27 : Kenangan yang meragut kesengsaraan.

1.3K 48 1
                                    

'aku harap kau punya waktu untuk berpikir tapi sebelum Aemelyn melahirkan, aku ingin kau segera menikahi dia, aku tidak ingin anaknya tidak memiliki ayah." ujar Izwandy seraya berlalu meninggalkannya yang terpangkul dengan seribu perasaan dalam fikiran.'

Sejak dua hari Sharizal hanya hadam akan ugutan dari Izwandy. Dan selama Aemelyn datang buat kecoh hari tu langsung dia tidak nampak kehadiran gadis itu didepan matanya. Tertanya juga dia di manakah Aemelyn.

Dan semalam dia dikejutkan dengan kehadiran Izwandy dan didakwanya terlanjur dengan Aemelyn? Entah dari mana benih yang tertanam dalam rahim Aemelyn sehinggakan sanggup memperalatkan Izwandy.

Aemelyn.... Aemelyn. Sanggup kau gunakan abang kandung kau dan main tuduh aku yang rogol kau. Apa yang sebenarnya kau nak tunjukkan pada aku, Aemelyn?

Mengenai ugutan itu, dia mengeluh lemah. Dia berani sumpah pegang Al-Quran yang dia tidak pernah sentuh Aemelyn selama dua tahun lebih mereka berkenalan. Tapi dia takut jika Aemelyn membuat tindakkan yang bakal menantinya. Dan lebih teruk lagi dia tudak mahu keluarganya tahu akan perkara ini.

Walau apapun cara, dia kena juga usaha cari siapa si pelaku itu. Tapi sebelum itu dia kena bersua empat mata dengan Aemelyn terlebih dahulu. Dua nak tahu dari mulut perempuan utu sendiri.

"ya Allah, Rizal! Termenung apa tu sampaikan air dalam rebusan ayam boleh kering macam nie?"

Tersentak Sharizal dengan teguran keras Hamizal yang mula menghampiri dengan senduk mengacau air rebusan ayam dalam periuk yang masih berbaki. Apalah yang boss dia termenung sampaikan boleh biarkan masakan macam ini? Nasiblah tak hangus. Hanya airnya sahaja yang kering.

Tengah hari ini, jadual Sahrizal lengang memberi peluang untuknya pulang ke penthouse untuk siapkan makan tengah hari. Dalam dia memasak, dia tidak keseorangan. Dalam beberapa bulan berbaki, dia mengambil peluang untuk mengajar majikannya memasak. Hanya masakan bergoreng dan merenek yang dia pandai buat setakat ini. Alhamdulillah. Makin senang hatinya untuk tinggalkan lelaki ini sebaik sahaja tempoh kontraknya tamat. Mengenai penampilan, majikannya sudah pandai memandankan warna dan tema yang sesuai dengan persekitaran.

Sekilas dia mengambil gelas yang berisi air dan menuang ke dalam periuk mengembalikan saki baki air yang hampir mengering. Kemudia dikacaunya dan mengecilkan api sedikit. Dipalingkan sedikit tubuhnya memandang muka yang kusut di depannya.

"kau ada masalah ke sampai terbawa ke dalam dapur?"

"masalah kerja." bohong Sharizal acuh tak acuh.

Hembus Hamizal lepas. Kalau dah anak CEO tu memang dimana sahaja tempat bolejh sahaja bawa masalah kerja merata tempat.

"kau pergilah keluar. Settlekan masalah kerja kau tu dulu. Biar aku sorang je yang masak." putus Hamizal seraya meletakkan sup bunjut kedalam periuk yang sudah sedia mendidih.

Tersentak dengan menolakkan Hamizal namun dia berkeras juga untuk menyibuk membuatkan Hamizal kehairanan.

"okay. Aku tak bawa masalah kerja kat dalam dapur dah. and now, let's cook it together. So nak buat apa lepas nie?"

Sembunyi senyum Hamizal melihat gelagat Sharizal yang mula mengambil pisau. Entah kerja apalah yang menyerabutkan kepala majikannya sampaikan boleh terbawa di dapur. Dia tinggalkan sekejap periuk yang mendidih dan mula melangkah ke arah peti sejuk. Mengambil ubi kentang, daun kucai dan daun ketumbar dan diletakkan di atas meja.

"alang-alang kau dah pegang pisau tu, kau tolong kupas ubi kentang sekali. Biar aku yang hiriskan daun kucai dan daun ketumbar tu. Nanti kalau aku suruh kau buat, tak halus pula kau hiris."

Wedding Suit Khas Untuk Dia Where stories live. Discover now