DA - 71

59.2K 2.1K 112
                                    

Tengku Alisa meregangkan badan dia yang mula terasa lenguh. Otot-otot dia dibetulkan. Sakit badan kerana asyik duduk dalam posisi yang sama. Laptop yang masih menyala dibiarkan saja. Tekak dia terasa kering. Terlalu khusyuk menonton drama Thai sampaikan tidak sedar sudah lewat malam. Flower Ring menjadi pilihan dia pada malam itu. Memang hantu drama Thai !

Pintu bilik dibuka, kepala dijenguk ke kiri dan kanan. Melihat laluan semua gelap dan hanya diterangi cahaya lampu yang samar-samar membuatkan dia melonjak kegembiraan. Lagi-lagi hanya dia yang berjaga malam itu.

Dengan riangnya dia berjalan menuju ke tangga. Siap mengoyangkan badan lagi kerana terlampau gembira. Wajah seseorang bermain di fikiran dia.

"Alahai kenapalah kau hensem sangat" gumam dia sendiri. Muka pun dah merah semacam.

Sedar tak sedar, dia sudah berada di dapur. Peti ais dibuka dan satu botol air sejuk diambilnya. Gelas yang sudah tersedia di atas meja diambil lalu dia menuang air ke dalam gelas. Sejuk tekak dia apabila air itu mengalir melalui kerongkong.

BAM!

Tengku Alisa tersentak. Hampir saja dia mahu melompat. Bergema satu rumah. Dengan wajah ingin tahu dia berjalan mengikut arah bunyi tadi. Tapi di pertengahan jalan, langkah dia terhenti. Bunyi itu sudah hilang.

Mata dia dikecilkan apabila melihat kelibat seseorang menuruni tangga. Dari atas sampai bawah semuanya hitam. Topi hitam, baju hitam, seluar pun hitam. Senang cakap all black. Tengku Alisa mengerutkan dahinya.

Dengan rasa ingin tahu Tengku Alisa mengekori orang itu dalam diam. Rambutnya diikat satu dan selipar disarungkan ke kaki dia. Dilihat orang itu keluar melalui pintu pagar kecil. Laju bukan main lagi dia melangkah. Tengku Alisa mengekor dari belakang dalam diam. Pelik juga dia melihat orang itu keluar pada lewat malam. Sudah lah jalan sunyi, bunyi pun seram dah. Meremang bulu roma dia. Lagi-lagi cuaca pada malam ini sejuk.

Akhirnya, mereka tiba disebuah rumah. Pada pengamatan Tengku Alisa, rumah itu boleh lah tahan besarnya. Tapi seram kot, tengah-tengah hutan.

Baru kaki dia mahu masuk ke dalam rumah, tubuh kecil Tengku Alisa ditarik kasar oleh seseorang. Belum sempat dia mahu melawan, dia terasa satu cecair menusuk masuk melalui leher dia. Badan dia mula longlai dan tidak sedarkan diri. Lelaki itu tersenyum sinis. Tubuh kecil Tengku Alisa diangkat ke bahunya.

"Its time for revenge" bisik dia perlahan. Kini dia sudah menawan Tengku Alisa.

Masuk saja ke dalam rumah itu, dilihat dua rakan dia asyik bermain di ruang tamu. Bersepah dengan tin-tin minuman. Plastik makanan dan baju mereka. Terkebil-kebil mereka memandang ketua mereka.

"Kau bawa siapa tu? Mangsa baru kau ke?" Soal Rashdan dengan riak nakal.

"Makan besar kau malam ni. Aku dan Rash pun tak dapat lagi ayam. Alih-alih kau dapat ayam malam ni" kata Malik dalam nada tidak puas hati.

Tengku Faez Hakim tergelak saja. Tangan dilambai-lambaikan kepada dua rakan dia itu. Dia masuk ke satu bilik yang berpintu coklat gelap. Sebaik saja pintu dibuka, automatik lampu menyala. Pintu itu tertutup dan terkunci sendiri sebaik saja dia masuk ke dalam bilik itu.

Tubuh kecil Tengku Alisa diletakkan di atas katil. Bilik itu luas. Penuh dengan alatan tajam dan senjata berbahaya. Baju lengan panjang hitam yang tersarung di tubuh dia dibuang lalu dicampak ke atas lantai. Begitu juga dengan seluarnya. Di badan dia hanya tersarung boxer yang pendeknya paras peha.

Tubuh dibaringkan bersebelahan dengan Tengku Alisa. Tajam mata dia meneroka wajah gadis itu. Gadis yang sudah lama mencuri hati dia. Gaduh dia kerana dia suka melihat muka marah gadis itu. Berkerut pun tetap cantik. Badan dirapatkan ke tubuh Tengku Alisa. Pelukan pada pinggang gadis itu dieratkan lalu mata dia dipejam rapat.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now