Part 4

354 29 0
                                    

" keluar korang dalam bahaya!!" ucap Guanlin dan berlari memasuki dorm Wanna One.

Semua anggota Wanna One keluar dari bilik masing masing. Dengan dahi berkerut.

Jihoon pula menoleh ke Guanlin tanpa menyedari seseorang wanita sedang berdiri dibelakangnya dengan senyuman sinis. " aku dapat kau! " gadis itu menarik tangan Jihoon sepantas kilat.

Anggota Wanna One saat itu tercenggang. Mereka tak tahu mana datangnya gadis itu.

" lepaskan Jihoon Hyung!! " ucap Guanlin.

Jihoon pun sudah meronta ronta ingin dilepaskan apabila gadis itu bertindak kasar dengan menciumnya.

" aku suka Oppa dari Produce. Aku yang mengundi kau..aku mencintai kau Jihoon Oppa " ucap gadis itu dengan suara yang sedikit mengerikan. Dari tingkahlaku sahaja Wanna One sudah tahu kalau gadis ini gila.

Woojin yang paling dekat dengan Jihoon cuba untuk menarik tangan Jihoon agar terlepas dari gadis itu.

Namun gadis itu mulai bertindak aggresif dengan mengeluarkan pisau yang dia ambil dari dapur Wanna One.

" jangan dekati aku! Atau aku bunuh kau! " ucap gadis itu sambil menghalakan pisau ke Woojin. Woojin mengundur beberapa langkah. " aku taknak lepaskan Jihoon Oppa lagi. Kau harus jadi milikku " kata gadis itu lalu tertawa kecil. Sambil mencium wajah Jihoon.

Jihoon menarik wajahnya menjauh dari bibir gadis itu. Airmata Jihoon sudah mengalir.

Daniel menarik Woojin menjauh dari Jihoon. " lepaskan Jihoon!! " tengking Daniel.

Gadis gila itu ketawa mengilai sambil pisau ditangannya mulai diletakkan dibawah leher Jihoon.

Minhyun, Jinyoung dan Daehwi baru sampai dihadapan dorm bersama manager dan staff mereka. Mereka terkejut dengan apa yang terjadi.

Daehwi  menjerit histeria dan menangis. Jinyoung disebelah Daehwi memujuk. Jinyoung tak mahu keadaan makin kusut.

Manager-nim mereka pula berlari masuk menerpa kearah gadis itu. Staff Wanna One berlari ke kereta untuk menelefon polis.

" lepaskan Jihoon.. " ucap manager-nim Wanna One sambil mendekati gadis itu.

Gadis tu mulai bertindak kasar dengan menghiris sedikit leher Jihoon.

" argghh... " ringis Jihoon lalu terpancut darah keluar dari hirisan itu.

Mata anggota Wanna One membutang. Manakala gadis itu terkekek mengetawakan Wanna One.

" Ya !!! Jangan!! " jerit anggotaWanna One.

" sesiapapun tak boleh rampas Jihoon dari aku. Kali ini Oppa takkan pergi lagi kan, kau takkan tinggalkan aku kan? Kita sudah berjanji untuk kahwin. " tiba tiba gadis itu mulai menceritakan sesuatu. Nada suaranya turut berubah menjadi sedih. " kau ingat malam itu. Kau janji nak tengok baju nikah kita sama sama. Tapi... Mereka kata kau dah mati dalam kemalangan itu... Aku tunggu kau lama..." gadis itu terdiam sebentar sebelum terkekek besar. " tapi aku tak percaya! Sekarang je dah terbukti kau masih dengan aku kan..." ucap gadis itu.

Guanlin berdecik kuat memperlekehkan gadis itu. " Jihoon Hyung bukan kekasih kau. kau gila Noona! "

Anggota Wanna One terlopong dengan keberanian Guanlin mengatakan hal itu. Jisung menghampiri Guanlin. " kau tahu tak apa yang kau buat ni akan membahayakan diri kau Guanlin ?! "

" HABIS HYUNG NAK LIHAT JIHOON TETAP DISITU BERSAMA DENGAN GADIS ITU. DALAM WAKTU MENUNGGU POLIS DATANG BOLEH TERJADI APA APA HYUNG. TAKKAN KITA NAK DIAM SEDANGKAN JIHOON HYUNG MEMERLUKAN KITA. PIKIR HYUNG! KALAU MATI, BIAR MATI SAMA SAMA ! " Balas Guanlin dengan nada sedikit tinggi. Kata katanya dapat didengari oleh semua orang dan mereka sedikit terasa dengan ucapan itu.

Jisung mengengam tangan Guanlin kuat. Dia teringatkan dengan apa yang Minhyun ceritakan tentang Guanlin tempohari. Airmatanya mengalir.

Suasana yang berlaku sekarang memang tak dapat digambarkan sedih, takut, risau sudah bercampur.

" kau tak perlu berkorban untuk orang lain Guanlin " ucap Jisung

Guanlin tersenyum lalu memandang anggota Wanna One yang lain termasuklah Jihoon dan gadis gila itu.

" aku tak perlu berkorban Hyung... Ini bukan drama tv, bukan novel... Aku tak boleh biarkan Jihoon Hyung dikasari oleh gadis itu. Gadis itu gila Hyung... Dia boleh lakukan apa apa sahaja tanpa berfikir... Aku nak selamatkan Jihoon Hyung dari bahaya. Percayakan aku! " ucap Guanlin lalu memeluk Jisung yang sudah menangis teresak esak. Selepas beberapa menit , dia melepaskan pelukannya dari Jisung dan kakinya melangkah mendekati gadis itu.

" Guanlin.. Kau kan masih belum sihat sepenuhnya " kata Daehwi. Guanlin menoleh dan melihat airmata sudah membasahi wajah Daehwi. " nan gwenchana... "

Guanlin kembali memandang gadis itu dan Jihoon dengan wajah yang susah diertikan. Antara marah dan risau.

Anggota Wanna One yang lain serta manager mereka cuba menghentikan langkah Guanlin tapi apa yang Guanlin lakukan saat ini sangat pantas.

Guanlin berjaya menahan pisau yang ada ditangan gadis itu sepantas kilat. Jihoon terlepas dalam pergelutan itu

" Jihoon Hyung ketepi!!! " kata Guanlin.

Jihoon berdiri menghadap mereka dengan airmata mengalir. " kau akan dalam bahaya Guanlin " ucap Jihoon tak mahu membiarkan Guanlin mengawal gadis itu berseorangan.

Masa seakan terhenti saat ini. Guanlin menatap Jihoon dan tersenyum.

" nan gwenchana... "

Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...

Always. ©Where stories live. Discover now