Perlahan-lahan dia membuka matanya. Wey apasal gelap ni ?! Ya Allah, dia tak nak mati dulu. Dia belum solat lagi. Dia sedaya upaya fikir kenapa depannya gelap semacam. Aduhai Hana. Kau letak bantal atas muka memanglah gelap jadinya.
Hana segera bangkit lalu melihat ke arah jam didinding. 6 pagi. Still early doh. Dia bangun lalu berjalan ke arah biliknya dengan niat nak solat subuh lepas itu tidur untuk 10 minit. Ya, dia tidur nyenyak di atas sofa itu semalam.
Air yang sejuk itu hanya mampu menyegarkannya sementara. Selesai solat terus dia ke katil untuk sambung tidur. Entah kenapa penat sangat, bukan buat apa pun. Mata yang baru terlelap sekejap itu dibuka apabila seseorang mengetuk pintu biliknya. Dengan langkah yang malas, Hana berjalan ke arah pintu lalu membukanya.
" Morning. " Terpacak Kak Mila dan Tila dihadapan pintu biliknya. " Morning kak, Tila. " Dia meregangkan badan sedikit sambil membuat muka keliru. Dia memandang mereka atas bawah. " Kenapa pakai cantik-cantik pukul 6 pagi ni ? " Mereka memandang antara satu sama lain lalu memandang ke arahnya semula.
" It's 9 am. " Membulat matanya apabila mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Kak Mila itu. Rasa macam baru seminit lelap mata tadi. " –and Haikal is waiting for you at the living room. " Makin membulat matanya apabila mendengar kata-kata itu.
" Korang bagi dia masuk ? " Dia hanya mampu menepuk dahinya. " Dah suruh dia balik tadi tapi dia kata nak tunggu. Takkan Kak Mila nak suruh dia tunggu dekat luar. " Dia hanya mengangguk lemah. Tak mampu nak kata apa-apa sekarang ni.
" Siap cepat. Kitaorang pergi layan tetamu tu. " Mereka menolaknya lalu berjalan ke arah Haikal yang berada diruang tamu. Sejak bila dia ada janji apa-apa dengan Haikal ? Entahlah. Mandi jelah.
Selesai menyiapkan diri, Hana segera keluar dari bilik itu dan berjalan ke arah Haikal. " Haikal, what are you doing here ? " Lelaki itu memandangnya dengan wajah keliru. " I'm sitting on the sofa, I think ? "
Karang cakap bangang, marah tapi memang bangang. " Kita ada janji nak pergi mana-mana ke, Haikal sayang ? " Lelaki itu tiba-tiba bangun dari sofa itu lalu berjalan mendekatinya. " Saya dah mesej awak pagi tadi sayang. "
Suara yang garau itu menyapa telinganya membuatkan berdiri tegak bulu romanya. " Ouh ye ke ? Phone saya habis bateri so tak baca. " Hana duduk di atas sofa lalu mencapai alat kawalan jauh di atas meja itu.
" That's why awak tak balas mesej saya. Ingatkan boyfriend tak bagi balas mesej lelaki. " Dia memandang lelaki itu pelik lalu tertawa kecil. " The guy beside me is my boyfriend. " Dia menongkat dagunya sambil menonton tv yang sedang menayangkan cerita yang membosankan. Lelaki disebelahnya itu lebih menarik.
" Breakfast jom ? " Dia mengangguk kecil. Memang tengah lapar ni. " Puan tak nak kahwin ke ? " Dia memandang ke arah lelaki itu lalu tersenyum. Pinggan diambil untuk mengisi makanan. " Uhm bukan tak nak just belum yang ada masuk meminang. " Hana mengisi nasi goreng kampung ke dalam pinggannya.
" Puan nampak macam suka budak-budak. " Dia mengangguk laju. Kakinya diatur ke meja yang masih kosong. " Suka sangat. Lagi-lagi perempuan. " Nasi goreng kampung itu disua ke dalam mulut. Sedapnya, Ya Allah. Perut tengah lapar, semua benda jadi sedap. Fact okay.
" Kenyang pandang saya ? " Haikal segera mengalihkan pandangan ke arah makanan di atas meja itu.
" Nak cakap saya cantik, cakap je. Tak payah nak tenung-tenung. " Haikal tersenyum kecil. The lesung pipit doh. Rasa nak pegang je. " Not gonna say it. Nanti puan perasan. " Hana membuat muka kecewa. Cis. Nak puji, puji jelah.
" Hi there. " Dia memandang orang yang tiba-tiba datang ke arah meja mereka itu. Berdiri dia apabila melihat wajah orang itu. " Sayang ! " Lelaki sasa bernama Adrian itu berdiri dengan megahnya sambil tersenyum lebar padanya. " Honey Bunny, I miss you. How are you ? "
" I'm fine. Lamanya tak jumpa. Kalau bukan sebab I yang suruh you datang, memang tak jumpalah selamanya. " Adrian tergelak kecil. Jujurlah dia cakap. Dia pernah suka Adrian masa form 1, masa tu lelaki itu form 3. Kacak orangnya, takkanlah tak terfall in love.
" I mesej you tak reply pun. Nak tanya tingkat bilik you. " Ramai pula mesej dia masa bateri phonenya mati. " Tingkat 10. Knock the door okay ? " Adrian terus berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu datang sini nak berjumpa Tila, bukan dirinya. " That's my c– "
Haikal bangun dari duduknya lalu berjalan untuk keluar dari cafe itu. " Haikal nak pergi mana ? " Lelaki itu tak sentuh pun makanan itu lagi, tak lapar ke ?
" Balik bilik. Puan makanlah. " Aik ? Dia ajak kita sarapan, dia pula tak nak makan. Haikal kembali berjalan dengan lajunya macam orang tengah lumba jalan kaki. " Sebelum tu– " Lelaki itu berhenti berjalan sebaik sahaja dia melaungkan kata-katanya dengan kuat.
Entah kenapa dia rasa lelaki itu tengah kecewa sampai tak nak pandang dia pun. " –makanlah sikit. Perut awak sakit nanti. " Selepas beberapa saat dia berkata begitu, dia expect Haikal akan datang balik. Tapi korang tahu ? Lelaki itu–
–jalan tanpa langsung ada rasa nak pandangnya. Did I do something wrong ?
YOU ARE READING
MS : Crush Sekeras Batu ✔
Romance[ My first malay baby say hello to you guys ] + ni crush ke batu ? ❝ Hello? Saya cakap dengan batu ke manusia?❞ ❝ Saya tak pasti ❞ ❝ Apa maksud awak tak pasti ?! ❞ Saat hati bertaut pada pekerjanya sendiri, dirinya tak mampu melakukan apa-apa kecual...