gown

43.5K 2.2K 205
                                    

"Ally-Allysha? Cikgu Darrel? Ko-korang buat apa ni?"

Ciuman kami terlerai. Teddy yang sedang berdiri dengan mulut terlopong itu kami pandang. Aku mengalihkan pandangan kepada Darrel tetapi lelaki itu hanya beriak tenang. Sempat dia mengangkat kening kepada aku seperti tiada apa yang berlaku. Aku mendengus geram.

"OMG! Mata aku!"

Aku berlari dan mulut Teddy aku tutup menggunakan tangan. Matanya membulat mengerling aku dan Darrel berselang seli. Dia masih mahu bergumam walaupun mulutnya sudah ditekup kuat.

"Aku blah dulu lah."

"Eh, Rel?!"

Aku menghentak kaki kegeraman. Darrel pantas menghilangkan dirinya keluar kelas. Wajah Teddy kembali dipandang tajam. Bibirnya yang bergerak mahu menyatakan sesuatu, semakin aku genggam kuat sehingga menggelupur dia mahu melepaskan diri.

"Dia suami aku. Kalau kau nak tahu lebih, diam!"

Dia mengangguk laju sambil meronta supaya aku melepaskan genggaman. Tangan aku lepaskan dari bibirnya. Apabila dia mahu membuka mulut, aku merenung dia tajam dan segera bibirnya ditekup.

"Aku serius. Kalau kau kecoh, aku janji. Hari tu hari terakhir kau makan guna mulut!"

"Yalah! Yalah! Janganlah buat muka macam tu! Seram, sial. Huhu...mummy..." Dia perlahan-lahan berundur ke belakang selepas diugut aku dengan amaran keras sekeras-kerasnya dan itu adalah kali pertama aku bertindak tegas terhadap Teddy.

Melihat Almond dan Danny yang sudah mencelikkan mata, Teddy aku tolak supaya duduk semula ke tempatnya manakala aku mula mengemas barang di atas meja, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Danny, Almond dan Teddy hanya melihat aku memasukkan barang ke dalam beg kemudian menggalas beg tersebut walaupun masih berbaki dua jam sebelum masa sekolah tamat.

"Kau nak pergi mana?"

"Cabutlah apa lagi."

-

Di belakang bilik Reka Cipta terdapat sebuah tembok yang memisahkan kawasan sekolah dan kawasan luar, hari ini seperti biasa, aku akan ke kawasan luar itu cuma kali ini aku berseorangan tanpa tiga Almond, Danny dan Teddy. Beg aku campak dahulu ke luar. Kain sekolah aku angkat tinggi dan mula memanjat tembok itu sehingga ke bahagian atas. Aksi itu terhenti apabila seseorang memanggil nama aku, aku mengecilkan mata melihat lelaki yang sedang berlari anak ke tempat aku.

"Allysha? Awak nak fly ke?"

"Ya. Nak join?"

Rayyan tergelak kecil lalu menggeleng. Aku tersenyum sinis. Budak baik. Aku duduk sebentar di puncak tembok itu apabila dia seperti sedang mencari sesuatu di dalam beg galasnya sambil bergumam perlahan. Jangan ada cikgu yang lalu sini sudahlah, memang aku lari dulu.

"Rayyan nak bagi ni."

Sebuah kotak yang tertulis Hatta Dolmat Couture di atasnya, dihulur kepada aku. Aku segera mengambil dan terus membukanya dengan harapan bahawa itu ialah coklat tapi bukan. Di dalam kotak itu terdapat sebuah kain berwarna biru muda. Dahi aku berkerut.

"Apa ni?"

"Gown hari graduasi. Bila Candy pakai gown tu that's mean you are my partner!"

Dia mengukir senyuman seronok dengan bicara sendiri. Aku tersenyum sumbing. Apa-Apa jelah. Asalkan aku dapat baju percuma dan dapat pergi ke hari graduasi itu. Cuma aku perlu mencari topeng dan pergi ke Sephora untuk didandankan sahaja.

BAD TEACHER ©️Where stories live. Discover now