Malam itu selepas solat Isyak, Ustaz Firdaus mengarahkan Amir dan beberapa orang anak muridnya untuk mengangkat Syafiq dan meletakkan nya betul-betul di tengah bilik perubatan khas milik Ustaz Firdaus. Biliknya itu agak luas dan diterangi dengan lampu kalimantang yang terlekat di lantai syiling bilik tersebut.
"Boleh kamu tolong tutupkan pintu tu Amir." Ustaz Firdaus memberi arahan kepada Amir yang kebetulan sedang berada di muka pintu tersebut.
Amir menganggukkan kepalanya lalu menutup rapat pintu bilik tersebut. Selain Amir, Ustaz Firdaus dan juga Syafiq, terdapat 2 orang pelajar Ustaz Firdaus yang turut berada di dalam bilik tersebut. Ini bertujuan bagi membantu Ustaz Firdaus sekiranya dia memerlukan apa-apa semasa sesi perubatan dimulakan nanti.
Amir kelihatan agak kekok di situ. Dia gelisah. Degupan jantungnya mula berdegup laju. Hari yang dinanti kini telah tiba, segala yang bakal berlaku menentukan semuanya.
"Banyakkan berselawat Amir. Tarik nafas dalam-dalam. Ingat, sepanjang tempoh perubatan ni, kamu mesti berada dekat sini. Apa pun yang berlaku jangan lari dan jangan sesekali kamu mengalah. Jadikan Allah sebagai kekuatan kita." Kata Ustaz Firdaus saat melihat Amir yang mula ketakutan.
"InsyaAllah Ustaz." Balas Amir sambil menarik nafas panjang.
Dalam masa yang sama, kedua-dua anak murid Ustaz Firdaus kelihatan baru sahaja selesai menggantungkan kain putih di bahagian tingkap bilik tersebut. Kain putih yang menutupi bahagian tingkap itu difahamkan bertujuan untuk menghalang lembaga yang menggangu mereka agar tidak keluar dari kawasan tersebut. Amir yang tidak berapa mengerti hanya memerhatikan mereka sahaja.
"Ok baik kita mulakan sekarang." Kata Ustaz Firdaus yang kemudiannya duduk di bahagian bawah, betul-betul di hadapan kaki Syafiq.
Syafiq terbaring kaku di bahagian tengah bilik tersebut. Amir pula duduk di sebelah, di belakang Ustaz Firdaus. Manakala dua orang anak murid nya pula berada di kiri dan kanan Syafiq. Masing-masing hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Ustaz Firdaus yang mula menjalankan sesi perubatan itu.
Beberapa ayat suci Al-Quran kedengaran kuat dibaca, kemudian Ustaz Firdaus meminta agar yang lain berzikir dan berselawat sepanjang sesi ini dijalankan. Amir yang berada di belakang Ustaz Firdaus turut berzikir dan berselawat bersama. Entah kenapa hatinya terasa sayu. Tanpa dia sedar, air matanya mula jatuh berguguran.
Tidak lama selepas itu, Amir mula merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikannya. Dia mula merasa tidak senang duduk malah mula melihat ke kiri dan kanan kawasan bilik itu. Ustaz Firdaus yang masih mengalunkan bacaab ayat-ayat suci Al-Quran kelihatan mula memegang ibu jari Syafiq. Namun tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh nya. Dari ibu jari kaki, Ustaz Firdaus mula bergerak ke bahagian betis Syafiq. Sambil dia membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil itu juga tangannya bergerak seakan sedang mencari sesuatu di dalam tubuh Syafiq.
Muridnya bergerak sedikit ke belakang, memberi laluan kepada Ustaz Firdaus saat melihat Ustaz Firdaus mula memegang lengan Syafiq. Ayat-ayat suci Al-Quran masih dibacakan, sambil itu zikir turut dialunkan oleh mereka bertiga.
Amir yang kini berada di hujung kaki Syafiq mula terasa berat di bahagian tengkuknya. Dia menggerakkan tengkuknya ke kiri dan kanan sambil tangannnya itu menggosok-gosok bahagian belakang tengkuknya itu. Zikir mula terhenti dari pembacaannya, penglihatan Amir mula kabur. Teringat akan pesan Ustaz Firdaus sebentar tadi, Amir cepat-cepat menumpukan perhatiannya kembali lalu menyambung zikirnya kembali.
Tiba-tiba lampu di bilik itu terpadam. Suasana bertukar menjadi gelap gelita. Kedengaran bacaan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Ustaz Firdaus semakin kuat.
YOU ARE READING
Roommate 2 - COMPLETED
HorrorSetiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoal...