part 28

569 16 1
                                    

Neal berbaring di bawah pokok sambil memerhatikan langit biru. Gelagat dua ekor burung merpati meluncur bebas di angkasa menarik perhatiannya.

Saat angin petang bertiup sedikit kencang, beberapa helai daun kering melayang jatuh lembut di atas kepalanya . 

Neal hanya membiarkannya sahaja, dia hanyut dalam alunan piano yang lembut mendayu, yang bermain di mindanya.

Sambil memejamkan matanya, alunan piano itu semakin jelas, semakin indah, semakin mengusik sayu perasaannya. 10 tahun dia tidak mendengarnya.  Hari ini, entah kenapa alunan itu mengetuk-ngetuk pintu hatinya, menerjah masuk ke tingkap mindanya, bergema terus menerus di gegendang telinganya.  

Perlahan-lahan dia membuka matanya. 

" Awak ni memang suka pandang langit ke?"

Neal menoleh pada Alisya yang dari tadi , tanpa disedari,  sedang duduk di sisinya.

 Gadis itu sedang duduk bersila di sebelahnya, sambil dagu mendongak ke atas.

" Eh, ada burunglah! Cantiknya.."  kata Alisya sebaik sahaja dia melihat 2 ekor burung merpati terbang di langit. Rupanya mereka lah  yang melekakan Neal.  

Tiada response dari Neal.

"Saya dah tau pasal hal basikal tu.Ceit, patutlah awak bawa saya naik basikal buruk tu, nak bagi saya ingat ek? Kan senang jer kalau awak cerita awal-awal..." 

Alisya cuba memulakan perbualan. Di wajahnya terukir kelegaan kerana satu lagi kisah hidupnya berjaya diperolehnya.

" Boy sudah cerita semuanya?" tanya Neal.

"Aah!semuanya. Tapikan..  awak rupanya hanya tahu naik beskal tapi tak reti betulkan rantai basikal. .." Alisya cuba bersenda. 

" Itu semua kisah lama, kisah lalu. Hanya sebuah cerita, tidak kaitan dengan masa kini." balas Neal, tidak tertarik. 

" Hmm.. Tak kisahlah awak nak cakap apa pun, tapi bagi saya, ia satu cerita dalam hidup saya. Ia bermakna bagi saya walaupun tidak bagi awak.  " tegas Alisya mempertahankan pendiriannya dan keinginannya untuk mengumpul memorinya .. kerana... 

"Hidup tanpa memori,sama seperti hidup tanpa masa depan. Saya  tidak mampu melangkah ke masa depan , dengan masa silam yang hilang. "

"Sepanjang hidup saya nanti, saya akan tertanya-tanya samada pilihan saya ini betul, adakah ini yang saya inginkan? Adakah ini masa depan yang saya impikan? Adakah ini yang saya rancangkan? "

" Dan jika saya abaikannya , lalu terus melangkah ke masa depan, namun saat itu jua,  memori saya kembali, adakah saya akan gembira? atau sebaliknya.. saat melihat masa depan ini? "

"Kerana itu... saya perlukan masa silam saya,walaupun sedikit." kata Alisya meluahkan segalanya yang terbuku di hati. 

" Betul kah awak nak tahu kisah lampau awak? Walaupun, ia mungkin akan melukakan?"  

Alisya merenung Neal. Memerhatikan wajah itu yang begitu serius, seolah-olah Neal menyembunyikan sesuatu darinya. 

Alisya menganggukkan kepala. "Apa.. yang akan melukakan saya? " 

Bibir Neal menguntum senyuman yang tipis. 

"Hey, kenapa? kelakar ker? Apanye?" Alisya mulai panik. Tidak mengerti dengan body languages lelaki ini.

" Awak tidak akan terluka. Saya janji. " jawab Neal. 

.

.

Alisya tergamam. 

Janji itu...

Alisya menyentuh dadanya yang terasa berdebar. Mengapa? 

 Mereka kembali menatap langit yang membiru.

" Awak sukakan bunga tulip."



Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now