PART 12💕

679 71 0
                                    

"Apa ni?" Mingyu mendengus.

"Apa ni awak kata. Awak gila ke? Awak fikir dengan cara tu awak boleh takut- takutkan saya." Semuanya yang terbuku dilepaskan Young Hee.

"Jadi kau takut kata?" Mingyu ketawa. Begitu juga dengan gengnya.

Young Hee mendengus geram.

"Saya akan laporkan pada pengetua."

Mingyu naikkan kening sebelahnya. Dia bukan mudah dicabar.

"Kau fikir aku takut. Ugutlah banyak mana. Nak hantar aku pada polis? Nak saman aku? Kau fikir aku kesah."
Young Hee menjadi geram. Nak sahaja tangannya itu melayang di muka Mingyu.

'Buk!'

Jatuh tersungkur Mingyu dibuatnya. Bibirnya mula mengeluarkan cecair berwarna merah.

Seungcheol dan Joshua membantu kawannya yang telah jatuh terduduk di lantai.

Mingyu mengesat tepi bibirnya.

"Lain kali jangan berani nak kacau saya lagi."

Mingyu tersengih.

Tekad betul perempuan tu.

💕

[COMPLETED] LIBRARY💕 도서관 (김민규 SVT)Where stories live. Discover now