DA - 74

79.5K 2.5K 210
                                    

P / S  : Thanks to iz_nisya sbb menyamar jdi author 😂😂 srs aku terhibur baca komen korang 😂😂 ! X pernah lgi jdi macam ni *aku rasalah*
Btw , iz_nisya thanks sbb slalu sokong the real author ni 😂😂 ..

________________________________

15 TAHUN KEMUDIAN.

Para pelajar semua berkerumun di dataran. Mereka mengelilingi tiga pelajar lelaki yang saling bertumbuk di tengah-tengah dataran. Malah wajah mereka bertiga sudah dibasahi dengan darah. Di satu sudut, seorang pelajar perempuan terduduk sambil menangis. Tangan kanan dia memegang kakinya yang sudah mula bengkak. Ada kesan lebam di kakinya itu.

"Kau! Kau memang cari masalah dengan aku kan setan! Aku nak tanya asal kau pijak kaki dia?" Tanya seorang pelajar lelaki berambut keperangan. Tajam mata dia menikam wajah lelaki yang berada di bawah dia.

Pelajar itu meringis kesakitan. Menahan sakit di dada kerana dipijak oleh lelaki di atas dia. Malah baju putih mereka sudah kotor dengan darah.

"Kau siapa nak masuk campur? Kau kekasih dia ke? Kenapa kau asyik bela perempuan cacat tu?" Lelaki itu tersenyum sinis. Sikit pun dia tak takut.

BUK!

Satu tumbukan tepat dilayangkan ke wajah kacak lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, badan pelajar lelaki itu dihentak kuat pada tiang bendera. Lelaki itu menahan kesakitan.

"Kalau aku kekasih dia sekalipun..ada masalah ke? Aku pantang kalau sesiapa berani sentuh dia! Secuit saja orang tu sentuh, aku akan pastikan hidup dia hancur! Begitu juga keluarganya" bisik pelajar itu keras.

Badan pelajar lelaki itu dihentak sekali lagi. Kemudian dia menumbuk kuat tepat pada perut lelaki yang berani-berani menyakiti orang yang dia sayang. Pelajar lain memandang ngeri ke arah dua pelajar lelaki yang paling mereka geruni itu.

Pelajar perempuan itu menangis kesakitan. Kaki kirinya membengkak teruk. Lebih malang lagi apabila kaki palsu dia rosak teruk dan terpatah. Allah! Begitu sekali mereka membencikan kehadiran dia.

"Sakit..ughh" rintih dia perlahan. Tudung dia habis berserabut. Anak rambut terkeluar dari celahan tudung. Baju dia turut terpalit kekotoran.

"Shh..aku ada" bisik pelajar lelaki berambut keperangan itu. Tanpa rasa malu atau segan, dia memeluk gadis itu rapat ke dada dia.

Pelajar perempuan yang lain memandang dengan benci. Benci kerana si cacat itu menjadi perhatian jejaka hot di sekolah mereka. Malah gadis cacat itu juga mampu membuatkan lelaki itu berubah lembut dan penyayang. Tapi apabila bersama dengan yang lain, hanya tatapan dingin dan datar saja mereka dapat. Aura dingin dia cukup membuatkan mereka bergetar lutut.

Tubuh gadis itu dikendongnya lalu melanggar sesiapa saja yang menghalang laluan dia. Gadis itu menangis di dada lelaki itu. Cukup banyak dia disakiti. Sama saja seperti dulu. Tiada yang berbeza. Hanya orang terdekat saja melayan dia unpama permaisuri.

Seorang lagi pelajar lelaki berambut coklat, membawa kaki palsu yang sudah terpatah. Muka dia juga sama dingin. Tiada senyuman. Malah kelihatan menakutkan.  Disebalik ketenangan dia, ada sesuatu yang begitu menakutkan.

"Aish! Kenapa si cacat tu harus ada dalam dakapan kekasih aku!"

"Dasar cacat! Tak sedar diri!"

"Aku harap si cacat tu terus cacat sampai bila-bila"

"Aku harap sangat si cacat tu ditendang dari sekolah ni"

Pelbagai cemuhan yang dia dengari. Dengan wajah tenang, senyuman di bibir dia menghadap beberapa pelajar perempuan di sebelah dia. Ya, mereka yang mencemuh insan yang dia sayang.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Onde as histórias ganham vida. Descobre agora