part 9

772 27 1
                                    

Pertama kali Kenny lihat Neal kelihatan tidak terurus dan tidak bermaya. Dia kelihatan seperti tidak tidur malam tadi.Entah ke mana dia menghilang semalam. Kenny sendiri tidak perasan pukul berapa Neal balik, mungkin sebab dia tidur awal semalam- pukul 9 sudah buat tahi mata.

 "Neal, pass aku roti tu."

Neal tidak mengendahkannya, jauh melayan lamunannya. 

 " Neal."

 Neal masih lagi mengelamun.

 "Hey, dude! Hello!" Kenny meninggikan suaranya dan melambai-lambai tangannya di depan muka Neal, menyedarkannya.  Neal memandang Kenny ' blur'. Jag berisi teh o dihulur pada Kenny.

 " Aku minta rotilah."

 "Ooo..." Neal meletakkan jag air dan menyerahkan roti bakar pada Kenny yang memandangnya tajam penuh curiga. Selalunya Neal tidak begini.Dia selalunya 'cool' sahaja.

" Kau OK ke?" Neal membalas pertanyaan itu dengan senyuman( seperti biasa).

 " Ok, fine... tak nak cite no hal." kata Kenny malas melayan Neal. Dia menyuap roti ke mulutnya.

 "Assalamualaikum.."

 Yes, suara garau tu memang cepat Kenny kenali. Pak Mail !

 "Pakcik ada bawa apa-ap...." kata-kata Kenny terhenti. Di sisi Pak Mail seorang gadis berbaju dress biru berdiri memandangnya.

"Hai" tegur gadis itu pada Kenny yang masih tergamam. Anak Pak Mail ke?Cunnya. Gadis bermata coklat itu duduk di sisi Neal, tanpa dipelawa dan memandang Kenny sambil menongkat dagu. 

" Alisya. Selamat berkenalan" katanya mesra.

Kenny menggangguk. Masih terpukau dengan gadis cantik berkulit kuning langsat ini. Tidak sangka di ceruk kampung begini terdapat gadis secantik dia. Bibir merah bak delima itu menguntum senyuman.

 " Nama awak? "

"Err.. Kenny..'

"Khairul... " sampuk Pak Mail.Ceit...

 " Oh, Khairul.Selamat berkenalan. Saya pasti ingat awak." kata Alisya masih lagi mesra kali ini dia  mengenyitkan matanya. Kenny sengih sambil hatinya menjerit comelnye!!!

 "Makan roti je ke pagi nie? Kenapa tidak datang ke rumah pakcik. Bukan jauhpun. " kata Pak Mail. Dia melabuhkan punggungnya duduk di sisi Kenny dan mengadap Neal.

" Dari kebun ke pakcik ?" tanya Kenny cuba berborak, walaupun hakikatnya dia masih ingin tahu ten

" Yelah, kalau pakcik tak jaga, nak harap sapa lagi? Anak pakcik pun perempuan je sorang."

"Eh, nie anak pakcik la nie?"

"Uish.. tidak....." 

" Saya tinggal di banglo hujung sana. Datanglah kalau ada masa." ajak Alisya.

" You tinggal sana? Wow! tak tahupun ada banglo kat sini."

"Dah asyik duduk membuto aje kat rumah,mana nak tahu apa-apa.."

Terhambur ketawa Alisya bila mendengar usikan Pak Mail itu, lebih-lebih lagi apabila melihat muka Kenny merah padam diusik begitu.

" Kalau pakcik nak, saya boleh tolong pakcik kat kebun." kata Neal yang dari tadi hanya menjadi pendengar perbualan mereka semua.  

 " Tidak menyusahkan kamu ker?"

"Tidak langsung. Kenny pun boleh try masuk kebun." kata Neal sambil memandang Kenny. Kenny mengangguk mengiyakannya.

 " Eh...!! semalam saya mintak tolong, awak tak nak tolong pun!..Pilih kasih!!"  Alisya tiba-tiba mengadu. 

" You dah jumpa Neal ke semalam?" tanya Kenny hairan.

"A'ah.. Dia nie sombong" Alisya mencebik.

" Mungkin mintak cara salah kot." kata Pak Mail.

" Saya mintak elok-elok tau pakcik. Dia je. SOM.BONG...."  

Kenny memandang Neal dan Alisya.

" Setahu I, Neal is the most gentleman on earth.Takkan gadis secantik you pun sanggup Neal tolak." jelas Kenny. 

Alisya memandang Neal, dan sekali lagi dia mengeluarkan permintaanya.

" Neal, awak boleh tolong saya kan?" tanya Alisya dengan suara yang manja.

" Tidak! " jawab Neal dengan nada yang keras. Wajahnya yang manis tadi bila berborak bersama Pak Mail dan Kenny  berubah tegas bila memandang Alisya. Dan inilah kali pertama Kenny nampak Neal berubah sehingga begitu sekali.

 " Neal, takkan tak boleh to.."

" Tak boleh!." Neal memotong percakapan Pak Mail dengan tegas.

" Hey, dude" tegur Kenny.

Neal bangkit dan meninggalkan meja makan, meninggalkan mereka bertiga yang masih terpinga-pinga.

 " Sombong. " rungut Alisya. Dia menongkat dagunya.Wajahnya kelihatan hampa.

"Apa yang you minta tolong? Peliknya, selalunya Neal tak sekasar hari ini."

 Alisya mengeluh.

 " Takpelah.I boleh tolong. Nak tolong apa?"pujuk Kenny. 

 "Saya nak mintak dia cari ingatan saya."

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now