DA - 46

68.7K 2.7K 82
                                    

Datin Normah mengemaskan pakaian dia. Dua bagasi diambil dari atas almari pakaian. Dia harus keluar dari rumah ini. Semua pakaian dihumban masuk ke dalam bagasi miliknya. Begitu juga dengan barang-barang kemas dia. Habis berkotak-kotak diambil dan juga duit simpanan dia.

Bunyi pintu terbuka tidak dihiraukan oleh Datin Normah. Dia sudah tekad. Selesai saja, dua bagasi itu ditegakkan. Tengku Dahlan memandang Datin Normah dengan wajah tak berperasaan. Tak kisah jika isterinya mahu meninggalkan dia.

"Dah selesai?" Tengku Dahlan bertanya sambil menyandarkan badannya di tepi pintu. Walaupun sudah berusia tapi kekacakkan dia masih lagi terserlah.

Datin Normah memasamkan wajah dia. Bagasi itu ditarik menuju ke pintu. Tengku Dahlan memberi laluan kepada isterinya keluar. Sempat dia menatap wajah Datin Normah buat kali terakhir. Jujur dia kata, hatinya cukup sakit dengan perbuatan Datin Normah. Segala budi yang dia taburkan kepada wanita itu, tidak memberi makna kepada wanita itu.

Datin Normah seorang wanita yang cantik, jadi tidak hairanlah kalau dia sudah beralih arah. Tengku Dahlan redha dengan ketentuan takdir hidupnya. Mungkin ini bukan perkahwinan yang kekal untuk dia. Allah pasti menetapkan sesuatu kepadanya.

"Anak-anak aku, aku serahkan kepada kau. Mulai dari hari ini , Tengku Fazira dan Tengku Alisa menjadi hak kau. Aku tak nak mereka" ujar Datin Normah. Rambutnya dibetulkan.

"Betul kau buat keputusan ni? Aku tak nanti kau menyesal dan datang kembali pada kami. Aku dah tak nak dengar lagi rayuan kau pada aku. Cukup untuk hari ini. Hari terakhir kau jejak kau dalam rumah aku".

Tengku Dahlan memejam matanya rapat. Ini saat yang sesuai untuk dia lafazkan cerai kepada wanita itu. Tengku Fazira dan Tengku Alisa memandang simpati kepada papa mereka. Orang yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang walaupun mereka berdua bukan darah daging lelaki itu.

"Tengku Normah binti Tengku Halim, aku ceraikan kau dengan talak satu" ucapnya tanpa rasa tersekat. Hati Tengku Dahlan kembali tenang.

Datin Normah tersenyum. Dia menganggukkan kepala dia. Ini yang dia nak. Dia menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Dari tingkat atas Tengku Dahlan melihat pemergian isterinya buat kali terakhir.

"Sayang.." Datin Normah memanggil Adam Rizalman yang duduk di atas sofa sambil menyilangkan kedua kakinya.

"Dah selesai?" Adam Rizalman mendapatkan kekasihnya. Sempat dia melemparkan senyuman mengejek kepada Tengku Dahlan.

"Dah, mulai hari ini I milik you. Selamanya" Datin Normah mengucup bibir lelaki itu tanpa perasaan malu.

Mereka berdua terus keluar dari rumah itu. Tengku Dahlan menahan airmata dari turun. Sanggup Datin Normah membuat dia sebegini. Sia-sia saja pergobanan dia selama ini.

"Papa.." Tengku Fazira berlari mendapatkan Tengky Dahlan. Tubuh tua itu dipeluk erat. Tengku Dahlan nampak begitu lemah.

"Papa jangan macam ni. Zira yakin Datin Normah bukan yang terbaik untuk papa. Zira yakin Allah dah tentukan yang terbaik untuk papa nanti. Zira nak papa kuat. Zira nak tengok Tengku Dahlan yang dulu. Yang sentiasa kuat dan tidak lemah macam ni. Papa tak keseorangan. Papa masih ada Zira dan Lisa. Akim juga ada dengan papa. Kita sama-sama bina hidup baru" pujuk Tengku Fazira. Tangisan dia cuba ditahan sedaya upaya.

"Papa tak sanggup lagi. Papa tak kuat untuk hadapi semua ini. Syukur kerana kamu semua masih kekal bersama papa. Papa harap kamu semua tidak tinggalkan papa keseorangan" .

"Kami janji pa. Kami akan sentiasa berada di sisi papa. Itu janji kami".

