Bab 3

6.9K 170 7
                                    

Zafril mendekatkan bibirnya ke telinga Safira. Gadis itu ketawa perlahan lalu menolak dirinya perlahan.

"Janganlah you. Nanti isteri you marah." Zafril memutarkan bola matanya.

"Biarlah dia. I bosanlah dengan dia." Zafril menjarakkan dirinya dengan gadis itu lalu duduk di kerusi pejabatnya itu.

Safira yang licik itu mula mendekati Zafril. Jarinya bermain dengan tali leher suami kepada rakan baiknya itu.

"Ceraikan dia, kahwin dengan I? Hm?"

Zafril yang tidak menjangka dengan kata-kata Safira itu tergamam.

Ceraikan Delia?

Zafril membuka pintu rumahnya. Keadaan sekeliling gelap. Hanya satu sumber cahaya yang dia perasan iaitu dibilik tidur Delia.

Pintu bilik itu dikuak sedikit. Melihat apa yang dilakukan oleh perempuan yang bergelar isterinya itu.

Dia berjalan mendekati Delia yang terbaring di atas sejadah siap bertelekung. Cahaya samar itu tidak membenarkan dia untuk melihat dengan jelas.

"Delia? Kau buat apa tidur atas lantai ni?"

Badan Delia hanya mengeras. Dia menolak badan Delia yang tertiarap supaya terbaring.

Jantungnya seperti terberhenti sekejap apabila melihat darah yang keluar dari hidung dan mulut Delia. Telekung yang dipakai Delia juga sudah rosak kerana dilimpahi darah yang banyak.

"Ya Allah! Delia!"

Zafril kehulur dan kehilir di ruang menunggu. Sudah hampir pukul 4 pagi tetapi Delia masih belum siap melakukan pemeriksaan.

Jantungnya berdegup kuat. Baru dia risau dengan keadaan isterinya setelah hampir satu tahun mereka berkahwin.

"Encik Zafril?" Zafril dengan laju mendekatkan dirinya dengan doktor itu.

"Saya Zafril. Macam mana dengan isteri saya?"

"Keadaan isteri encik sudah stabil. Cuma kami perlu mencari penderma yang sesuai dalam masa terdekat ni sebab badan Puan Delia tak boleh tampung dengan ketiadaan sebelah paru-parunya selepas pembedahan yang sebelum ini." Kening Zafril berkerut.

Penderma? Paru-paru? Pembedahan?

"Maaf doc, tapi saya tak faham. Isteri saya pernah dibedah dulu?" Zafril mula runsing.

"Ya. Mengikut rekod terdahulu, Puan Delia pernah dibedah kerana menghidap kanser paru-paru empat bulan lepas. Sebelah paru-parunya sudah tidak berfungsi."

Dunia Zafril mula memperlahan.

"Dan Encik Zafril?" Zafril menumpukan perhatiannya ke arah doktor.

"Kandungan Puan Delia perlu digugurkan untuk melakukan pembedahan." Doktor tersebut menepuk bahu Zafril sebelum berlalu pergi.

Zafril dengan perlahan terhuyung-hayang mencari sokongan untuk berdiri.

"Ya Allah. Apa aku dah buat ni?"

Takdir Cinta √ (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt