part 89

799 13 1
                                    

" I really hate hospital!" rungut Alisa, menyumbat baju kotor ke dalam beg baju. Kenny perhatikan Alisa menyumbatnya tanpa melipatnya. Ish..ish... 

"Why? Your first love is a doctor ke?" usik Kenny walaupun dia tahu cinta pertama Alisa adalah Neal. 

" Nope. Sebab I kene buat kejer leceh ni, lipat dan kemas barang pesakit cam you! Seriously Kenny, you should find a girlfriend."

 Kenny tersenyum lucu, apa kaitan girlfriend dengan semua ini?

" You lah girlfriend I." 

" Eww.. tak kuasa." 

Kenny tertawa. 

Alisa mengeluarkan baju dari beg bila apa yang disumbatnya tidak muat dalam beg Kenny.

 Kali ini dia pilih untuk melipatnya. Lega Kenny.

"Neal ada contact you?"  tanya Alisa.

 Kali ini kerisauan ini bukan lagi beralaskan cinta. Alisa hanya gelisah sebagai seorang rakan. Sudah sebulan tiada berita tentang Neal. Malah sejak Kenny sedar dari koma, Neal tidak pernah sekalipun datang melawat. 

Alisa pernah  singgah ke rumah Neal, tetapi ia berkunci sunyi. Sudah tiada penghuninya lagi.

Tiada sesiapa tahu ke mana Neal pergi.  Telefonnya juga sudah dimatikan talian.

Tetapi di ingatan Alisa, bayang lelaki di rumahnya, dan rantai di kocek itu bermain-main di memorinya. 

Dia pasti rantai itu pernah dilihatnya.

Tidak silap lagi. Rantai itu, ia sentiasa di sisi Neal dan Alisa yakin tempoh hari ketika dia tidak sedarkan diri, Neal ada di situ.

Neal lah yang telah menyelamatkannya. 

Hari itu, dia sedar di halaman rumah; diletakkan di atas hamparan rumput dan selesa berteduh di bawah pokok rendang.  

Manakala rumahnya, tingkap dan pintu terbuka, tiada lagi bau gas bocor. 

Dia selamat.

Persoalannya, bagaimana Neal boleh berada di sana?

Bagaimana Neal tahu yang dia akan ditimpa kemalangan itu? 

Mungkinkah ia berkait dengan Alisya ? 

Tetapi dia tiada jawapannya. 

Kerana Alisya dan Neal hilang tanpa berita.

Seolah-olah hilang bagai tidak pernah wujud.

Lamunannya Alisa terganggu bila pintu bilik diketuk perlahan. Seorang anggota polis lengkap beruniform berdiri di muka pintu.

" Maafkan saya enncik Khairul, walaupun kami sudah dapatkan semua maklumat tentang kemalangan tempoh hari ,tetapi ada beberapa perkara yang kami ingin pastikan lagi. Boleh kita bercakap tentangnya?"

Anggota polis bernama Harun itu mendekati.  Mereka berdua berbual tentang kemalangan yang berlaku.Jawapan yang sama Kenny berikan .  

Bagaimana keretanya boleh terbabas? Dia jawab tidak ingat. 

Alisa tahu itu bukan kebenarannya.

 " Em.. encik pernah dengar nama Alisya Aaira?"

" Tak pernah, kenapa?"

 "Kami menjumpai cap jarinya dalam satu kes yang disiasat kami, "

" Adakah dia seorang suspek?"

 " Em.. tidak, cuma dia berkaitan dengan kes itu. Kami menjumpai bukti seolah-olah dia dipenjarakan oleh mangsa kami, tapi semuanya masih dalam siasatan. Maafkan saya sebab ia tidak berkaitan dengan encik. Saya minta diri dulu." Anggota polis yang muda itu akhirnya beredar. 

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now