Tengku Dahlan tersenyum. Dia bersyukur kerana masih ada anak-anak dia yang menyayangi dia. Walaupun dua gadis itu bukan anak kandung dia, tetapi dia menganggap mereka berdua sebagai anak kandung dia sendiri.

Tengku Alisa mengetap gigi geram. Dia tidak menangis malah mata dia menunjukkan dia begitu berdendam. Dia benci kepada ibu kandung dia itu. Seorang wanita tidak bertanggungjawab! Tengku Alisa terus saja berlari masuk ke dalam biliknya.

DUM!

Kuat dia menutup pintu bilik. Dia menjerit kuat dalam bilik itu. Masih lagi terbayang-bayang layanan kasar Datin Normah pada dia. Ditendang dan dipukul tanpa rasa kasihan. Tengku Alisa mula hilang kawalan. Cermin ditumbuk dengan sekuat hati. Habis pecah berderai cermin itu. Darah yang mengalir di tangan dia tak dihiraukan.

Mereka merempuh masuk dalam bilik Tengku Alisa. Tengku Dahlan dan Tengku Fazira tergamam melihat Tengku Alisa mengamuk.

"Aku benci dia kak! Aku benci dia! Aku harap sangat dia mati kak! Dia tak layak jadi ibu aku. Dia tak layak jadi manusia! Dia syaitan kak!" Jerit Tengku Alisa.

Sungguh dari dulu lagi dia cukup membencikan Datin Normah. Bayangan dia diseksa sewaktu dulu kembali terbayang. Bagaimana tubuh dia diperlakukan umpama binatang. Tapi mengenangkan Datin Normah seorang ibu dia tabahkan hatinya.

Tengku Fazira menangis dalam dakapan Tengku Dahlan. Dia tak kuat melihat adiknya sebegitu. Sebuah tamparan terkena pada mereka. Datin Normah memberikan tamparan yang hebat pada mereka.

Tengku Faez Hakim mendekati Tengku Alisa. Belakang tubuh gadis itu didakap erat. Akhirnya, tangisan Tengku Alisa pecah. Tengku Faez Hakim memandang Tengku Dahlan dan Tengku Fazira.

"Papa dan Kak Zira keluarlah dulu. Biar Akim tenangkan Lisa" ujarnya lalu Tengku Dahlan membawa tubuh Tengku Fazira keluar dari kamar itu.

Pintu ditutup rapat. Tengku Alisa menangis semahu-mahunya. Airmata dia turun bagai air terjun. Kesakitan dia tidak pernah hilang. Tengku Faez Hakim bersimpati dengan gadis itu.

Tubuh Tengku Alisa dikendong menuju ke katil. Tubuh itu dibaringkan. Tengku Faez Hakim memandang lama wajah Tengku Alisa. Dia tahu gadis itu cukup terseksa dengan perbuatan Datin Normah.

Tangan Tengku Alisa yang tercedera dipegang dan dibelek dengan penuh teliti. Mata gadis itu perlahan-lahan terpejam rapat. Tengku Faez Hakim bangun dan keluar dari bilik. Kemudian dia kembali bersama kotak first aid. Dia merawat luka di tangan gadis itu. Dibalut tangan gadis itu dengan kemas.

Kotak first aid itu diletakkan di bawah katil. Dia berbaring di sebelah Tengku Alisa. Kepala gadis itu diletakkan di bawah lengan dia. Sempat dia mengucup dahi gadis itu.

"Jangan tinggalkan aku"

Tengku Faez Hakim tersentak. Badan Tengku Alisa bergerak-gerak dan gadis itu mendapat erat badan Tengku Faez Hakim. Kepalanya disembamkan ke dada lelaki itu. Tengku Faez Hakim tersenyum. Dia menarik badan gadis itu lagi rapat. Dia mendakap tubuh Tengku Alisa dengan erat sekali.

"Aku tak akan tinggalkan kau" ucapnya lalu dia mengucup dahi Tengku Alisa lama. Ya, dia berjanji dia akan memberikan kebahagiaan kepada gadis itu.

Lama-kelamaan dia turut terlena. Tanpa dia tahu, Tengku Alisa tidak terlena. Gadis itu tersenyum sambil menatap wajah Tengku Faez Hakim. Dia tahu lelaki itu yang dicintai. Tengku Alisa mengeratkan pelukan di tubuh lelaki itu. Kini tidur dia akan lena dalam pelukan lelaki yang dia cintai.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now