sejuk

48.8K 2.3K 97
                                    

Aku membuka pintu bilik, tanpa segan silu terus merebahkan badan ke atas katil. Hari ini lebih penat daripada pergi sekolah. Nak lelap dalam bas tadi pun susah, ada je tangan asing datang mengganggu itu belum lagi kumpulan hoki yang menyanyi menyambut kemenangan mereka. Semasa bas berhenti untuk rehat tadi, aku mengambil keputusan untuk naik kereta bersama kumpulan sorak. Tapi itu pun tak boleh nak tidur juga bila perempuan-perempuan dalam kereta itu sibuk membawang pasal pelajar lelaki sekolah lain tadi.

Aku kalau pasal lelaki ni memang tak boleh diam, jadi aku tumpang menumis bawang sekaki sampailah pulang ke sekolah kami sempat bertukar-tukar username Instagram pelajar lelaki yang kami perolehi di stadium tadi.

Aku merenung siling putih di dalam bilikku sehinggalah mata aku menjadi letih sebelum segar semula kerana suara ayah yang memanggil aku. Dengan rasa malas yang membuak-buak, aku berguling turun dari katil dan mengesot beberapa minit ke muka pintu.

"Ada apa, ayah?"

Aku berjalan malas kepada ayah yang sedang duduk bersilang kaki di sofa ruang tamu bersama sebuah buku di tangan. Aku mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Pergi buat air, kejap lagi jiran sebelah nak datang."

Aku membuat muka pelik. Jiran? Bukan jiran sebelah ni dah lama pindah ke? Seram pula ayah aku petang-petang ni. Jiran sebelah mana pula dia cakap ni? Jiran baru ke? Hurm? Cepatnya ayah kena jiran sebelah ni.

"Duduk apa lagi? Pergilah buat air."

"Alaa, ayah ni. Ally kalau dah duduk susah nak bangun. Suruh Kak Aimee jelah, eh?"

"Bertuah punya budak. Kak Aimee kerja! Pergi buat air sana. Buat sedap-sedap sikit."

Aku mengeluh perlahan. Ini yang malas nak bangun, nak jalan, nak bergerak. Banyak tenaga yang hilang nanti. Kenapalah aku tak bawa hoverboard turun tadi. Haih...

Aku berlalu ke dapur. Pati air, serbuk milo, kopi dan teh aku perhati satu persatu. Nak buat air apa ni? Kalau buat air sebarang ada yang mati pula. Lantak lah. Aku yang buat air, ikut tekak aku lah nak minum air apa. Sebalang serbuk milo aku ambil. Okey, ayah kata buat sedap-sedap sikit. Sedap sikit je. Kalau jiran tu complain, teko ni melayang ke muka dia.

Sambil aku membacuh air, telinga aku terdengar bunyi riuh suara lelaki di ruang tamu. Dah datanglah jiran baru tu agaknya. Baguslah rumah sebelah ni dah ada orang, takdalah aku rasa seram diperhatikan setiap malam dekat tingkap bilik aku yang berhadapan dengan bilik rumah sebelah.

Siap membancuh, aku mengangkat teko bersama dua biji cawan ke hadapan. Suara riuh itu terhenti apabila aku mendekati mereka seiring dengan langkah aku yang kaku tidak bergerak.

Aku tak tahu nak gembira ke nak gelak ke nak marah atau nak lari sekarang ni melihat jiran baru itu. Semua perasaan bercampur aduk membuatkan aku tergamam bersama teko yang tak bernyawa itu.

"Dah jadi batu pula budak ni. Hei, Ally! Cepat tuang air tu!"

Suara ayah mengembalikan aku ke alam realiti. Cepat-cepat aku meletakkan teko di atas meja dan menuangkan air untuk dua orang itu.

"Sekarang ni Darrel yang jadi jiran kita sementara dia tengah praktikal ni." Penjelasan ayah membuatkan aku bertambah terkejut. Laaa! Selama ni dia praktikal je? Praktikal tapi jadi cikgu disiplin lepas tu nak dengan Kak Aimee pula. Berapa sangatlah gaji intern tu. Rasa macam nak korek hidung jentik kat dia je.

BAD TEACHER ©️Where stories live. Discover now