DA - 1

199K 4.6K 140
                                    

Re - Write [ edit ]
___________________

Daniel Arfan hanya menunduk ke bawah. Wajah tegang milik papa dia tidak berani di pandang. Malah dia juga dari tadi tidak mengeluarkan walau sepatah kata. Hanya menukur memandang lantai.

"Kenapa Arfan bergaduh? Tak puas lagi selama ini bergaduh dengan pelajar lain?" Marah Syed Syakil.

Mawar Qaisara sudah menahan tangis. Dia kasihan melihat si anak yang dimarahi Syed Syakil. Suaminya semakin baran apabila Daniel Arfan yang selalu buat masalah di sekolah.

"Maaf pa.. tapi bukan salah Arfan. Mereka yang mulakan dulu" adunya dalam nada perlahan.

"Papa tak kira! Mulai hari ini Arfan tak boleh keluar rumah. Pergi sekolah dan balik papa jemput! No excuses!"

Daniel Arfan tergamam. Tapi apakan daya, dia tak boleh membantah. Kata-kata papa dia begitu menyakitkan hatinya.

"Kenapa papa susah sangat nak percayakan Arfan?"

Daniel Arfan tersentak. Bunyi penggera telefonnya menyedarkan dia dari lamunan yang panjang. Dia mengeluh perlahan lalu masuk ke dalam biliknya. Pintu sliding door ditutupnya lalu langsir warna hitam turut ditarik sama. Gelap!

Sudah lama dia tidak menjenguk keluarga, hanya kerana satu kesilapan dirinya dibuang keluarga. Bukan salah dia tapi orang lain.

"Bos, meeting akan start pukul 10 pagi nanti" tegur Zul.

Pembantunya yang sentiasa bersama dengannya. Malah mereka sering berkongsi masalah. Daniel Arfan hanya tersenyum nipis.

"I miss my mom.." gumam dia perlahan.

***** 

Dia menuruni keretanya dengan penuh gaya. Kaca mata hitam kemas tersangkut di batang hidung di yang mancung. Setelah kelihatan kelibatnya di lobi hotel itu serta merta para pekerja beratur memanjang dan menunduk hormat.

Zul yang berada di sebelahnya ralit menyemak jadual bosnya melalui ipad. Bimbang jika dia ada tertinggal meeting yang penting nanti.

"Bos klien kita dah tunggu di bilik.." ujar seorang pekerja wanita yang bekerja di bahagian receptionist.

Daniel Arfan hanya mengangguk dan memasuki lift yang dikhaskan untuknya. Zul pula masih lagi dengan ipad miliknya.

Daniel Arfan memandang pantulan dirinya pada cermin lift. Segak dan bergaya! Dia berjaya mencipta namanya di persada dunia. Hotelnya berada di seluruh dunia malah cukup dikenali.

TING!

Kakinya melangkah keluar dari lift lalu menghampiri bilik yang sememangnya dikhaskan untuk perjumpaan dia dan para klien. Zul menolak pintu bilik itu untuk bosnya.

Daniel Arfan duduk di kerusi dan berhadapan dengan klien dia. Wajah dia nampak serius dan tiada senyuman terselit di bibirnya.

"Can we start?" Daniel Arfan bersuara tapi matanya pada fail di tangan dia.

"Sure.." orang itu menatap Daniel Arfan dalam. Orang yang lama dia tak berjumpa.

Mereka berbincang mengenai projek kerjasama syarikat mereka dalam pembinaan hotel di Sabah. Malah perkara yang dibincangkan begitu serius. Sesekali Daniel Arfan menyampuk.

Sejam mereka berada di dalam bilik itu akhirnya tamat juga mesyuarat itu. Zul menatap kembali buku notanya. Perkara-perkara penting harus dicatat olehnya.

"Can I talk with you? Just you and me?" Lrlaki itu memandang Daniel Arfan penuh berharap.

Zul yang faham segera mengemas barangnya. "Bos saya keluar dulu.."

Sebaik saja kelibat Zul hilang, Daniel Arfan mendengus kasar. Dia malas mahu menatap wajah orang di depan dia.

"Ada apa kau nak cakapkan? Cepat sikit aku tak ada masa. Ada hal yang aku kena uruskan sekarang ni.."

"Kenapa? Kenapa kau berubah sampai macam ni sekali? Kau tak nak jenguk mama ke? 6 tahun Arfan? 6 tahun kau lari daripada kami"

Daniel Arfan tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh memandang Elfran Danish; adiknya.

"Lari? Aku lari atau korang yang halau aku? Fikir baik-baik sebelum cakap. Kalau bukan sebab papa mungkin aku masih bersama mama. Tapi sebab dia aku jadi macam ni!"

Rahang dia diketap kuat. Suara dia juga berubah tinggi. Elfran Danish mula kusut. Abang dia memang keras kepala.

"Kau fikirkan mama saja. Dah lama dia cari kau tahu. Hari-hari dia sebut nama kau. Setiap masa dia tanya aku bila kau akan pulang. Tolonglah Arfan, demi mama.." pujuknya lagi.

"Aku mungkin tak akan jejak kaki aku ke sana lagi. Jadi aku nak kau sampaikan salam sayang aku kepada mama. Lepas ni jangan bincangkan perkara ni lagi. Aku tak suka!"

Elfran Danish tertunduk. Kesal kerana dia tak dapat memujuk si abang. Daniel Arfan keluar dari bilik itu meninggalkan Elfran Danish.

Dia masuk ke dalam biliknya. Tubuhnya di sandarkan ke pintu biliknya. Hatinya tak kuat jika berkaitan dengan mama dia. Sungguh dia rindukan wanita itu. Sangat rindu!

*****

Elfran Danish masuk ke dalam rumah. Tangan kanan dia lincah melonggarkan tali lehernya. Dua butang atas kemejanya dibuka. Cukup melemaskan dirinya.

Tubuhnya dibaringkan ke atas sofa. Dia sengaja mengambil cuti. Malas mahu masuk pejabat. Dia ingin merehatkan dirinya.

"Awal kamu balik? Meeting dah habis ke?" tegur Mawar kepada anaknya. Tubuh si anak ditepuk lembut.

Elfran Danish hanya tersenyum. Bagaimana reaksi mama dia kalau dia beritahu perjumpaan dia dengan Daniel Arfan?

"Danish malas masuk office ma, lagi pun Danish penat sangat hari ni" adunya manja.

Mawar hanya tersenyum saja. Anaknya cukup manja dengan dirinya. Tapi dia terkenang si anak seorang lagi. Bagaiman agaknya rupa anaknya itu?

Rambut hitam pekat milik Elfran Danish diusap perlahan. Dia lihat anaknya sudah pun terlelap dalam keadaan mengiring menghadap dia.

Mawar mengeluh perlahan. Wajah dia yang tadinya ceria kini berubah suram. Wajah Elfran Danish banyak mengingatkan dia kepada Daniel Arfan.

"Mama harap Arfan baik-baik saya walau di mana pun Arfan berada.."

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Onde as histórias ganham vida. Descobre agora