kata Syafiq, Amir memberhentikan permainan di telefon bimbitnya itu lalu memandang ke arah Syafiq yang sedang cuba untuk duduk di atas katil.

"Kalau kau dekat tempat aku pun kau akan buat benda yang sama Syafiq. Kita kan Roommate, lagipun kau dalam kesusahan jadi aku tolong lah. Tentang hal sebelum-sebelum ni, aku anggap benda tu benda yang dah lepas. Aku faham keadaan kau masa tu, so kau jangan lah risau ye." Balas Amir sambil dia membantu Syafiq untuk duduk dengan selesa di atas katilnya itu.

"Banyak benda yang aku tak faham, banyak benda yang masih lagi kabur dalam fikiran aku ni. Aku pun tak tahu nak mulakan dari mana untuk settle semua ni Amir, aku buntu wei." Kata Syafiq sedikit tertekan.

"Buat masa ni Syafiq, kau rehatkan dulu minda kau tu. Jangan fikir benda yang bukan-bukan and jangan seksa diri kau untuk selesaikan semua benda sekali gus. Kau kena sembuh sepenuhnya dulu, then baru kau boleh fikir dengan tenang and selesaikan semua benda ni satu-satu. But seriously Syafiq, for now please get a plenty of rest. Kau tu baru je sedarkan diri wei. Please." Balas Amir yang risau akan kesihatan Syafiq itu.

Syafiq terdiam. Dia sedar bahawa kata-kata Amir itu ada betulnya. Dia perlukan rehat yang secukupnya, barulah dia boleh keluar dari hospital ini dengan segera dan selesaikan semua benda yang menggangu fikirannya selama ini.

"Aku just nak tahu satu perkara je Amir, betul ke yang kau cakap Ustaz Kamal yang datang selamatkan aku malam tu?" Tanya Syafiq inginkan kepastian.

"Please Syafiq, stop it. Rehat lah dulu, nanti kau sakit lagi." Kata Amir sambil memegang perlahan bahu Syafiq.

"Please Amir, aku just nak tahu benda tu je." Rayu Syafiq padanya. 

"Hmmm. Yup, malam tu Ustaz Kamal yang selamatkan kau. I mean, masa aku sampai balik dekat bilik, dia dah ada dekat sana and kau dah rebah dekat lantai. Aku terus panggil budak-budak dekat aras bawah and bawak kau ke hopsital." Terang Amir lalu menegakkan kembali katil Syafiq agar dia boleh baring dengan selesa.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now