PART 30💕

716 71 0
                                    

Young Hee mengikut langkah Yooji masuk ke dalam ruangan hospital.

Laju sahaja langkahnya sehingga sampai dihadapan bilik yang menempatkan kekasihnya itu.

"Kenapa dengan Gyu?"

"Macam mana dia boleh excident?"

"Korang racing ke hah?"

Bertalu- talu Young Hee bertanya dalam keadaan air matanya yang melilih keluar.

Rakan- rakan Mingyu sekadar diam. Yooji mengusap lembut bahu Young Hee.

"Sabar Young Hee. Kau pergi masuk dulu."

Young Hee mengangguk. Dikesat air matanya dengan hujung lengan bajunya. Kakinya cuba dikuatkan untuk melangkah masuk ke dalam wad itu.

Sebak hatinya melihat sekujur tubuh Mingyu yang kaku terbaring diatas katil hospital.

"Gyu." Young Hee merapati Mingyu. Tangan lelaki itu dicapai dan diusapnya lembut.

"Gyu kenapa boleh jadi macam ni. Gyu bangunlah. Jangan buat saya macam ni." Young Hee bersuara dalam esakannya.

"Awak tak kesiankan saya ke?"

"Gyu please lah bangun. Saya merayu dekat awak." Digenggam erat tangan Mingyu. Kepalanya direbahkan ditepi katil Mingyu.

Sakit hatinya menahan perit.

"Gyu awak janji awak nak jaga diri awak. Tapi kenapa sampai macam ni sekali sayang. Awak dah tak sayangkan saya ke? Awak dah tak sayangkan diri awak ke?"

Young Hee menekup mulutnya apabila tangisannya makin kuat.

Kepalanya diusap lembut. Tersentak Young Hee dibuatnya. Diangkat kepalanya dan dia melihat yang..

"Hi my beautiful dear."

Young Hee mati kata- kata. Dia tak tahu apa yang dia harus buat pada waktu itu.

"Heh?" Mingyu mencuit hidungnya yang merah.

"Bi- bila awak bangun?"

Mingyu tersenyum dalam sakitnya.

"Dah lama dah. Sempat tengok awak menangis teresak- esak tadi." Membulat mata Young Hee.

"Awak tipu saya."

💕

[COMPLETED] LIBRARY💕 도서관 (김민규 SVT)Where stories live. Discover now