Part 6

364 35 0
                                    

Beberapa hari kemudian....

Keadaan Guanlin masih sama. Tiada berkembangan untuk Guanlin sedar. Wanna One turut mengatur giliran mereka menjaga atau melawat Guanlin setiap hari.

Hari ini Wanna One berlatih untuk performance mereka di konsert Wanna One yang diadakan kali kedua nanti.

" 1, 2, 3 " suara pelatih berteriak dan menari sambil di ikuti oleh anggota Wanna One dibelakang. " 1, 2, 3 " step demi step baru di ajar namun anggota Wanna One sering salah kerana kesemua mereka tidak fokus.

Pelatih mereka menghentikan music. " STOP IT " tengking Pelatih tersebut.

Wanna One tercenggang.

" dari tadi aku ajar! Korang tak masuk dalam otak ke ?! YA! Konsert korang tinggal beberapa hari lagi. Takkan korang nak terus macam ni hah?! " marah Pelatih tersebut pada Wanna One.

" mianei... " Semua anggota Wanna One membungkuk beberapa kali dihadapan pelatih mereka.

" korang pikirkan apa ni ? Guanlin ?! " soal Pelatih tersebut.

Menyebut nama Guanlin sahaja telah membuat semua anggota Wanna One sentap.

" Berhentilah pikirkan dia. Dia tengah terlantar kat katil. Esok lusa kalau dia sedar. Dia akan sedar juga. Korang yang masih bernafas ni fokuslah dengan apa yang aku nak ajar! " sambung Pelatih tersebut.

Ucapan Pelatih tersebut telah membuatkan Jihoon marah. " Apa yang Hyung maksudkan dengan masih bernafas ?! " ucap Jihoon dengan suara sedikit meninggi.

Anggota Wanna One sedar Jihoon sudah mulai marah. Jinyoung dan Woojin menghampiri Jihoon.

Pelatih tersebut memandang Jihoon dengan tatapan serba salah. Dia sedar ucapan dia tadi telah menguris hati Jihoon dan Wanna One. " akkh.. Aku tak bermaksud seperti itu... "

" KAU BARU MENGAJAR KAMI BEBERAPA JAM! LEPASTU KAU NAK MARAH KAMI DAN MENYEBUTKAN PERKATAAN YANG TAK SEPATUTNYA KAU UCAPKAN !!! " Jihoon mulai menengking Pelatih tersebut. Dadanya naik turun. Dia cuba mengontrol marah. Anggota Wanna One yang lain cuba menenangkan Jihoon.

" Aku cuma bengang korang terus memikirkan Guanlin sampai hilang fokus dengan apa yang aku nak ajar " balas Pelatih tersebut.

Jihoon menolak ketepi anggota Wanna One yang lain dan berlari menuju pelatih tersebut. Jihoon menolak pelatih tersebut sampai pelatih tersebut terhempap ke dinding. " argghh.. " ringis Pelatih tersebut kesakitan.

Jihoon memegang kolar baju Pelatih tersebut. " KALAU KAU TAK TAHU APA ITU ERTI KASIH SAYANG KAU TAKKAN PERNAH TAHU APA YANG KAMI RASAI.. " Balas Jihoon.

Anggota Wanna One cuba meredakan keadaan.

" macam mana kalau kau ada adik. Pastu adik kau kena tikam dengan  penjahat sebab nak selamatkan kau pastu dia koma berminggu minggu. Tak sedar sedar. Apa perasaan kau saat itu?! Apa perasaan aku saat ini?! Apa perasaan kami saat ini?! Tak ke kau rasa sedih?! "

Mata Jihoon mulai berkaca kaca. " Guanlin juga anggota Wanna One. Sudah semestinya kami sedih, risau, rindu terhadap Guanlin. Dengan apa yang berlaku terhadap aku dan Wanna One tak semudah itu kami melupakan dia. Dia cedera kerana aku "

Jihoon melepaskan kolar baju pelatih tersebut lalu menunduk ke lantai. Airmatanya jatuh ke lantai setitis demi setitis " aku sangat berharap Guanlin dapat bersama kami nanti... " kata Jihoon lalu melangkah keluar dari ruang dance practice mereka.

Jihoon keluar lalu duduk dikerusi diluar ruangan dance practice tersebut. Jihoon menangis dan terus menangis. Dia betul betul merisaukan keadaan Guanlin.

Satu persatu anggota Wanna One keluar untuk memulihkan keadaan.

Minhyun duduk disebelah Jihoon lalu memeluknya. " sudahlah. Hyung tak suka kau bersedih macam ni. " ucap Minhyun.

Anggota Wanna One yang lain duduk disofa hadapan Jihoon ada juga yang duduk dilantai sambil menghadap Jihoon. Mereka paham bahawa Jihoon mesti merisaukan Guanlin yang masih koma kerana apa yang dirasa Jihoon juga adalah apa yang mereka rasa.

" Hyung kan kuat. Hyung kena kuat untuk kami Hyung. " ucap Jinyoung tiba tiba membuatkan Jihoon tersedar. Dia menatap Jinyoung dengan persoalan. Apa maksud Jinyoung ?

" kalau kau rasa serba salah kerana Guanlin cedera saat menyelamatkan kau. Kami lebih rasa serba salah kerana tak dapat melakukan apa apa saat itu dan membiarkan Guanlin bertindak. Kami sepatutnya yang lebih rasa serba salah " kata Jinyoung dengan aliran airmata.

" betul Hyung... Kami yang salah. Kami tak mampu lakukan apa apa untuk kau dan Guanlin. Kami yang patut menyesal " sampuk Daehwi bagi mengiyakan lagi kata kata Jinyoung. Daehwi tak mahu Jihoon terus menerus menyalahkan dirinya terhadap apa yang berlaku.

Minhyun mengengam tangan Jihoon. " kita satu team. We wanna be the one and we always be the one. Kita harus kuat! Wanna One harus kuat untuk ini! Jangan kecewakan Guanlin. Aku yakin Guanlin mesti nak kita teruskan konsert ini walaupun tanpa dia. Dalam hal ini kita semua salah..."

Jihoon tersenyum. Betul apa dikatakan Minhyun dalam hal ini mereka semua salah. Bukan hanya dirinya.

" gomawo.. Aku gembira disatukan dalam group Wanna One. Terima kasih Hyung " Jihoon terus memeluk Minhyun.

Minhyun kembali membalas pelukan Jihoon. " setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin apa yang berlaku ini nak menunjukkan bahawa Guanlin adalah hero bagi Wanna One. Guanlin bukan budak tak berguna di Wanna One tapi dia hero bagi Wanna One " kata Minhyun disetujui oleh semua anggota Wanna One. Mereka mulai berpelukan.

Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...

Always. ©Where stories live. Discover now