22

2.6K 180 1
                                    

" Finally ! " Abangnya menjerit gembira sambil meregangkan badan. Selepas beberapa jam berada didalam bas, akhirnya dapat menghirup udara yang cukup segar. Hana memandang sekelilingnya, cantik.

Alah, bukan kali pertama dia datang ke sini. Saja tunjuk teruja, tak boleh ke ? " Okay guys, listen. Saya akan agihkan kunci bilik masing-masing but satu bilik tiga orang okay ? " Semua orang bersetuju tanpa merungut.

Memang dah diberitahu awal-awal dah kena kongsi bilik sebenarnya. Saja je ingatkan balik. " Kak Mila satu bilik dengan Cik Hana boleh ? " Kak Mila datang padanya sewaktu dia sedang mengagihkan kunci.

" Sure, why not ? Siapa lagi sorang ? " Dia mula memanjangkan lehernya mencari pekerja perempuan yang masih keseorangan. " Excuse me, can I join you ? Group lain dah penuh. "

Hadirnya seorang perempuan yang berkasut tinggi, berbaju ketat serta bertopi pantai membuatkannya berkerut seribu. Mak ai. Ni nak pergi pantai ke nak pergi kelab malam.

" Sure– jomlah. " Dia dan Kak Mila mula berjalan ke arah lif untuk naik ke bilik. " Wait– " Mereka serentak memusingkan badannya ke arah perempuan itu. Dah kenapa pula ni ? " Help me, please. "

Perempuan itu menunjuk ke arah tiga beg baju besar dan satu beg kecil itu pada mereka. Perempuan tu nak pindah rumah ke apa ni ? " Awak bawa satu almari ke apa ni Tila ? " Perempuan yang digelar Tila itu hanya bermain dengan kukunya sambil menantikan mereka memberi pertolongan kepadanya.

" Suruhlah mana-mana lelaki. It look so scary and heavy. " Hana menarik lembut Kak Mila supaya segera berjalan ke arah lif. " Haikal sayang, help me please. " Kakinya serta-merta terhenti saat terdengar suara gedik perempuan itu memanggil pujaan hati dindanya.

" Bilik awak dekat mana ? " Haikal dengan rela hatinya tolong perempuan itu ? Like seriously ? " Kak Mila, bilik kita tingkat berapa ? " Tila menjerit ke arah mereka kerana jarak mereka agak jauh dari dirinya. Dia semakin sakit hati mendengar suara perempuan itu.

Haikal is not even mad when that woman call him 'sayang'. Or dah terbiasa perempuan panggil sayang ? Okay I get it. Biasalah lelaki kacak ni biasanya fboy. Dia patut tahu dari awal mereka berjumpa yang lelaki itu kaki perempuan.

" Cik Hana, bilik kita tingkat berapa ? " Kunci ditangannya itu digenggam kuat. Dia rasa nak tumbuk je perempuan tu tahu tak. " Cik Hana– " Kak Mila memegang perlahan tangannya.

" Tingkat 10– bilik 10G. " Dia meletakkan kunci itu ditangan Kak Mila sambil memandang ke arahnya. " Akak naiklah dulu, beg saya nanti saya suruh abang saya hantar ke bilik kita. Saya nak tengok sekeliling dulu. " Dia berjalan menjauhi Kak Mila yang masih terpingga-pingga.

Sempat juga dia menjeling ke arah Haikal. My heart broken broken. Crush I curang ! Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya.

Pujaan hati dinda 🌻💜

Block Pujaan hati dinda 🌻💜 ? Blocked contacts will no longer able to call you or send you messages

block

cancel

report and block

Done block lelaki itu. It's so hard to do but I have to. Entah kenapa dia cemburu teruk sangat sedangkan lelaki itu bukannya miliknya. Korang pun pernah macam nikan ?

Dia berjalan dipersisiran pantai sambil memegang satu kayu. Perasaannya celaru. Cemburu, marah, sedih. Macam-macam ada.

" What's wrong with me ? "


MS : Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now